Wednesday, November 11, 2009

Islam kita dah cukup gemilang kah?

salam semua~




Dalam masyarakat Islam hari ini, ramai umat islam yang meninggalkan syariat islam yang sebenar. Mereka meremehkan agama, mengabaikan perkara wajib seperti tidak bersolat, tak menutup aurat dan memutuskan silaturahim..



Semua ini punca kemunduran umat islam, menimbulkan sengketa sesama sendiri sehingga akhirnya membawa kepada kelemahan diri dan diambil kesempatan oleh orang kafir untuk menindas orang islam..


Selain tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah S.W.T satu lagi sikap umat islam pada hari ini ialah suka atau berbangga meniru amalan orang kafir, malah ada yang menganggapnya bukan satu kesalahan dan ia dijadikan amalan harian..


Ini jelas dilihat melalui sistem kehidupan seharian mereka sendiri bermula daripada cara berpakaian, perlaksanaan ekonomi (kapitalis dan riba) sistem politik dan juga cara berfikir (berfalsafah dan liberal).


lebih teruk lagi ada yang menjadikan idola mereka dari kaum kafir seperti mengikuti tokoh falsafah barat, mencontohi trend artis, pemain bola sepak dan seumpamanya..

Dalam persoalan ini, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda." barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk ke dalam kaum tersebut."


Juga sabdanya, dari Abu Sa'id al-Khudri ra: " sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal, seterusnya sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) pun kamu akan mengikutinya.


Disini dapat kita renungi iaitu apabila umat islam sendiri secara umumnya meniru corak pemikiran orang yahudi dan nashrani, meniru gaya hidup mereka, mencontohi perlaksanaan ekonomi mereka, walhal mereka tahu bahawa mereka (yahudi dan nashrani) adalah musuh kaum muslimin, bagaimana umat islam akan meraih kegemilangan?


Jika perkara ini berterusan, bagaimana mungkin umat islam akan maju dan mampu meneruskan segala ancaman orang kafir?



Renungilah...


-artikel ni saya ambil dalam akhbar-

8 comments:

  1. Ya. Betul itu.
    Sekarang ni Islam bukan terletak pada bangsa Maelayu je.
    Nama je Melayu tapi bukan semua ISLAM.
    X semestinya ISLAM itu Melayu.

    Dunia skrg...
    hehehehehehe
    Menuju je Zaman Jahiliah..
    Mmg gerun tgk manusia yg berperangai mcm tu..

    ReplyDelete
  2. ramai menjadikan artis, pemain bola sepak sebagai ikon mereka.

    ReplyDelete
  3. n3 yg menarik + menyedarkan asna mne yg tersalah~

    ReplyDelete
  4. idola @ ikon saya adalah mak saya...
    mak saya pandai masak..
    dan pandai menguruskan saya di waktu kecil....eekkekekke


    tetiba komen lari dari tajuk....!

    sorry qah....saje nak gurau2....

    ReplyDelete
  5. bagus la kak tiqah wat n3 cmni..
    insap2..

    ReplyDelete
  6. boleh tak kalau kita turn the other way...disebabkan ramai yg menjadikan public figure sbgi ikon...y not public figure tu sendiri sedar peranan dia dan baiki mana yg patut so that bolehlah jadi ikon pd yg meminatinya...tapi susah bukan. dunia selebriti banyak cela dari murninya... =)

    ReplyDelete
  7. dearie yuki~
    betul tu kan.. erm..

    dearie nurul~
    mmg ramai kan.. takpelah..

    dearie asna~
    heheh kita saling kongsi kan sayang..

    dearie zara~
    thanks zara..

    dearie yanie~
    hehe same la kita yayang ku..

    dearie miss hirose~
    heheh thanks k..

    dearie Nuar~
    tau takpe.. macam mane Islam nak maju kan.. artis melayu islam berlambakkk..

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)