AL-QURAN

Demi waktu matahari sepenggalahan naik. Dan demi malam apabila sunyi (gelap). Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagi mu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu? Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk. Dan ia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan

-Surah Al-Dhuha Ayat 1-8-

Tuesday, November 10, 2009

Kisah persalinan untuk nikah..






Dalam membuat persiapan perkahwinan.. macam-macam ye kawan-kawan..macam-macam.. sungguh memeningkan bila nak buat persiapan sebab sekarang banyak sangat pilihan..hehe saya nak pakai persalinan apa untuk nikah nanti pun saya masih bingung.. tapi setakat ni pilihan saya adalah cotton.. tapi itulah belum cari lagi.. hopefully taklah habis stok.. hehe..



selalunya orang akan pakai lace or chiffon beady kan..? memang cantik dan menyerlah.. tapi saya berfikir lepas saya dah kahwin saya akan pakai lagi ke lace putih? sekurang-kurangnya kalau saya pakai cotton hari biasa pun saya boleh pakai.. hah anda setuju? lagi pulak saya sukakan kain kapas..bukan lah kosong je nanti saya akan hias lah bagi menyerlah sikit.. tambah kan dengan manik ataupun tampal kan lace..maklumlah nak pakai nikah kan...? tapi itulah ibu saya tak setuju.. dia cakap simple sangat.. looorrr... itu yang menyebabkan saya bingung ni.. takpe.. ambil masa untuk fikir...



inilah baju nikah pilihan saya.. kain cotton.. image dari butik najjah..


Pasal tudung pulak.. kalau pakai baju kain kapas tudung apa je yang sesuai eak? semua jenis tudung ke..? tapi tulah pilihan saya adalah selendang.. tapi koleksi tudung ber'awning' sekarang semua cantik-cantik.. kalau awning terlalu tajam mesti sesi mengucup dahi jadi bahan gelak sebab mesti pengantin lelaki tercucuk awning yang tajam tu.. hee apa pun saya taknak terlalu vouge.. saya terlalu sukakan ringkas tetapi menarik.. saya baiklah mari bantu saya buat pilihan ye...



Raja Shahirah Aisyah cantik kan..? suka juga kalau macamnie.. simple kan..? image dari google


macam ni pun cantik.. scarf yang cantik lepas tu pakai selandang just serempang je then bubuh brooch.. hee~ image dari google..


huhu cantik sangat.. tapi saya tak biasa pakai hijab macam ni.. image dari google..


atau yang ini.. awning kecil + manik dari princess


Tudung Vispera ini lengkap dengan awning yang dihias dengan Kristal Swarovski Gred A dan selendangnya pula sarat dengan lace dan manik.. ala-ala tudung siti nurhaliza.. cantik!! sebab tampak begitu menyerlah kan..?hee~ dan Vispera juga ada mengadakan promosi besar-besaran untuk bakal pengantin.. jadi silalah ke laman web KOLEKSI VISPERA..





WITH LOVE

Monday, November 9, 2009

Umur baru 12 tahun dah diajar jaga baby..






Dari kecil saya dah diajar berdikari.. memandangkan parents saya berkerja... balik sekolah rendah kadang-kadang ibu saya siapkan makanan sebelum dia pergi kerja kadang-kadang takde.. lepas tu nak pi sekolah agama pulak pun sama.. masa saya darjah 6 adik saya yang ke-6 lahir ke donia.. nama diberi muhammad aiman..masa ibu kerja dan saya sekolah ibu hantar aiman ke rumah jiran lepas saya balik sekolah agama sayalah kena jaga aiman sampai ibu saya balik kerja.. selalunya saya akan habis sekolah agama pukul 4 petang terus ambil aiman kat rumah jiran..



Mulanya saya memang kekok selalunya memang rajin menengok ibu uruskan aiman.. tapi tak pernah buat pun.. tulaa bila masa saya kena jaga mengelabah nak buat itu ini tok baby.. nak tukar pampers laa nak mandi laa sampaikan nak pilih baju ape pun tak tahu.. selalunya ibu mesti marah sebab suka pakai kan aiman seluar pendek je waktu petang hee~ [sebenarnya suka tengok baby pakai seluar pendek boleh geget kaki dia yang gebu dan wangi tuu]..kadang-kadang tu bila tak tahan bau berak aiman saya menangis-nangis sambil bersihkan aiman hee~



bila dah lama jaga baby akhirnya dah pandai dah.. bila aiman dah pandai merangkak lagi susah.. sebab asyik nak kena perhati dia je... takut terlajak sampai ke luar..pernah juga sekali terlepas pandang kejap tengok lagi sikit aiman nak masuk longkang kecil depan rumah.. pagar terbukak.. nasib baik kalau tak mesti kena sebat dengan ayah.. alahai nasib badan laa..



lepas aiman saya jaga adik bongsu saya pulak muhammad izzat asyraf yang lahir masa saya tingkatan 2..dah lama pun saya ni anak sulung kan..? hehe agaknya kalau tak keje sekarang maknanya susah nak cari keje boleh la mesti saya sekarang adalah penjaga bayi ataupun guru tuisyen/guru mengaji.. haha




