Saturday, July 30, 2011

Minggu cuti





Minggu lepas macam-macam yang berlaku.. sungguh sungguh stress dan tak sangka-sangka.. Isnin saya check up di KK.. dan lepas tu berat naik 2kg dalam masa 2 weeks.. terus nurse tu tanya kenapa.. saya cakap maybe makan durian n kuah durian yg bergula tu kot [sambil sengih-sengih] tapi memang benci betul masa lepas timbang tu berat naik rasa macam nak balik rumah terus sebab dah tau dah mesti kena bebel lepas tu T__T


tapi tahan jelaa kena bebel pun.. tapi yang tak bestnye kena minum air gula lagi.. err.. terus cakap kalau tak minum boleh tak? nurse cakap tak boleh kena minum juga.. terus rasa macam benci betul laa... nak sepak-sepak je kerusi tu.. grrrr.. mulanya dia set kan date untuk saya minum air gula dalam next week.. tapi saya cakap tak mau saya nak pose.. terus tukar esoknyee.. means malam tu saya kena puasa dan esok kena minum air gulaa..


Selasa pagi sampai ke KK tanpa rafiqy disisi.. dia datang kemudian.. saya seorang je.. datang amek darah dan minum air gulaa.. perghhh tak tahan.. dan terus macam laju-laju nak keluar nurse tu tanya abes tak? saya cakap tak bole habeskan then dia jerit eeeehhhh kena abeskan ye.. bencinyeeee!!! habeskan juga even rasa macam nak muntah.. then nak ikutkn lepas tu kena puasa 2 jam kan..? takde maknenyee saya minum air mineral sebotol habes.. kepala dah macam nak jatuh terus ke klinik nak jumpa doktor n nak MC... masa kat klinik dah batuk-batuk masa batuk tu habes muntah air gula tu banyakkkkk.. tekak memang tak sedapp... badan terus lemah macam nak pitam.. [kenapalah kena minum air gula kan..?]


sampai je rumah petang tu nurse KK call bagitau keputusan minum air gula tu, keputusannya kadar gula dalam darah saya tinggi means suspek diabetic masa mengandung terus rasa macam down giler.. terus rasa ntah macam-macam rasa ada.. dan nurse cakap esok nyee kena amek ujian BSP selama 4 kali.. pagi jam 8 am, 10 am, 2 pm dan last petang/malam.. ai cuti lagiiii....T___T


dan mak mertua saya cakap buat kat mana-mana pun bole... mulanya saya rasa macam leceh sebab checkup kat KK tapi buat test BSP kat tempat lain..da lah kepala tengah serabut fikirkan macam-macam.. rafiqy pun cakap gitu saya pun ikut jelaa hopefully takde masalahlaah kan.. so saya mungkin akan buat kat hospital terendak tempat rafiqy berniagaa..


Pagi rabu dah bangun awal-awal.. dari malam tadi dah pening sama ada nak ikut cakap mak mertua or saya proceed buat test kat KK jugaa..terus sms rafiqy bagitau dia saya buat kat KK je takpelah if dia nak keja keje laa saya tunggu je kat sane.. saya pergi dengan adik ipar.. sebelum pergi tu singgah dulu kat kantin ibu mertua.. dah kena panggil dengan ibu suruh juga saya buat kat hospital terendak...erm masa tu dah nak dekat jam 8 pagi daa.. saya macam blur cakap ok jelaaa.. tapi kenalah cepat ke hospital sebab ujian pertama kena buat pagi dan saya puasa dari semalam..


sampai hospital terendak kena tunggguu tungguu punya lambat diorang buat kerja... saya dah cakap saya kena buat test BSP so kena lah amek darah saya pagi-pagi tuh.. tapi diorang just cakap nanti kita panggil tu je.. dah laa puasa masa tu.. [actually puasa makan je] last-last jam 10 am baru kena panggil.. naik ke wad bersalin.. dan nurse tu pelik kenapa kat bawah diorang tak amek darah saya.. err.. saya pun cakap la saya tak makan.. macam kelam kabut je hospital tuh..
lepas tu rafiqy cakap saya minum air je dari tadi.. tak makan apa.. sekali nurse tu cakap alahai dah buka puasa daa macam mana nak buat test.. err bukan boleh minum eaa? rupanya puasa yang dimaksudkan sebelum amek darah tu puasa betul means tak bole makan n minum.. hee~ member saya cakap minum boleh.. ^^


