Wednesday, February 11, 2009

gadis itu~

di sebalik wajah itu
tersimpan seribu makna
yang susah
dimegertikan
siapa yang tahu
apa yang gadis itu rasakan
tiada siapa tahu
dan mahu
ambil tahu
bibir lebar tersenyum
mata berkelip indah
tetapi kadangkala ada sesuatu dari kerlipan itu
yang rembesannya panas dan sangat kaku...
tetapi itu saja yang gadis itu ada
dikala hatinya tak daya untuk berkata-kata
biarkan air mata menenangkan semua...
seteguh istana megah maharani
seindahnya bunga berwarna berbau wangi
tiada sama
seperti
setitik darah panas
yang mengalir..
laju tetapi sedikit...
mengapa harus dipikul
bebanan bukan milik nya?
bukan dipinta
bukan ditagih
tetapi ia datang
tetiba walau hati tidak menerima
sayangnya...
gadis itu tidak kuat,...
lantas dibiar pergi
begitu...
tanpa jawapan
tanpa tindakan
yang pasti..
salahkah dia
kerana selayak menolak?
dia punya hati
punya kekuatan
yang semampu ada...
jangan disalah gadis ini,
jika sekali suruhan ditolak
diabai..
pandang gadis ini sedalamnya
dia wanita
yang tidak kuat
tetapi berlagak kuat untuk hati orang lain..
percayalah
bahawa dia tidak pernah menginginkan
atau mahukan
bebanan ini
terus digalas
terus diberi
kerana dia tidak meminta itu semua...
berilah masa dan cintailah dirinya..
sesungguhnya manusia sesama manusia
sahajalah
yang punya hati dan perasaan
yang serupa...
dan mampu memahami..

4 comments:

  1. wahh sekang nih asek berpuisi jer tau.. :) mencurahkn bakat terpendam yer sis.. gud gud.. :D

    ReplyDelete
  2. hehe.. ye reen..
    kelakar pun ade ntahape2 ntah ler... huhu

    ReplyDelete
  3. saye mampu tulis puisi dlm diary je,xsangg0p rase nak publish kat blog...huhuh

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)