Monday, August 3, 2009

sayang dengarilah aku...

Di saat kau jatuh... aku bangun untuk menolongmu... aku tidak tahu kenapa..tetapi rasa itu datang dan aku terasa ingin menolongmu... bila guruh dilangit itu menandakan hujan akan turun... kita tahu hari akan hujan... kita bersedia... dan kita tahu itu petunjuk dari Tuhan...



bila aku sendiri mencari erti kehidupan... fikiran ku begitu leka mencari dan merenung apakah kehidupan ini punya makna.. makna yang indah lagi sempurna untuk ditafsirkan... aku yakin setiap yang berlaku ini adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T.. dan masa akan datang kita tak tahu... tapi kita boleh mohon petunjuk dariNYA... bila kita sesungguhnya yakin kita pasti dan akhirnya kita akan menerima dengan redha...



Langkah kita tidak selalunya seiring... kadang kita terase ingin berlari kerna kita tidak mahu ketinggalan.. kadang kita sekadar hanya memandang.. memandang dari sudut pandangan kita sendiri.. orang lain tidak tahu.. hanya kita... tapi kita tidak tinggal... kita masih lagi bersama mereka... kita tahu setiap kita sama tetapi punya haluan dan cita-cita sendiri..



kau lihatlah aku.. aku ini sayang padamu... sayang akan kehidupan kita bersama... aku sentiasa mengharapkan kasih dan sayang ikhlas dari mu... aku tidak meminta kau membalas.. kerna setiap perbuatan ku bukan untuk dipandang.. aku hanya mahu kau merasa.. bahawa aku ingin dekat selalu denganmu... merasa setiap ape yang kau rasa... melihat dari pandangan mata hatimu... aku mungkin tidak sepenuhnya berjaya tapi aku tetap mencuba...



aku bukan sesiapa.. orang tidak kenal aku.. walau aku buas.. aku tidak senyum dan ketawa.. tapi aku ingin sekali hidup dalam cinta.. cinta kepada Tuhan,, cinta kepada ibubapanya.. aku tidak mengharap akan balasan tapi aku berusaha untuk cinta agung itu...



percaya lah sayang... bila kita tiada lagi di dunia indah ini...kita bakal bertemu dunia baru.. dunia yang kita sendiri inginkan dan bawakan.. kita yang tentukan bagaimana rupa dunia baru kita nanti... bila disini kita tidak mengecapi bahagia tetapi kita bersyukur kita hidup.. tetapi disana alam abadi kita akan bahagia dan disanalah bahagia akan kekal seperti mana yang kita hajati... aku tidak kuat tapi dengan cinta aku mencuba untuk kuat...aku juga manusia biasa.. sering leka dibuai kemewahan dunia kadang aku terlupa bahawa ini sementara.. dan pada pengakhirannya aku akan sendiri. gelap.sunyi dan sepi...aku takut tapi aku perlu bersedia...



cinta itu wangi kerna kita sering kali ingin mendekatinya...
tetapkan hati dan fikirlah bahawa kau manusia yang kuat..
tidak mengalah dan sentiasa hidup dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

5 comments:

  1. great entry dear dan juge menginsafi

    ReplyDelete
  2. Clap!! Clap!!! Clap!

    asna dengar dah luahan hati sis dalam citer nie..

    ;))

    ReplyDelete
  3. ayat2 mu sungguh syahdu..
    membuat hati kecil terusik....

    kata2 yang sunggguh halus..
    mendalam..
    erti tersirat..
    terpanah di hati...

    ehe..
    so sweet.....

    ReplyDelete
  4. dearie meiz sha~
    heheh :D

    dearie Pia~
    thanks k dear..

    dearie asna~
    thanks asna...!!!

    dearie zara~
    akak sekadar berkongsi..

    dearie Mia~
    terima kasih tau.. so sweeettt~

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)