Nak dijadikan cerita saya kenalah buat test tu esoknye khamis.. alahai dalam hati cuti lagi.. kerja ada kat opis tu.. err hospital bagi saya surat tahan wad dua hari means rabu and khamis.. dan nurse terangkan saya macam mana prosedur buat BSP..tengahari tu pergi check up di putra hospital.. dr ishaireen cakap tekanan darah saya tak stabil..means kejap tinggi kejap normal.. dan dalam urine saya ade protein.. [lemah satu badan, lepas satu-satu] dan doc minta saya monitor blood preasure saya twice a week.. erm.. kalau dapat hari-hari lagi bagus katanyaa.. dan saya takut nak cakap yang saya suspek diabetic and kena buat BSP test.. [takut kena bebel lagi dengan doktor] petang tu pergi opis sekejap siapkan kerja...kerja jaga pelanggan macam nie laa.. pelanggan bukan boleh consider kita sakit ke apa masalah ke.. yg dia tahu kita tak abaikan permintaan dia.. errmmm opismate ramai yang risau tentang keadaan saya..



Hari khamis saya buat test macam biasa.. kena duduk kat wad... test jam 7.30 keputusan ok.. 4.7 lepas tu bole sarapan.. saya makan roti n milo je.. dari jam 8-10 am kena puasa.. test jam 10 am keputusan masih ok 4.6.. next test jam 2.30 saya lepak kantin rafiqy je.. dari jam 12.30- 2.30 puasa.. test jam 2.30 keputusan 4.6 juga... last test jam 8 malam.. kena pose dr jam 6-8 mlm.. keputusan akhir 4.4.. normal.. masa ni syukur sangat... legaaa... terus keluar wad tapi surat belum dapat sebab hospital takde doc on call malam tu.. sabtu baru bole amek..


Jumaat pagi-pagi dah bangun sebab nak ke KL.. dah lama plan nak ke KL sebab nak cari barang bb and nak ke expo parenthood kat mid valley.. teruja sangat.. seb baik keputsan BSP normal if tak harus hilang juga mood nak bershopping.. hee~ dan kami pergi sekeluarga.. sbb ayah mertua saya nak diskas pasal bisnes dan mak mertua saya nak visit pak long saya kat sane..


mula-mula singgah ke One baby world.. sebab nak beli barang ummi..




Inilah barang ummi, breast pump set.. dan ada sikit barang lain.. so far dah hampir lengkap..cuma simpan sikit hasrat nak borong banyak sebab nak ke mid valley kan.. teeheee


Masa ni dah tengahari lepak sane lama juga sebab tunggu rafiqy and FIL solat jumaat dulu..
dah selesai terus makan dulu..


ummi debab..!! padan mukaa siapa suruh makan durian tak beringat.. errr lepas kejadian diabetic tu terus saya control segala mende makan.. makan sikit je.. tapi sedih laa sebab rasa nak makan banyak tapii kena beringat-ingat... T__T


lepas makan-makan terus ke rumah paklong.. lepak sane sampai ke maghrib.. errr dalam hati ni sempat ke nak ke mid valley nie? erm.. sebab sebelum tu nak ke rumah sedara ayah mertua pulak... sampai rumah sedara ayah dah jam 8 malam..ayah diskas-diskas sejam juga.. saya dah macam err mesti tak sempat niee.. dah macam merajuk sikit-sikit and malas daaa...



-KL AMAT SESAK SEMALAM.. JALAN TAK PERNAH TAK JAMMED!-



sampai mid valley jam 9.30 erm exhibition centre dah tutup.. begitu juga dengan shop lain.. memang keciwa amat!! tapi tak boleh nak cakap apa.. sebab memang tak jangkaa.. rafiqy nampak saya kecewa tapi saya malas nak merungut-rungut. dia nak sedapkan hati saya cakap esok means sabtu kita pi mid valley ye.. terus saya macam happy balik.. tapi dalam hati nak yakin memang 25/100 laa.. tak nak susahkan dia sebenarnyee...tak pasal-pasal ke KL lagi..


sabtu- amek surat dari hospital, even keputusan BSP normal tapi saya tetap akan dipantau.. means mungkin akan kena buat test lagi dan lepas bersalin kena minum lagi air gula.. [lemah rasanyaaa] dan sehari suntuk duduk rumah dengan kekecewaan.. memang rafiqy ada cakap tengahari nak ke KL tapi at last rafiqy nak gantikan shopping je kat melaka tapi entah.. saya tak nak.. moody! sebab memang dah lama kepingin nak ke expo tu..


