Friday, October 23, 2009

bagaimana ingin menjadi terkenal?






ok baik..
saya tertanya-tanya bagaimana saya mahu jadi terkenal seperti dato siti nurhaliza/nasha aziz/liyana jasmay atau semualah celebriti yang masuk televisyen tu.. huh ataupun jadi model ka..? macam hanis zalikha huu hebatnya..[ramai gile yang follow belog dia kan? saya pun sebab suka tengok kehidupan dia dan baca penulisan dia...] sedangkan saya bukan seperti mereka punya bakat yang terserlah lagi membangkit kuih bangkit.. saya tiada apa-apa yang mahu ditonjolkan.. tapi mesti bestkan kalau kita terkenal.. semua orang suka.. sampai terjerit-jerit panggil nama kita.. tampal gambar lagi dalam bilik siap potong gambar kita dalam majalah atau surat khabar lepas tu tampal dalam album.. alahai.. syyoookknyaa... saya tetibe rase macam gile glamor lak.. :B





dan dalam saya berangan-angan nak pakai kereta besar siap ada supirman.. pak supir.. lepas tu ada pula bodyguard yang badan besar-besar tu.. boleh? huh apa lagi saya nak berangan ni.. oh ya! kawan-kawan berangan itu tak salah kan..? jadi mari kita berangan lepas tu share dengan orang lain bagi orang tu menyampah dengar kita membebel syok sendiri jaa.. hahahha T_T sekali sekala boleh laa ye..




tapi tiba-tiba saya baru sedar yang saya ini sebenarnya hanyalah seorang kakitangan telekom malaysia sahaja.. saya sempat mengukur baju di badan saya sendiri..ukur punya ukur tak muat.. sedarlah saya bahawa kalau kita mahu sesuatu yang hebat kita perlu lah melihat kemampuan yang kita ada.. betul kan semua..? saya tahu saya betul... lepas tu terus tak berangan daa.. lagi berangan lagi banyak jerawat yang bakal tumbuh... harus dielakkan!! [fakta atau auta?]





saya juga terfikir ada apa pada populariti ya..? selalu orang tanya ada apa pada cinta.. tapi saya dah penat laa asyik cerita pasal cinta...jadi marilah kita fikirkan ada apa pada populariti.. apa rasanya eak bila kita popular..? best ka?




lepas tu kalau orang tu cantik dan kacak mesti orang suka tengok then berangan nak jadi macam dia juga.. biasalah kan semua orang pun suka kan kecantikan.. apa yang cantik mesti kita akan cepat sukakan.. jangan tipulah kan.. tapi kita kenalah selalu ingatkan diri sendiri [macam saya] bahawa semua tu tidak kekal.. tapi saya juga fikir kalau nak berangan tak salah selagi kita kenal siapa diri kita...hee~



8 comments:

  1. just be ourselves
    yet
    we dun really know how good we can be

    ReplyDelete
  2. tul ke kalo berangan muka ada jerawat??alamak kena kurangkan aktiviti ni la nmpkanya..

    ReplyDelete
  3. hehe..
    ifa pn suke berangan akak..
    jom berangan sama2 :)

    ReplyDelete
  4. qah...kalo boley ryn xmo terkenal mcm selebriti tuh...ryn nak jugak d kenali tp biarlar secara low profile...
    heee...suker2.... =]

    ReplyDelete
  5. hanis zalikha cun...ngeee...blakon citer momok the movie dia...

    fofular atau tak, tak kesah pong...janji hidup kita hepi... =D

    ReplyDelete
  6. ade best ade xbest ,byk best dari xbest agaknya...jikalau daku

    ReplyDelete
  7. huu..glemer ni best ke...nani nak jd diri nani sendri..biarla tak glemer pon kak..huhu..

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)