Thursday, June 14, 2012

Si jantung hati







si dia yang menanti kepulangan saya tiap hari.. bila dengar suara saya bagi salam dia sahut dari dalam bila nampak muka saya dia senyum paling manissss... amel nur qalisy tunggu umi habis kerja k kejap lagi jeee...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 12, 2012

Putra Specialist Hospital




dekat melaka ni ada 3 je hospital swasta... putra, pantai n mahkota..
masa nak bersalin hari tu pilih hospital putra.. kena bayar sendiri.. company tak sponsor sebab saya ni kuliketif je.. tak layak.. sedar diri.. nak pergi bayar sendiri.. 

kenapa nak pilih hospital swasta bersalin? boleh baca kat sini



saya pilih hospital putra sebabnya ramai rekemen doktor sana.bila dah pergi memang best pun.. mesra orangnye dan banyak boleh share dengan dia tanpa rasa segan silu dan bercakap serupa adik dan kakak je.. so kalau masuk bilik doc sejam dua tak sah.. berborak pasal macam macam.. suami pun suka melayan borak...

bagi sesiapa nak tau nama doc yang cantik baik itu adalah Dr. Ishaireen Dalib.. boleh call klinik beliau di talian 06-2848404. Naik tingkat 3 bilik suite 3.19

keadaan hospitaliti memang tahap biasa saja laa..bilik, persekitaran.. dengan parking susah lagi.. hospital pantai n mahkota bab hospitaliti diorang terbaik.. bilik cantik.. kawasan hospital pun nampak lah swasta.. huuu

so far pengalaman bersalin kan Amel nur qalisya kat sana ialah sempurna.. masa saya di tahan wad  sebab Dr. suruh (sebelum bersalin) sebab movement amel dalam perut dilihat 'sleepy pattern' so kena monitor movement dia.. warded sehari.. caj lebih kurang RM600 bilik single..  kat sane apa-apa hospital akan minta deposit RM1K kalau warded...


checkup nak dekat-dekat bersalin jadi lebih kerap.. (checkup sekali caj RM80) doktor banyak cakap macam macam kebarangkalian mengenai kandungan dan proses bersalin saya.. sampaikan bila air ketuban masa tu dah macam liking sikit tanpa sedar doctor expect saya perlu di induce pada jumaat 23/9/11.. memang doc yang tetapkan date.. so seminggu tu memang hari-hari ke klinik.. MC memang dapat 2 minggu sebelum.. nak MC memang senang...best kan? huu~ sedikit stress waktu tu.. tapi doktor banyak advise sampai call malam-malam tanya keadaan n cakap jangan stress... saya dengar nasihat doctor sambil air mata meleleh sebab terharu..


sekali khamis 22/9 contraction dah tiba.. so tak payah induce.. doc kagum kot tengok pencapaian proses bersalin saya.. hee~


time nak keluarkan amel nur qalisya tu.. dr ishaireen mulakan dengan bacaan ayat quran.. sedap bunyinyee.. tenang! siapa kata sentuhan dr muslimah kasar? uiii hampir terpengaruh bila ada orang kata dr muslim/lelaki lebih lembut.. tapi sebenarnya tidak.. sentuhan dr ishaireen sedikit sebanyak buat saya boleh tahan sakit dan feel calm sangat.. really!


maybe sebab dia juga wanita yang pernah melahirkan bayi




once amel nur qalisya keluar.. semua berselawat syukur... alhamdullillah..
dr ishaireen terus siapkan kerja sampai sudah.. proses jahit adalah paling best pada saya sebab tak rasa apa and cantik/kemas!! 




Masa lepas bersalin tu baby terus disimpan dalam baby room.. bagi pada saya utk minum susu je.. baby dijaga dengan baik.. nurse check jahitan sapu ubat.. servis memang baik.. rasa macam kat rumah je.. ^^ lepas sedar dari tidur (beberapa jam lepas bersalin) saya dah berjalan-jalan keliling ward jenguk kawan yang sama bersalin hari tu.. tengok amel nur qalisya dalam bilik dia.. tidur je.. best laaa..


oh ok terlebih sudaaa.. itu sahaja review bersalin kat putra hospital.. 


setakat ni Dr muslimah hanya ada di Hospital putra (Dr. Ishaireen) dan pantai hospital (Dr. Hanisah).. so pilih laa yang mana.. dengar kata Dr. Hanisah pun best.. ^^

oh lupe nak inform.. caj bersalin saya hari tu lebih kurang RM2100 bilik single.. stay dari khamis pagi 6 am sampai jumaat petang.. ^^










Friday, June 8, 2012

Lapan bulan umurnyaaa..








sekarang kalau tengok amel nur qalisya rasa bahagia betul jadi umi.. bertuah! 
sebab dia anugerah yang tidak ternilai.. baik sungguhlaah jadi anak..
membesar dengan sihat dah la jarang demam sebab tu kalau badan dia panas sikit dah la umi abi ngelabah semacam.. tapikan kalau amel demam saya memang macam tak nak bagi dia ubat tau.. hehe maybe macam nak dia baik sendiri.. tapikan nenek, atok, wan n tok wan dia memang lagi dasyat feel ambil beratnya suruh bagi ubat so redha je bagi amel ubat.. 