T___T


happy graduation to my sister Nor jamiah adnan sebab dah genggam segulung ijazah dari upsi.. tahniah!! dan selamat berpuasa juga buat kalian semua yee..



Thursday, July 21, 2011

Pilihan saya doktor wanita ISLAM..




Memang dari dulu sebelum berkahwin/mengandung... saya dah tetap kan yang bayi saya hanya akan disambut doktor wanita islam [doktor wanita bukan islam sama je tarafnya dengan lelaki bukan muhrim].. sebab pada saya macam malu je doctor 'lelaki' yang tentunya bukan muhrim melihat 'aurat terpenting' saya nan satu itu.. hanya suami je yang halal untuk lihat, sentuh kita... kalau lelaki selain suami means bukan muhrim adalah 'haram' kan..? itu alasan ringkas saya..


Jadi memandangkan saya bakal akan bersalin.. so dari awal lagi dah plan mencari-cari dan men'survey' hospital bersalin.. erm.. malangnya hospital melaka tak boleh nak pilih doktor.. ikutla nasib.. kadang bayi disambut doktor perempuan tapi yang datang check seluk seluk semua kadang kadang doktor lelaki.. oh itu lah yang saya paling tak sanggup.. lepas tu terus survey ke hospital swasta.. cari-cari juga doktor.. kat melaka ada 3 hospital swasta iaitu hospital pantai, putra specialist dan mahkota medical centre.. hanya hospital pantai dan putra saja yang ada doktor wanita islam (gynae).. hospital pantai ada seorang tapi rate dia different.. means doktor caj lain hospital caj lain... so macam err... tak yakin.. dan terus ke putra ada juga doktor perempuan.. dan rate nye.. memang mahal.. [normal=RM1500-2000] operate apatah lagi harganya.. tapi better than pantai.. sebab dah survey dah lebih 3 orang kenalan yang ada pengalaman bersalin dengan doc putra tu nama dia dr.ishaireen so memang rekemended laa..


saya dan rafiqy terus decide pilih dr. ishaireen untuk sambut our baby.. dan dr. ishaireen sangat lah friendly dan servis baik punyee.. means dia akan encourage kita untuk bersalin normal..


Persoalannya apakah hukumnya bersalin disambut doktor lelaki?

Dari persepsi saya.. sentuhan dari lelaki bukan muhrim macam mana pun tetap haram.. kalau nak kata ianya 'tak apa' untuk tujuan perubatan tetapi kan ke doktor wanita juga ada.. kecuali dalam keadaan darurat.. darurat means keadaan yang bukan selalu terjadi sementara saja..cth mcm peperangan.. darurat macam dah tak de langsung dr wanita so kita terpaksa pilih dr lelaki untuk merawat kita...


Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )


hal macam ni terpulang pada pendapat masing-masing juga kan.. sebab duit.. sekarang banyak nak pakai duit.. bersalin di hospital swasta yang mana kita boleh pilih doktor mahal belanjanya.. jadi pilihan hanya di hospital kerajaan.. pada saya aurat sangat penting dan itu hukum yang wajib kita jaga.. walau sukar tapi pasti ada jalan.. kecualilah pilihan itu tak ada.. means tiada langsung doktor wanita islam...


"Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini. "


isi saya ambil dari ummu husna, korang boleh juga try search kat google or tanya ustaz ke..






Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan




Wedding yang sangat-sangat cantik!!! yang membuatkan i rasa macam nak kawen lagi sekali.. selalunya memang takde masa nak upload pic wedding artis dalam belog niee.. tapi oleh kerana memang minat dah lama dengan Farah af2 ni so nak abadikan pic wedding dia dalam blog kesayangan.. farah dah banyak berubah tapi yang penting dia tetap kekal ceria, cantik, suka senyum dan rendah diri.. [ingat dulu pernah join fanclub fadam farah + adam] hee~ farah memang happy go lucky person.. tahniah farah..!!



pic credit: g.i photoshoot



Meh tengok pic farah & johan..



