Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Bukan daripada kepala untuk dijadikan pemimpinnya, bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari lengannya untuk dilindunginya dan dekat dihatinya untuk dicintainya.
***********************************************************************
Sememangnya cinta adalah kurnia dari Allah s.w.t terhadap kita manusia. Setiap hambaNYA akan merasai cinta. Kita semestinya bersyukur dengan anugerah perasaan ini, kerana tanpa rasa itu, jiwa kita mati dan kita takkan dapat mencintai dan dicintai.
Kelahiran kita didunia ini juga adalah suatu bukti kehebatan cinta. Sebab itu kita tak perlu rase sesal dan mengalah dengan cinta. Bermatian kerna cinta. Perasaan cinta itu adalah normal dan setiap kita berhak merasai dan menikmatinya.
Namun biarlah berpada-pada agar tidak menjadi pepatah “ buang emak buang sedara, kerna kasih hamba turutkan” (alamak terlebih sudaaaa…)
___________________________________________________________________
Cinta kita tidak setanding Cinta Siti Khadijah terhadap Nabi Muhammad s.a.w sanggup berkorban harta benda, nyawa malahan segala-galanya demi memperjuangkan Islam.Tidak juga setara dengan Cinta Balqis terhadap Nabi Sulaiman yang mampu menyatukan dua buah kota dan sudah tentunya tidak mampu menandingi Cinta Adam & Hawa (lagu misya Omar.. sila layan okiee) yang bertemu di Syurga, terpisah dan menderita akhirnya bertemu di dunia.
__________________________________________________________
Cinta sememangnya alpa, sehinggakan sanggup mempertaruhkan ‘maruah’ demi cinta yang mungkin pudar silaunya , akan hilang serinya.
Berdua itu sememangnya lebih baik, tetapi andainya berdua itu membawa kita kearah keruntuhan Islam, lebih baik berseorangan… betul tak??
__________________________________________________
“tapi saya yakin melalui pemerhatian, cinta zaman ini tidak perlu memandang sudut agama seseorang itu, cukuplah saja dia memiliki gaya, keunggulan dan suara yang mampu mencairkan segala yang ada.. sudah boleh membuatkan cinta itu miliknya. Dan bercinta lah mereka dalam khayalan yang indah yang mampu menghanyutkan mereka ke arah kehancuran.. janganlah suka membicarakan perkara yang remeh yang mampu merencatkan fikiran dan janganlah leka dan lalai kerana dalam kelalaian itu syaitan telah terlebih dahulu masuk untuk melupakan kamu dari ajaran Islam yang kamu pertahankan selama ini.. sama-sama lah kita saling ingat-mengingati.”
___________________________________________________________
Sebagai manusia Islam, kita perlu mencari cinta di atas landasan nidham al-Islam yang mana lebih mengutamakan agama terlebih dahulu, then barulah keturunan, harta benda dan rupa..
Masih saya ingat masa itu saya ada berkawan dengan seorang laki dan kami keluar,. Saya menerimanya sebagai kawan walaupun dia perokok.. tapi bila saya cuba mengajak dia bersolat tapi dengan satu alasan saja cukup membuatkan saya yakin yang dia adalah bukan untuk saya..
____________________________________________________
Sekarang kita digemparkan dengan isu pembunuhan bayi luar nikah. Lihat lah bukti cinta mereka? CINTA NAFSU.. Lihatlah betapa agungnya cinta mereka? Sehingga sanggup membunuh dan selepas itu akan ada lagi bayi yang akan digugurkan. Syaitan bersuka ria melihat kamu manusia yang lahir dengan Islam tetapi bodoh. Mana lelaki yang bersama-sama menyemai cinta bodoh itu? Mana dia?? Dia bersama perempuan bodoh lain selepas kamu… bagus..
______________________________________________________________
sama-samalah kita doakan semOga dunia ini tidak dilanda bencana hebat atas dosa besar yang mereka lakukan. Sesungguhnya kita kesal dan sedih dengan penghinaan ke atas ISLAM ini.
******************************************************
Andai lelaki adalah ‘pencinta wanita’ lindungi dan pimpinlah kaum wanita ke jalan yang diredhai Allah. Bukan sebaliknya, memperlakukan wanita ibarat sang pohon tebu “habis madu sepah dibuang”. Jawablah kamu di hadapan Allah kelak. Kamu boleh menikmati kekuasaan kamu didunia tapi tidak di akhirat.
