Friday, November 6, 2009

Kalaulah saya berpeluang...






hai.. betul lah kan.. manusia ni dilahirkan dengan latarbelakang keluarga yang berbeza.. ada yang kaya ada yang miskin.. ada yang dari keluarga yang berpendidikan ada juga yang dari keluarga yang setakat kerja kampung sahaja.. semuanya Tuhan dah tentukan.. kita hambaNya perlu bersyukur.. dan ada juga lahir dengan bakat semulajadi.. kecerdikan akal fikiran, kecantikan dan manusia diuji dengan pelbagai ujian.. masing-masing ada bahagian sendiri..




Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286




erm.. saya terfikir kalaulah saya diberi peluang untuk bantu semua manusia yang daif kat atas dunia alangkah bagus nya.. kan kawan-kawan..? mesti semua fikir macam tu kan..? erm.. tapi bukan semua dari kita berpeluang.. saya ni bukan orang kaya.. setakat makan gaji je.. sekadar hulurkan derma mampu lah... kadang-kadang menangis.. sedih sangat tengok orang tua merempat takde tempat bergantung.. walaupun mungkin mereka punya kisah silam yang teruk tapi kita sesama manusia ada sifat perikemanusiaan yang tinggi.. jadi kita terpanggil untuk saling bantu membantu kan..? tapi apakah daya saya tak mampu.. saya hanya mampu bantu setakat menjadi sukarelawan untuk ringankan beban pun saya bersyukur.. but deep inside in my heart saya teringin sekali bantu mereka semua...dan bersama mereka menjalani hidup dengan kasih sayang dan bahagia....



saya terfikir ramai juga orang kaya di malaysia ni kan..? artis-artis lah contoh yang saya ambil... mereka berbelanja untuk diri sendiri saja boleh dikatakan rm10 k..[anggapan saya] maksud saya artis yang kaya raya lah.. kalau lah saya ditempat mereka pasti saya takkan lepas kan peluang berbakti dengan manusia lain.. contohnya dirikan rumah untuk mereka.. beri mereka peluang mencari rezeki dengan bekerja.. atau bina satu rumah untuk orang gila yang merayau tak tentu arah tu.. dari menjejaskan imej negara baik kita ambil mereka dan letakkan di tempat yang dibina indah untuk mereka.. erm mereka juga makhluk Allah macam kita..



sebagai contoh saya terbaca di surat khabar, seorang ibu sanggup membunuh bayinya kerana tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang mahukan susu.. tetapi beliau tidak mampu dan tertekan dengan perangai suami yang lepas tangan..akibat desakan hidup dan tanggungan yang ramai ibu itu telah menekup muka bayinya dengan bantal sehingga mati lalu mencampakkan bayi itu ke dalam parit.. erm.. lihat! betapa manusia hilang kewarasan fikiran akibat desakan hidup yang begitu susah.. bersyukurlah kita masih diberi kelapangan dan kesenangan..


Saya juga ingin sekali berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain.. [mungkin ada yang baca dan meluat dengan saya] tapi Demi Allah saya sangat teringin.. cuma peluang saya belum tiba.. mungkin saya mahu hidup saya ni terisi dengan sedikit pengorbanan antara saya dengan manusia lain.. saya selalu berfikir.. apalah sangat dengan kemewahan hidup kalau kita tak boleh kongsi dengan orang lain.. bukan banyak tapi sedikit.. kalau boleh kita jangan setakat pandang dan simpati tapi hulurlah sesuatu... InsyaAllah sama-samalah kita manfaatkan masa-masa sedikit kita atas dunia ini.. berbaktilah dengan ibu bapa, negara dan juga masyarakat.. semoga Allah memberkati kehidupan kalian semua.. aminn...



happy weekend semua!!


till then,

4 comments:

  1. atiqah...gmba kt tepi comment ni lawa sgt...
    cntiknye...

    ReplyDelete
  2. niat murni tu
    bagus2...
    camtu qa leh lah daftar kat badan2 kebajikan nie
    banyak persatuan2 yg ada
    leh ar join diorang wat charity
    :)

    ReplyDelete
  3. tol tu..ila pown bkn d lahirkn dr keluarga kaya......tp msh egt asl usul..yg kaya raya xdk sgt pown nak membntu...n ila pown tersenth hati kish yg ibu bunh babynya kerana laparkn susu,....sguh menghayat hati.......

    ReplyDelete
  4. niat yg sungguh suci,even pia pon xmampu nak buat mcm tu.

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)