U're so gorgeous farah!!



terpesona i!!

white = suci

nikah dais!

so cute!! hee





sweet couple!!



farah's family..

hantaran cantik kan.. pasu putih...

reception dais.. nite view.. cantik nyeee..

ketibaan puteri!





semoga bahagia hingga ke akhir hayat... ^^






Wednesday, July 20, 2011

Baby movement





tadi dapat reminder dari calendar h/p bagitahu i'm 30 weeks pregnant.. whoa masa macam cepat je laa jalan.. eeiii.. rasa macam tak sabar ada takut adaaa.. macam-macam.. seyesly bila dah mengandung takut dan risau saat melahirkan bb nanti.. tapi Allah kan ada doa jela banyak-banyak minta dipermudahkan nanti..



sekarang dah mula kira pergerakan bb..hari-hari monitor bb movement..
mmg selalu genap kiraan 10 gerak sekitar jam 3.00 ptg - 5.30 ptg gitu.. [kira bb kick kuat je] dan semalam saya dapat rasa yang bb kurang aktif.. dia bergerak tapi slow.. macam tak aktif.. dan sampai jam 9 malam gerakan kurang 10. memang risau amat.. petang lepas kerja ada cakap dengan rafiqy dan rafiqy ajak ke klinik panel biasa pergi tuh.. tapi cakap dengan dia takpelah tunggu sampai jam 9 mlm if kurang lagi terus pi klinik laa..



dah jam 9 malam memang bb slow sangat gerak terus ke klinik.. ke klinik yang tak best langsung doc tu.. unfriendly doc.. ! tapi dia bagi surat dan suruh ke hospital.. sbb scan tengok jantung bb ok tapi kena pergi hospital sebab tak tahu kenapa baby kurang aktif...



mulanya ingat nak pergi hari ni laa.. pagi-pagi.. tapi bila rafiqy dah cerita dengan ibu & ayah dia.. my mertua terus ajak pergi hospital malam tu juga [semalam].. saya macam ala nak taknak je.. tapi bila diorang cakap hal ni tak boleh diam so saya pun pergi juga.. sebab tak sakit apa pun kan tapi risau dgn bb je.. my MIL suruh packing baju bb sekali n kain batik sehelai.. terus macam 'err, janganlah ada apa-apa..'



sampai hospital.. jumpa doc dan cerita sikit pasal bb.. doc cakap kena buat CTG dulu dalam 20 minit.. lepas tu baru tau.. kalau ok boleh balik kalau tak ok means kena monitor bb so saya kena duduk ward.. [x ready!!].. masa kena sorong ke bilik untuk wat CTG rasa macam lain sangat.. hope bb ok laa kan.. masuk je bilik tu.. terus terkejut eh ni macam bilik bersalin je.. alaaaa!! sejuknye bukan main ok.. baring dan start CTG.. masa ni dengar heartbeat bb ok je.. and terasa bb kick sikit-sikit.. hee~ sampai midwife tu cakap 'bb marah laa tu, terus kick mommy dia' hehe~ senyum jee.. alhamdulillah bb ok.. tapi doc ada cakap hari ni kena rehat and monitor je bb gerak.. tapi saya fikir saya perlu ke pejabat sebab ada tugas..



so far bb ada gerak.. syukur sangat.. i know my baby sangat strong!!! dia nak hidup bersama umi dan abi dia.. syukur sangat.. hee~ biasalah 1st bb kan risau bukan main.. teruja pun jugaa.. so bila ada apa-apa memang risau sangat lagi-lagi kalau bb kurang gerak..



hope lepas ni bb kembali aktif.. bb keluar cukup bulan k sayang... rehat dulu dalam perut ummi k.. ^___^







Monday, July 18, 2011

Weekend..





Hi fellas...