#amel minum ubat macam makan gula gula.. mula mula bagi memang susah kena paksa, lama lama terus nak lagi nak lagi la.. terror tak nak pakai syringe.. nak minum terus dari botol kalau tak nanti dia mengamuk (tapi terpaksa biar dia mengamuk) T__T 

perkembagan amel nur qalisya sangat mengujakan kami.. sampaikan tersengih buat muka terover teruja bila tengok amel bermain.. bila dia buat sesuatu yang kami ajar tepuk-tepuk tangan untuk dia.. kalau tak tepuk nanti dia feel lain.. ^^ huhu memang seronok jadi mak bapa tau..^^


dia dah tolak kalau dipegang/didukung selalu.. nak main sensorang.. dia kalau main kita monitor dari jauh.. if nak tolak walker biarkan je dia jatuh pun tak nangis sebab semangat nak berdiri dan menolak walker tu lagi penting.. huii bersemangat waja betul! umi abi yang takut-takut pastu rasa letih berganda-ganda la sebab dia dah pandai nak main sekarang...^^


paling baik kalau kita pergi rumah orang.. duduk je diam.. orang cakap dia tompang dengar.. samalah kalau bawa dia pi klinik... paling suka tengok org.. pernah satu masa tu amel dok tengok je pakcik yang duduk sebelah dia... pastu pakcik tu boleh tanya "kenapa dia tengok je?" eh.. tak tahu nak jawab ape.. just jawab " dia suke dia tengok la hua hua..."

makan sekarang tak yah laa cakap rasanya semua bende dalam dunia ni adalah makanan amel kot.. huhu~  kalau kita mak bapak memang monitor food dia.. pergi kat atok dia habis durian seulas disuapnye.. errr geram tapi dah selamat dalam perut amel so bagi warning je laaa..tapi if dia minta food and kita tak bagi cakap je laa itu bukan food dia.. so dia faham dan sambung gigit miyim dia.. ^^ #miyim adalah itik organic kesayangan amel..


 hi saya miyim!


i love food!



start melasak.. berat badan nampak susut sikit.. tidur pun kejap2 beralih.. risau juga if amel jatuh katil.. sebab tu tak tinggalkan dia atas bed sendiri... if rasa nak bangun alihkan amel kat bawah.. lebih selamat.. 

kalau jalan jalan tak larat nak dukung dia.. bukan ape kalau dukung biasa dia nak memanjat tak reti duduk diam.. tudung, sunglasses, brooch n rambut abi adalah barang mainan dia kalau berdukung err.. kadang mata hidung kita semua nak korek makan hidung kita dia buat macam aiskrim/lolipop.. termasuk la mole ummi yang kiut nie.. nak dikuit-kuit sentiasa.. ^^ so kemana-mana bawa amel dengan carrier..bagi dia hadap kedepan..
dia suke n enjoy sangat stay dalam bjorn dia kaler merah tu.. quinny merah still mampu bertahan sejam lebih je gitu..  


nak story pasal apa yang amel nur qalisya dah pandai memang paling best.. so far amel membesar dengan baik ikut perkembangan usia dia..ok antaranya;

  •  duduk dengan sendiri, merangkak, berdiri, mula belajar menapak dengan bantuan alat/ibubapa. kalau duduk nak bangun dah pandai angkat bontot.. pantang dapat berdiri mesti nak melonjak sambil buat bunyi.. #amel memang bayi yang sangat gembira!
  • dah belajar kawal pergerakan.. jatuh bangun itu perkara biasa.. selagi kepala tak terhantuk lantai atau bende keras dia tak menangis..
  • dah pandai guna tangan utk ambil brg, kutip makanan, dapat makanan habis digengamnya sampai lumat..dah pandai tunjuk dengan tangan if brg dia jatuh.. amel paling suka jatuhkan brg lepas tu bila org kutip bagi kat dia n dia suka.. lepas tu jatuhkan semula org ambil,jatuhkan semula kita ambil.. begitulahhh sampai bila dia suka dia buat so memang uji kesabaran betul! 
  • dah pandai tepuk tangan if kita nyanyi pok amai amai, pandai buat gengam gamit bila nyanyi cekup gengam gamittt... selalu follow pasukan team karoot komedian bertepuk tangan, dah pandai tata.. tata.. melambai tangan bila say tata.. tata... cute! flying kiss and salam orang sedang belajar lagi..
  • dah pandai tunjuk perangai.. manja dia, malu malu dia, sensitif dia...kalau kita tinggalkan dia kejap memamg meraung.. dah kenal orang.. sekarang dah boleh dengan orang.. dah tak kisah.. semua dia nak kawan.. kalau slow talk dengan dia,dia ok je!



malu malu bila orang datang tegur... teehee,

     amel memang comel je petite! baju baby 3 months pun leh pakai.. ntah siapa dia ikut tak tahu sebab umi abi semangat amat badan.. hee~ tak kisah asal membesar dengan sihat, ada selera makan, minum susu.. aktif...itu yang penting... tak kisah pun if ada baby lain cepat membesar cth dah berjalan dan tumbuh gigi sebab lain baby lain cara diorang develop kan..? so kalau kita fikir gitu kita akan merasa gembira dengan bayi anugerah Allah depan mata ni.. love u amel nur qalisya!!
     


Wednesday, June 6, 2012

Amel Nur Qalisya




amel nur qalisya sekarang makin aktif.. habis semua nak panjat.. berat badan pun da turun.. this month dia da 9 bulan.. alahaii cepatnye masa! selalu buat ummi geram nak gigit.. err rindu kat dia cepat la 5.30..

Posted using BlogPress from my iPhone