Tuesday, February 21, 2012

Vaksin ROTAVIRUS

Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:

  1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
  2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
  3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Keputusan (English):
The Ruling on Using Biothrax Vaccine and Rotateq Vaccine that Used Pig Sources in its Production Process
Decision:
The 81st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 31st March 2006 has discussed the ruling of using biothrax vaccine and rotateq vaccine that used pig sources in its production process. The Committee has decided that the usage of Biothrax vaccine and RotaTeg are not permitted because:
1. No urgent need at the moment
2. There are alternative substances or medicines besides using pig sources in the production of the said vaccines
3. There is no concrete proof stating that people in the country are in dire need of such vaccine.
Keterangan/Hujah:
  1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.
  2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,

    Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

  3. Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
  4. Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah “ Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang” atau الضرورات تبيح المحضورات. Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain. Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها (dharurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah dilarang.
  5. Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.
  6. Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.
  7. Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.



err... ada pernah dengar tapi macam tak percaya 'takkan lah kan'.. so Amel Nur Qalisya memang tak amek vaksin utk rotavirus.. nak bagi dia vaksin pneumococal je..



Thursday, February 9, 2012

Wish List





UMRAH



gantikan bag sekolah


for amel nur qalisya


ouch.. madison collection! just love


for h****




Thursday, February 2, 2012

Majlis Aqiqah Amel Nur Qalisya





Majlis Aqiqah Amel Nur Qalisya ni sebenar dah lama dah.. pada 24 dec 2011 lagi.. tapi ummi baru nak update teehee (nak update satu-satu).. tulaa keje nak mengpostpone jee keje..


Aqiqah Amel ni buat kat uma my family in law sebab mertua saya nak sponsor kenduri hee~ saya dan rafiqy hanya siapkan kambing dan berkat je... ^^ masak pun kami sekeluarga je..


Menu: 2 ekor kambing golek, Siakap Sweet Sour, Sambal Tempoyak Petai, Salad Ayam, Kari kambing, Sayur campur ade juga kek, kuih muih dan buah-buahan...


mari laa tengok gambar majlis je ye...


Hujan masa ni dari petang sampai ke malam.. hujan rahmat..


meja tetamu..


lantern ni last minit pasang.. so amatlah carca marba.. huu


tetamu..


syukur jemputan amatlah ramai.. dah macam kenduri kawen amel plk kan.. hee~


oh kambing tinggal tulang.. ^^


celebrate sekali besday adik ipar n anak buah.. hee~ tempah cake kat secret recipe..
nasib baik sempat amek kek ni dengan jalan jammed kan err


ni pulak kek khas untuk acik zuhri n cik ah rafiqy.. ^^


berkat untuk tetamu yang hadir.. siapkan 200pcs je ingat tak cukup, sekali ade lebih juga~


masa ummi n abi sibuk layan tetamu amel duduk dengan wan long dia.. hehe baik je anak ummi malam tu tak meragam.. dia mengantuk tapi dok orang nak tengok dia, dia layan je.. ^^
jam 12 tgh malam baru dia tidur dengan lenanya, berdentum pintu pun gerak sikit then lelap balik hee..tu pun sedara mara nk blk sempat jenguk amel dulu dalam bilik kami.. alahai..





satu keluarga.. hee~ kami hijau + peach oren gitu..


thanks sangat kat family in law sebab sponsor kenduri Amel Nur Qalisya nie.. majlis yang sangat bermakna buat kami sekeluarga... syukur dah selesai Aqiqah 2 kambing untuk Amel Nur Qalisya..



lepas ni ummi nak update pi Universal studio singapore plk.. errr