Meh sini nak cerita...meh baca meh baca hee...Last friday.. beli-beli barang nak buat red velvet cake untuk iman (resipi aunty nani rostam) cari kat tesco.. sampai rumah family saya jam 10 gitu.. rafiqy hantar je then dia balik sebab esok ade jamuan kat kantin.. sampai je saya terus bersiap brg2 nak buat kek.. kek siap jam 4 pagi.. itupun kat rumah ramai lagi yang tak tido.. mia sibuk deco goodies bag.. (yg saya sponsor) dan ibu pun buat kek juga...mula-mula macam putus asa buat kek sebab topping dia jadi macam aiskrim.. siap lepas tido tengok dulu kat utube macam mana cara buat topping.. lastly baru sedar rupenya kena pukul guna mixer laa.. T__T.. tidur dulu.. pagi esok nak siapkan kek n bangun pagi sebab kat kampung ayah adik sepupu nak tunang. badan letih amat.. dah laa malam tu kena tidur sorang.. ^^ *vita langsung tak makan..


Sabtu- pagi-pagi dah bangun terus keluarkan topping dari freezer .. dan sementara tunggu cair siap kejap sebab jam 10 pagi nak balik kampung daaa.. breakfast pun idak.. naseb baik topping kek iman menjadi cantik.. suka sangat jadi buat kek.. huu~dah meh biarkan gambar bercerita k..




ni hasil paling dekat untuk goodies bag yg saya sponsor.. white paper bag with base n sticker tu.. (cticker design sendiri so memang simple je laaa)caya laa kat mia (my 3rd sis) siapkan bag ni sampai jam 5.00 pagi..



ini pulak kek iman yang ntahapa2 punye deco.. huu nak cepat punye pasal.. tapi abes woo kek ni.. sampai dapat rasa main colet-colet.. lepas ni nak buat lagiiiii!! besttt..


inilah adik sepupu yang dah selamat bertunang daaa...


ini saya dan adik bongsu.. bong ijat..


dengan ibu iman.. oh ina dah kurus!! me pulak bambam preggy 29 weeks plus..teehee


ramai-ramai...


saya dengan mia and qies (sepupu)..


Rafiqy sampai kampung jam 4.00 petang.. majlis dah selesai dah pun.. lepas siap majlis kenduri tahlil, kenduri bertunang.. we all satu family buat majlis potong kek hari lahir iman.. memang kek kena serang habis-habisan dek sedara mara adik sepupu yang mmg meriah tuh.. *happy.. lepas dah tolong kemas sikit rumah kampung, saya balik uma jam 6.00 petang.. takleh nak lelap mata pun sebab ready nak maghrib n sambut malam nisfu syaaban kan.. badan dah rasa sakit-sakit daa.. kaki bisa amat.. *tahan je.. rafiqy & ayah ke kenduri baca yasiin.. me n yang lain tak ikut.. buat kat uma je.. lepas selesai semua bantai tidur dengan perut kelaparan.. *tak makan vita lagi.. rafiqy balik kejutkan suruh makan nasi and vita tapi jawab kejap.. kejap tapi tak larat nak buka mata.. last-last sampai ke pagiii.. sempat amek vita lepas subuh jee...



Ahad- Bangun jam 8.00 pagi sebab nak buat persiapan untuk majlis hari lahir iman.. bangun terus buat breakfast.. lepas tu kemas rumah.. bagai nak rak mengemas.. nasib baik adik-adik tolong.. takde rasa penat sangat.. tapi entah badan ni dah tak secergas dulu maybe bila da enter 3rd trimester kot.. nak menyapu sikit dan sakit sangat area peha tu.. basuh pinggan terpaksa berpaut pada sinki.. alahai.. penat-penat buat kerja jugaa.. sebab kesian kat ibu nanti.. masa majlis berlangsung buat je kerja sebab sedara mara dah datang kan.. nak kena prepare makanan untuk diorang and serve diorang lagi.. tengok pinggan cukup ke, cawan ade ke? lauk cukup ke..? ibu sibuk layan tetamu.. so saya bantu laa sikit-sikit hal kat dapur..



meh layan gambar sikit..


iman's family.. alahai anak mama dah setahun daaa..