WITH LOVE

Lelaki bermisai..









hai semua...


nak tanya adakah korang semua sukakan lelaki bermisai? apakah perspektif korang dengan lelaki bermisai nieh..? ada orang kata lelaki bermisai ni nampak gatal dan mungkin romantik kot.. lepas tu macho dan garang.. haha.. entah saya pulak tak berapa suka dengan lelaki bermisai.. tapi sebenarnya taklah penting sangat pun kan..? huhu tapi kan dia tengok bentuk muka juga ada lelaki yang sesuai bermisai dan ada lelaki yang tak sesuai bermisai.. tapi kalau macam M.nasir memang maniss sangat bermisai kan..? serius dan berkaliber gitu..




ala lagipun ada apa pada rupa kan..?


image source: google.com




WITH LOVE

Friday, November 6, 2009

Kalaulah saya berpeluang...






hai.. betul lah kan.. manusia ni dilahirkan dengan latarbelakang keluarga yang berbeza.. ada yang kaya ada yang miskin.. ada yang dari keluarga yang berpendidikan ada juga yang dari keluarga yang setakat kerja kampung sahaja.. semuanya Tuhan dah tentukan.. kita hambaNya perlu bersyukur.. dan ada juga lahir dengan bakat semulajadi.. kecerdikan akal fikiran, kecantikan dan manusia diuji dengan pelbagai ujian.. masing-masing ada bahagian sendiri..




Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286




erm.. saya terfikir kalaulah saya diberi peluang untuk bantu semua manusia yang daif kat atas dunia alangkah bagus nya.. kan kawan-kawan..? mesti semua fikir macam tu kan..? erm.. tapi bukan semua dari kita berpeluang.. saya ni bukan orang kaya.. setakat makan gaji je.. sekadar hulurkan derma mampu lah... kadang-kadang menangis.. sedih sangat tengok orang tua merempat takde tempat bergantung.. walaupun mungkin mereka punya kisah silam yang teruk tapi kita sesama manusia ada sifat perikemanusiaan yang tinggi.. jadi kita terpanggil untuk saling bantu membantu kan..? tapi apakah daya saya tak mampu.. saya hanya mampu bantu setakat menjadi sukarelawan untuk ringankan beban pun saya bersyukur.. but deep inside in my heart saya teringin sekali bantu mereka semua...dan bersama mereka menjalani hidup dengan kasih sayang dan bahagia....



saya terfikir ramai juga orang kaya di malaysia ni kan..? artis-artis lah contoh yang saya ambil... mereka berbelanja untuk diri sendiri saja boleh dikatakan rm10 k..[anggapan saya] maksud saya artis yang kaya raya lah.. kalau lah saya ditempat mereka pasti saya takkan lepas kan peluang berbakti dengan manusia lain.. contohnya dirikan rumah untuk mereka.. beri mereka peluang mencari rezeki dengan bekerja.. atau bina satu rumah untuk orang gila yang merayau tak tentu arah tu.. dari menjejaskan imej negara baik kita ambil mereka dan letakkan di tempat yang dibina indah untuk mereka.. erm mereka juga makhluk Allah macam kita..



sebagai contoh saya terbaca di surat khabar, seorang ibu sanggup membunuh bayinya kerana tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang mahukan susu.. tetapi beliau tidak mampu dan tertekan dengan perangai suami yang lepas tangan..akibat desakan hidup dan tanggungan yang ramai ibu itu telah menekup muka bayinya dengan bantal sehingga mati lalu mencampakkan bayi itu ke dalam parit.. erm.. lihat! betapa manusia hilang kewarasan fikiran akibat desakan hidup yang begitu susah.. bersyukurlah kita masih diberi kelapangan dan kesenangan..


Saya juga ingin sekali berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain.. [mungkin ada yang baca dan meluat dengan saya] tapi Demi Allah saya sangat teringin.. cuma peluang saya belum tiba.. mungkin saya mahu hidup saya ni terisi dengan sedikit pengorbanan antara saya dengan manusia lain.. saya selalu berfikir.. apalah sangat dengan kemewahan hidup kalau kita tak boleh kongsi dengan orang lain.. bukan banyak tapi sedikit.. kalau boleh kita jangan setakat pandang dan simpati tapi hulurlah sesuatu... InsyaAllah sama-samalah kita manfaatkan masa-masa sedikit kita atas dunia ini.. berbaktilah dengan ibu bapa, negara dan juga masyarakat.. semoga Allah memberkati kehidupan kalian semua.. aminn...



happy weekend semua!!


till then,


WITH LOVE

THROUGH MY WINDOW






Mempersembahkan video muzik lagu through my window..ade mila,dafi,akim,tomok, bunkface dan ramai lagii!! happeninggg!!!


Klik untuk dengar ye..

