Jangan anggap semua lelaki ni betul-betul sayangkan kita tau.. kadang-kadang mereka ni ada niat sendiri.. diorang juga kadang-kadang suka ambil kesempatan atas kebaikan diri kita.. jadi berhati-hati la ye adik-adik.. banyakkan berdoa supaya Allah menemukan kita dengan lelaki yang baik dan betul-betul sayangkan kita juga tahu menghargai diri kita.. bukan mudah tapi yakinlah ALLAH MAHA MENDENGAR..
Pada saya bercinta ni masih lagi tahap biasa dimana proses kita mengenali hati budi masing-masing.. pupuk rasa cinta dan sayang...dan juga kita boleh menilai sejauhmana keikhlasan hati masing-masing..
lepas tu bila dah sayang dan yakin dengan jodoh dari Allah ni [kena buat istikharah] barulah mengikat tali pertunangan.. masa bertunang biasalah dugaan besar.. masa ni kebanyakannya kita mula menonjolkan diri kita yang sebenar.. yang mana segala kelemahan dapat diketahui secara halus.. huhuu~ jadi belajar bagaimana nak jaga hati masing-masing.. dan juga mula kenal rapat dengan keluarga pasangan.. bergaduh itu mesti ada.. dan proses bertunangan ni juga lah kita belajar bagaimana nak memahami pasangan masing-masing secara total.. apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.. dan juga tunang tak boleh lama-lama tau!! heheh
dan akhirnya berkahwin.. inilah matlamat kita sebenar.. dan kita akan hidup dengan lelaki pilihan hati sendri mahupun pilihan keluarga.. di saat ini kita perlu menerima apa jua yang datang dari pasangan kita.. menerima ye bukan mempersoalkan..dan membina rumah tangga sebaiknya hingga ke akhir hayat..masa kahwin la kita boleh tunjukkan kasih sayang kita sepenuhnya pada pasangan.. hee~ kan?
Ok dalam pembacaan saya ini sesuatu yang saya nak kongsikan dengan korang semua..
tanda-tanda kita kena buli dengan teman lelaki...
- Bila tiap-tiap minggu kita kena basuhkan baju si teman lelaki.. mula-mula ok laa tapi kalau dah tetiap minggu sahlah kita dah kena buli.. hahah dan kategori lelaki macamni selalunya sorang yang tak pandai berdikari dan tak tahu nak uruskan diri..
- Lelaki yang suka pinjam duit dari kita.. tanpa segan silu dia minta duit dari kita.. hai lelaki macam ni susah ye dik.. cepatan laa tinggalkan lelaki jenis ni.. yela.. dah kawin nanti lelaki mana boleh makan duit bini.. bini je makan duit laki.. kalau kita nak tolong tanpa diminta oleh suami itu ok..
- Lepas tu suka hati dia je nak minta kita belikan dia macam-macam.. kita pulak sayang punya pasal belikan lah.. tapi dia hampeh!! langsung tak hargai diri kita.. kalau hari jadi kita sekadar kad ucapan sajoo.. T_T
- Bila shopping kita yang kena pegang shopping bags.. dia buat tak tahu je.. kalau tangan dia penuh juga dengan barang ok la lagi.. ni tak bagi alasan tak macho la lelaki bawa bag lepas tu alasan tangan terseliuh ke ape ke..? hiiisss..
- Kalau nak keluar dating kita yang kena jemput dia dirumah.. ada ke lelaki macam nie?ada juga kot..
- Bagi dia, kelebihan yang kita ada tak boleh mengatasi kelebihan yang ada pada dia.. termasuklah pangkat atau keluarga siapa paling berjaya.. bermakna dia ni tak boleh kurang dari kita.. asyik nak lebih je.. hiss lepas tu suka rendah-rendahkan kelebihan yang kita ada..
- Dia selalu minta kita buatkan tugasan untuk dia.. kita pun baik hati kan tolonglah buah hati.. tapi nak buat berpada-pada ye dik.. jangan biarkan lelaki amek kesempatan pada kita.. tolong takpe tapi jangan sampai kerap sangat la ye.. setakat tolong carikan bahan lepas tu kau taiplah sendiri.. itu ok.. hehehhe
- Kita takut nak merancang apa-apa bersama dia.. sebab kamu takut rancangan itu takkan menjadi sebab dia suka membatalkannya di saat-saat akhir seperti selalu.. hampeh!!bayangkan kita dah beli tiket wayang lepas tu suka hati dia nak cancel kan sebabnya dia takde mood or alasan lain yang tak munasabah...
- kita dah dibenarkan berpakaian up-to-date dan bersolek terutamanya jika keluar tanpa dia..kononnya takut dipikat lelaki lain.. Kalau kita tak rela atau rasa terkongkong dengan permintaan teman lelaki seperti ini kita mesti rasa tak puas hati kan..? jadi biarlah kita jadi diri sendiri.. nak pakai apa yang kita suka ya.. kalau nak kawen tu lainlah kan.. sebab dah jadi isteri orang kita tak boleh berhias melebih kecuali untuk suami sendiri...[so kalau dah tahu diri tu degil segeralah praktikkan supaya boleh dengar kata bakal suami anda heheh] kadang-kadang ada setengah lelaki dia tak suka teman wanitanya dipandang lelaki lain..
- Bila terserempak dengan kawan si dia, dan kawannya bertanya "ini awek kau ke." dan jawapannya eh bukanlah.. kawan sajoo.. walaupun gurau, kamu tak layak diperlakukan sebegitu ye.. tapi ada juga setengah lelaki yang tak mahu perkenalkan teman wanitanya pada umum atas sebab mereka berfikiran hubungan itu masih lagi berada pada tahap biasa pada mereka...dan mungkin tak mahu mereka dijadikan 'bahan' pada kawan-kawannya..
hmmm bab pinjam duit itu kan sis..
ReplyDeleteklu pompuan yg slalu pinjam duit lelaki boley ker? hehehe kira kita buli lelaki ker?
ker harus kita sbgi tung pau2 dia hahaha =p~
explain sikit~ ada rasa was2 dah pulak hehe
wahh tx for sharing..ramai jugak la jmpe guy yg mcm ciri2 ni..
ReplyDeletetp biasanya cinta itu telah membutakan mata mereka..
ReplyDeletealhmdllh setakat ni tiada lagi ciri2 di atas :)
ReplyDeleteyerp! be ur self...ryn suke part tuh..
ReplyDeletengee~ =D
alhamdulilah...
ReplyDeletesemua ciri2 tu takder pada tunang saya..tapi tak taula kemudian hari...berdoa jer minta yang terbaik..
dearie asna~
ReplyDeletehehe yang tu beselah kan dear..
kalau lelaki tU baik dia mesti tolong kita..
dearie ari shu~
hee~ besela zaman sekrang kan macam2 org kita bOle jumpe..
dearie zuris~
betul tu.. itu cinta nafsu..
dearie qis~
syukurr... hehe
dearie ryn~
iye dear.. biarkan dia sayangkan kita seadanya diri kita..
dearie Mia~
yerp berdoalah selalu k..hanya Allah yang dapat tolong...
bagus gak tips ni.kdg2 kita xrealized pun.basically ada limitla kan kita as pompuan.jgn over hargai sampai sanggup nk buat semua.sikit2 udah
ReplyDeletewaaa..bgs entry neh....thnx.....
ReplyDelete