suka dia dapat kek.. hee~ pisau taknak lepas ok.. ^^


suka tunjuk2.. geram tengok jari kenit iman.. ^^

iman n bong ijat.. sabar jeelaaa sampai macam tu sekali iman buli bong dia.. bukan bong buli iman k.. ^^


apam polkadot inti red bean n cuppies hasil buatan ibu saya.. comel kan..? sedap tau.. tu je saya makan seharian.. huhuu~


lepas majlis selesai rehat kejap.. lepas asar sambung basuh pinggan.. rasa tak larat tapi macam paksa juga buat sebab entah tak tahu kenapa.. hee~ malam lepas maghrib dah balik rumah mertua.. isnin nak kerja kan.. patutnya nak cuti tapi oleh kerana ada kerja terpaksa batalkan..sampai rumah mertua ada ayah sedara dari singapore pula balik kg.. dia duduk rumah sampai jam 12.00 am.. mata ngantok pun saya, rafiqy and mak mertua layankan dia juga kan.. ^^ bila dia balik je terus tidur tanpa sedarrrr..


lastly bangun pagi tadi.. Tuhan je tahu betapa susahnye saya.. kaki bisa.. badan sakit-sakit.. adooiiii rasa tak larat nak kerja tapi kena gagahkan jugaa..


Hari ni 18.7.2011 genap usia Iman Nur Aissyah setahun!! kejap je anak mama dah besar.. dah setahun.. alahai.. rasa macam kejap sangat.. bila belek pic iman masa baby sampai sekrang rasa nak nangis.. sebab iman membesar dengan sihat dan bahgia.. tahniah anak mama sebab berjaya berjalan sebelum usia genap setahun.. hope adik iman (dalam perut mama ni) pun kuat, cergas and cerdik macam kakak iman dia jugaaaa... ^^ love anak mama!!







Thursday, July 14, 2011

Ujian Hati





Sedang korang berjalan, tiba-tiba datang seorang fakir miskin tua datang bawa seorang budak kecil dan minta sedekah.. korang pun bagi la sikit duit.. lepas tu korang masuk kedai mamak nak makan nasi... macam biasa korang order roti canai atau mee goreng mamak.. tiba-tiba korang terpandang fakir miskin tadi dengan budak kecik tu tengah makan nasi berlauk ayam goreng besar beserta kari dan sayur sikit.. air jus lagi.. sedangkan korang makan roti canai je...[diorang bayar pakai duit diorang sendiri tau, bukan kes orang belanja]



apa yang korang fikirkan? dan apa yang ada dalam hati korang?



meh share sini? meh...






Tuesday, July 12, 2011

29 Weeks




Salam semua..



Semalam saya pergi checkup untuk 29 minggu nie.. check up di KK.. jam 8.00 pagi sampai orang dah beratur.. saya pergi sorang.. rafiqy datang kemudian.. daftar segala tunggu turn nak buat urine test... syukur laa sebab urine ok.. takde daa kotor.. seb baik.. [sebab bukan makan ubat pun ^^]



lepas dah test urine kena timbang berattt!! [paling cuak] ohh seb baik naik 1.8 kg je.. selamat.. sesi tanya khabar dengan nurse paling menarik.. walau kena tunggu lama-lama tapi saya paling suka sesi tuh.. nurse baik-baik kan.. masa nak check heartbeat bb... bb kem main lagi bergerak.. tergelak-gelak kakak nurse tu tengok baby saya aktif.. so dah kena nasihat untuk kire pergerakan baby daaa..setiap hari mula jam 9 pagi kira laa sampai ke gerakan ke-10 jam berapa.. kena tick dalam buku pink tuh.. tapi gerakan sipi sipi tak aci ok.. dia aci gerakan yang kuat tu.. saya mula hari inie.. tapi macam confuse gerakan kuat or sipi je T__T



lepas tu jumpa doctor pulak.. doc tanya kenapa saya checkup kat specialist.. dia tanya kenapa saya jawab laa 'huuhh nak buat scan kat sane' hee~ ikutkan semalam ada scan dgn doc kat KK tapi oleh kerana dah scan 1hb hari tu so doc cakap tak payah scan lagi.. [alahai baru nak tengok baby] takpelah.. hujung bulan boleh tengok baby lagi.. ^^ so lepas ni jumpa doc semula pada 29 ogos (35 weeks + ).. berapa hari lagi je nak raya masa tuh... ^^