Everyoneconnects.net




WITH LOVE

Pisau Cukur














Semalam saya dan rafiqy ke mid valley menonton pisau cukur,.. kan shida? hee~ [sorry semalam saya tak dapat borak dengan shida sebab nak ke toilet, dan movie start pukul 6.30] Cerita ini dilakonkan kebanyakan pelakon kegemaran saya lah.. maya karin, aaron aziz, fazura.. liyana jasmay pUn adoo.. cerita ni ok laa quite interesting.. ada kelakar, romantik dan sedih.. hee~ pada saya kalau tengok tak lah rugi.. hehehe yang paling saya suka karektor fazura dalam movie ni.. cute dan banyak cakap.. suka ayat dia kalau terperanjat.. oh my Dior!! oh my Prada!! hahahha..~ dah nama pun pisau cukur kan..? cerita ini semuanya digambarkan berlaku atas kapal..padahal bukan atas kapal pun ye.. kesimpulan dari movie nie..janganlah terlalu mengejar kekayaan sebab tak mahu kan anak-anak susah di masa depan.. tapi sebenarnya nak kahwin bukan duit segala-galanya hati kena cinta dan lelaki tu mestilah seorang yang boleh menjadi pendamping dan penyelamat yang baik pada kita.. ^__^




ye saya tahu saya suka tengok movie melayu di wayang.. hee~



WITH LOVE

Thursday, November 5, 2009

Cita-cita saya dari kecil..






Dulu masa kecik selalu berangan nak jadi artis.. nak menyanyi menari dan melakon [berlakon] bila atas katil selalu berjoget kegirangan bak meniru gaya artis bollywood tuh.,.. memang suka tengok hindustan dari kecik.. alahai.. lepas tuh pulak suka main tembak-tembak.. dah tembak lepas tu mati.. siap ada kubur.. mana taknya main tembak-tembak ayam arwah moyang ku.. memang selalunya terkenalah sasarannya.. banyak ayam moyang yang mati aku kerjakan.. seronoknya jadi kanak-kanak kan..? boleh main sesuka hati.. berpanas terik tidak dihiraukan.. main..main dan main... bayangkanlah masa makan pun nak main juga..




lepas tu bila dah naik sekolah rendah teruskan aktiviti bermain.. kat jalan raya saya dan kawan-kawan lukiskan kotak-kotak untuk main lompat teng..teng.. best sangat.. paling saya suka main kejar-kejar.. atau main sorok-sorok.. indahnya zaman itu.. nak belajar pun malas..asjik main je.. mana lah nak fikir masa depan kan.. boleh diakui saya lambat meningkat dewasa.. saya selalu anggap semuanya tak penting... lepas tu bila saya dah umur 9 tahun, ayah dah ajar solat.. saya rajin gila solat.. hehhe seronok.. walaupun memang tertekan menangis sampai merah muka sebab masa ayah ajar bacaan solat tu lembab sangat saya nak ingat dan asyik dek selalu kena rotan dengan ayah.. finally pandailah saya solat.. masa ni aktiviti main pun kurang... ayah ajar banyak pasal agama.. ibu pun dah suruh saya bertudung.. hee~




dah naik darjah lima baru serius nak belajar nak kejar cita-cita.. masa tu saya bercita-cita nak jadi cikgu.. seronok jadi cikgu sebab saya suka menulis di papan hitam.. sampai selalu sukarela nak tulis kat papan hitam.. hee~ masa tu saya cakap dengan ibu saya kenapa dulu dia tak nak jadi cikgu? bole balik awal pukul 2 dah ada kat rumah..nanti bila saya balik sekolah ibu ada kat rumah tunggu saya balik sekolah.. cikgu best boleh balik keje awal.. boleh cuti panjang.. seronok.. dan sampai sekarang saya masih simpan cita-cita nak jadi cikgu..insyaAllah..




bila dah naik sekolah menengah.. saya dah jadi budak baik.. ke sekolah hari-hari.. dan masih menjadi sukarelawan cikgu kalau nak menulis di papan hitam heheh.. masa tu ibu saya ada cakap yang dia nakkan saya kerja dengan Telekom.. sekarang TM.. saya cakap taknaklah.. tak best balik kerja pukul 5 petang.. lepas tu sabtu kena kerja.. ibu saya nak juga saya kerja dengan TM gantikan tempat dia.. alahai..



Entah, lepas saya habis belajar di politeknik dan dah graduat terus kerja dengan TM..hahahha..padahal lepas habis diploma saya ingat terus nak sambung degree dalam bahagian pendidikan tapi tak sempat fikir dan mohon.. dan masa temuduga tu saya calon terakhir sebab sepatutnya saya temuduga semalamnya tapi saya datang esoknye.. huhuu~dan saya tak sangka saya diterima kerja.. seronok? bolehlah.. memandangkan kerja pun takde susah nak dapat dan oleh kerana TM offer saya lepas saya habis belajar teruslah saya terima dan satu lagi saya taknak hampakan ibu saya sebab dia yang susah payah mohonkan untuk saya.. so setakat ini saya berkhidmat dengan TM je lah.. alhamdulillah..




kesimpulannya disini.. kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya tercapai.. dan jika sekali peluang itu datang kita jangan menolak selagi kita dapat merasa peluang itu rugi untuk dilepaskan..ingat peluang hanya datang sekali..




WITH LOVE