Tidak tercabarkah kaum lelaki yang dijadikan Allah s.w.t sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sebagai pemimpin yang gagah yang kuat dan tajam akalnya, tetapi tidak mampu memimpin dan memberi apa-apa manfaat sekalipun. Namun, tidak semua lelaki begitu, ada juga yang mencari keredhaan Allah dalam cintanya. Tapi umpama satu dalam seribu.
____________________________________________________
Apa makna cinta kepada anda??
Macam2 kan? Tapi yang pasti cinta itu indah dan mengasyikkan.. tapi hati-hatilah dengan cinta seorang itu boleh hilang kewarasan akal dan jika salah memilih dan salah membawa cinta dalam hati kita pasti akan tersadai jauh dari asal diri dan menyesal tak sudah..
INGAT, SYAITAN ITU TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA.
TAPI YAKINLAH ALLAH ITU MAHA PENYAYANG..
Cinta adalah dua jiwa dalam satu fikiran, dua hati dalam satu debaran.
Kadang-kadang kita tidak sedar, kita mencintai seseorang tetapi cintanya sukar diraih ataupun bila kita terlalu mencintai tapi cinta itu dirampas kejam dari kita.
Betapa sakitnya, menonggeng dan menangis buruk rupa… adoyai..
_______________________________________________
Ramai yang menyinggah tetapi kenapa dia juga seorang yang kita ingini?
Jawapannya adalah kerana dia adalah dia dan tiada yang sama dengannya.
Seandainya telah tertulis di Loh Mahfuz dia bukan jodoh kita, anggap itu dugaan Allah yang mana mahu menguji tahap keimanan kita kepadaNYA. Yakinlah, Allah itu Maha Mengetahui, dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita walaupun kita mencintainya ‘separuh mati’ pun…
Atau mungkin juga jodoh kita nanti seribu kali lebih baik daripada si dia..
______________________________________________________________
“Jangan tutup pintu hati kita, biar ia terbuka seluas-luasnya, biarkan hati memilih dan biarkan jiwa kita terus merasa..”
***********************************************************************
Jika dia tetap juga jodoh kita, walau dimana jua dia berada, kita tetap akan dipertemukan juga. Ibarat “ikan dilaut asam didarat, dalam periuk bertemu juga..”rajooo ohh rajoo... :D
Cinta itu buta.. tidak kenal usia tidak kenal siapa. Dengan senyuman, gemersik suara mampu membawa kita ke dunia cinta.
Biarlah orang kata dia tidak cantik @ tidak sesuai tapi pada kita dialah segala-galanya.. kerna kita yang merasai cinta itu, bukan sesiapa.
Kita tatau bagaimana cinta itu berputik, tapi apa yang penting?! (bukan kerjasama yerp :p) ialah kita ingin hidup bersamanya, ingin menyayanginya setulus hati dan ingin berkongsi segala-galanya.
********************************************************
“love is when you care someone more than you care about yourself.”
_____________________________________________________
Dari Imam Syafie:
Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau pun yang akan terjadi..
Tinggalkanlah rasa duka semampunya kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah.. kelmarin, Tuhan telah menolongmu.. Percayalah esok pun Dia masih akan tetap menolongmu..
************************************************************************
Aduhai..
ReplyDeleteapakah cinta itu akan hadir buat diri ini?
waa.
ReplyDeleteterawang-awang baca entry ni.
hhee
waahhh...puitis sungguh...suker! suker!...
ReplyDelete[^_^]
***************************************
ska blog ko lar
ReplyDeletebyk ilmiah yeahhhhh ;)
sis..
ReplyDeletesedihlah..
:(
bestlah...banyak pengajaran yg dapat diambil dari entry ini sis...tq!!!
ReplyDeletecinta pada Allah adalah slm2nye.. cinta paling agung di alam semesta.. sbb tu kite msti ltk kan cinta pd Allah no 1 dlm idup n ati kite..
ReplyDeleteso meaningful :)
ReplyDeletecinta itu ketawa dan airmata..
Sungguh indah bibit2 perkataan y diluahkan~
ReplyDeletelayannnn~
Ouuhhh....
ReplyDeleteAku tatau nak tulis ape...huu..