dah jumpa doc kena pulak inject kancing gigi.. adoyai takuttt!! rafiqy cakap lah ala sikit je, kebas sikit je.. tak yah la takut.. tapi saya diam je sebab nerves nak cucuk.. masa masuk bilik nurse nak cucuk tu rafiqy meneman.. hii~ saya tengok jarum inject tu punyelaa panjang.. alamak mesti dalam dia cucuk nie.. nurse tu minta izin.. ok saya cucuk eak? cucuk ea? saya diam je.. then nurse tu jenguk kat saya.. terus dia senyum.. tanya lagi " eh, boleh cucuk tak nie?, muka merah je ni takut ea?" hehe saya jawab bolee sambil tersingai.. nurse jawab.. alahai cucuk sikit jee.. terus dia cucuk.. pergh sakit wooo.. rafiqy pegang je bahu saya.. sikit je kan? dia tanya.. dalam hati ni banyaaaaakkk laaa dalaaammm tahuuuuu.. lepas tu nanti 25hb kena inject lagi sekaliii...!! ayoo taknak cucuk laa.. cucuk la lengan rafiqy pulak.. tak bole? T__T



errr tangan dah mula kebas lepas tuh.. masa rafiqy hantar kat opis.. sempat dia cakap haah dia pun tak sangka tengok nurse tu cucuk dalam sangat.. hiisss.. jahat tau.. lepas tu semalam kat opis kejap kejap rafiqy tanya tangan kebas lagi tak? letih tak? sakit lagi tak? urut urut sikit tangan tuh dia pesan...err tapi sekarang still pedih cucukan tuh.. bengkak daa..



Oh lepas ni dah mula checkup setiap 2 minggu.. oh masanya semakin hampir.. tak sabar. risau.takut macam-macam perasaan dalam hati ni.. hope sangat semuanya dipermudahkan Allah.. amin...



pssst barang tak cukup lagi niee.. balik nanti dah nak start packing barang bb dalam bag.. ^^






Tuesday, July 5, 2011

Kembang setaman





Sekarang dah 27 weeks lebih daaa.. hari ni dah enter 28 weeks daa pong.. alahai.. oh hari ini terpaksa ambil cuti sakit sebab kaki entah apasal dari pagi cramp kerap sangat.. selalunye memang cramp tapi hari ini macam cramp teruk pulak.. tak larat nak jalan and pijak pun.. T__T



nak tengok ummi yang semakin berkembang bak kembang setaman kah?



sila sila..



inilah dia.. hee~ sekarang berat dah 75 kg ye sayang ku sekalian.. naik lebih kurang 8 kg laa..
orang kata ok la tuh 7 bulan lebih naik 8 kg.. [ok ke cam tak ok je]
tapi kenapalah aku rasa macam badan dah berat sangat nie?



belly pun dah besyarrr punyeee kan..? baby dah semakin membesar nie.. dah 1.2 kg daa tau..
perut dah gatal-gatal.. tak selesa je rasa.. sampai tak tahan mengaru jugaa.. losyen sapu 2 kali sehari je.. berpeluh badan if kena panas.. sungguh tak selesa..



errr.. rasa macam kejap je masa berlalu.. akhir bulan ni dah 31 weeks daaa.. tak sabar juga nak sambut ramadhan.. insyaAllah dapat berpuasa cukup sebulan.. aminn.. dan dapat lah beraya kejap sebelum berpantang makan.. maklumlah baby ai baby raya.. ^^







27 weeks check up




Salam sejahtera semua..
wah dah lama tak menulis.. rindu rasanya nak berbicara dengan tulisan..^^
belog ni ada je masuk tapi cam blur tak tahu nak buat apa just tengok korang nye update dan baca balik entry lepas.. lastlast tersenyum sendiri.. hee~



oklah saje nak update checkup minggu ke 27 last friday.. checkup di specialist hospital..



Bunny keadaan ibu..

whoa ibu ok je.. timbang berat naik 0.8 je.. tak sampai sekilo dari date checkup lepas iaitu 13hb jun hari tu.. nanti isnin depan nak check up lagi kat KK so tak tahu berat naik berapa lagi.. ah menakutkan je cerita pasal berat T__T.. kencing kotor dah takde daaa.. ok laa syukur..


err badan dah macam tak larat daa sekarang jalan lama kaki mula lenguh amat.. kadang masa solat pun belakang kaki boleh cramp.. nak bangun dari tidur dah payah perut selalu sakit.. sakit tapi tahan je.. memang kuat menahan sakit masa pregnant nie.. hari tu ada makan durian dalam 5,6 ulas laa.. makan je tetibe perut mak aii sakit amat.. naik kat bilik berpusing-pusing atas bed menahan sakit.. perut keras semacam.. terus tarik nafas lepas tarik nafas lepas dan baca ayat nabi yunus.. syukur tak lama lepas tu ok.. so sekarang kalau sakit kena latih diri jangan cakap or jerit sakit.. try apply breathing technique n baca surah ape yang patut.. ^^


perut selalu sakit laa pinggang ni kadang kala laa.. maklumlah ibu mengandung ni dah berat sangat kot tu yang kaki dah tak larat nak tampung berat sendiri.. hehe~kaki dah naik urat yang amat banyak.. terus buruk kaki ku.. dah laa besar.. lepas tu buruk ada lukisan urat.. T__T sedih tengok keadaan diri dah cam tak terurus tapi takpe mengandung kan.. maybe itu hormon dan simpton ibu mengandung jadi terima je macam mana pun perubahan kat diri sendiri..



Bunny keadaan baby

baik-baik saja..!! jumaat lepas scan baby.. dan nampak laa baby dalam tu.. tengah bergerak-gerak.. jari ada dalam mulut lepas tu mulut terkuit-kuit menghisap makanan..oh so chomel.. senyum saya dan rafiqy menengoknyee.. tergamam.. tengok baby sendiri.. doc sempat gurau.. tanya apalah baby saya tengah makan tu, lepas tu tanya tengahari tadi saya makan apa..? saya cakap err saya sarapan nasi lemak sebungkus je doc.. tengahari tak makan.. terus doc terkejut.. aikss dah jam 5 petang awak tak makan lagi.. terus kena ceramah kena makan sebab baby nak membesar dan bentuk lemak-lemak.. nanti baby kurus pulak.. ^^ oh ok.. saya makan..


doc pusing-pusing alat scan tu kat perut saya nak tengok baby.. hee~ bestnyee.. perasaan yang sangat bernilai.. tak sabar nak scan lagi 29/7 nie.. alahai lama je lagi.. huu~


Bunny keperluan bayi

24 jun haritu jaya jusco ada j card day.. saya dan rafiqy tak lepaskan peluang untuk cari barang baby.. tetiba macam blur tak tahu nak beli apa.. checklist ada nie.. huu~ luckily ibu mertua ada untuk guide kami beli apa.. beli punye beli.. beli kat jaya jusco dan mom care.. JJ cari baju, bath towel, changing map, baby wipes, lampin, bantal, hat, cetokin comel.. mitten n booties.. err.. comel.. beli size new born dalam 6 pasang gitu.. size 3 & 6 bulan ada sehelai dua laa.. then kat mom care cari wash cloths, swaddle blanket, cetokin sikit, receiving blanket corak-corak comel hee~ dan hooded receiving blanket abi dia nak sangat yang ada hooded.. hii~ sekali dengan bath set brand buds (organic)..


lepas tu selang seminggu ke JJ lagi mencari newborn diapers, manicure set, pacifier, bedak pureen cologne , botol susu brand NUK with orthodontic NUK teat (shape of a mother's nipple).. brand ni pilihan kami dan ada kelebihan nye ye.. if nak tahu bole klik link NUK kat atas nun..


ok nilah orthodontic NUK teat (shape of a mother's nipple)


dan ini botol susu pilihan hati.. hee~


lepas tu beli sekali besen mandi baby.. sikit sarung tangan n cetokin baby.. err sekarang yang tak complete adalah cradle je..


this month nak teruskan mencari barang untuk breastpump dan kalau ada bole ditambah-tambah ke kan.. nak cari kat mid valley hujung bulan ni ada sale barang baby kan..? hee~


last sekali nanti baru cari barang uminyee.. ^___^



ok!! itu aje update untuk kali ni ye.. bye semuaaaaa!!!!