Friday, October 30, 2009

kalau makan banyak memang gemuk ea..?






hihihi [ini bunyik ketawa gatal]
saya rasakan saya ni dah berisi sikit laa..
lemak disana sini.. betul..
dulu ade juga makan ubat diet..
makan minuman herbalife pun ado..
tapi memang susah nak kurus balik macam dulu..
lemak elok je lagi melekat dalam perut nie..
macam mana nak bakar lemak ni lagi ye..?
dah sapu losyen mustajab pun tak berapa mustajab..
buat situp juga ok walaupun badan ni berat still buat juga ok..
tapi masih selesa lemak dibadan nie.. nak kena sapu dengan minyak tanah ke then bakar dengan api baru berkesan? hahahha gilak ko atiqahh!! apa ko mau mati?!! oh no..no..no...




dulu saya ada juga tekad tak moh makan nasi..
itupun bertahan 2 bulan saja...
lepas tu dah makan balik...
bila dah makan balik tu maintain lagi sebab selalu senaman..




tapi sekarang saya dah malas dan makan laa apa saja..
itulah makan banyak lantas lemak yang datang dari mana berkumpul disana sini..
mengerunkan pulak.. mana nak kawen ni.. karang nampak macam nangka kena sarung pulak.. alahai ada aku kisah? tak kisah pun semua itu.. ehhh!! mana boleh tak kisah...!!!
hiiisss tak boleh jadi ni.. saya mesti tekad balik jangan makan nasi.. tidak nasi!!
walaupun berat 55 dan tinggi 165 [ni ke tinggi aku? main hentam jak] itu orang kata sesuai dah.. tapi ntah..




takpelah bergerak la slow-slow cik atiqah nak kurus bukan senang..
nak gemuk senang je... ok!! kuat semangat dan yakin boleh!!!




Thursday, October 29, 2009

Jejaka terhangat musim ini..






wah!! saja jak nak letak gambar jejaka-jejaka kacak ni.. alangkah indahnya ciptaan Allah kan korang kan..? tak boleh nak huraikan sebab terlalu sempurna...



so mari kita lihat pilihan jejaka terhangat yang terpilih ye..!! Beating Heart





Ed WestWick, actor dari drama gossip girl -chuck bass- anak hartawan ni k.. chomel jekk..




siapa tak kenal yang ini kan? Justin timberlake.. suka dengan rambut gaya macam ni.. masa saya sekolah dulu minat dengan beliau.. hee~




muka memang macam hantu kan.. tapi kacak lah..
inilah dia robert pattinson.. tak sabar nak tonton twilight saga pulak...




terminat dengan Ryan Reynolds dalam movie the proposal..





whoa!! pelakon dari korea.. dia ni berlakon dalam drama three rivers..
model juga ni.. beliau sangat kacak!! ok...




dan kaer azami.. pelajar af2.. sangat cute kan..?
hee~ macam mane lah rupa terkini kaer kan..? kan..?





hai rafiqy sayang kuuu... love him so much!!




1.00 kanan 0.75 kiri..






Semalam saya terpaksa terima hakikat yang saya dah rabun.. dan kena pakai cermin mata untuk menghadap laptop ni... erm.. sedihnya... tak suke laa rabun... saya tak suka pakai cermin mata putih..*sigh~


erm.. boleh tak kalau tak pakai cermin mata? tapi sakit kepala laa..sebab saya rasa mata saya ok je.. takdelah blur sangat pun... cuma bila silau sakit kepala laa.. nak pakai ke taknak? aii...




Wednesday, October 28, 2009

bagaimana ingin kelihatan cantik?

assalamualaikum semua.. dan haiii!!



bicara pasal kecantikan ni memang semua orang suka.. dan nak cakap pasal kecantikan juga begitu banyak cabangnya.. cantik fizikal dan mental..cantik semulajadi atau cantik dibuat-buat.. ahakss ada ke..? cantik bukan sahaja boleh dilihat dari bentuk fizikal seseorang tu je.. [tapi selalu orang menilai dari bentuk fizikal kan..?] dari cara dia berjalan, memandang dan bercakap itu juga boleh membayangkan kecantikan kita.. betul.. tapi kadang-kadang bila kita tunjukkan 'lurus bendul' kita pun ada yang memandang kita cute sebab dengan reaksi kita bercakap yang macam tak tahu apa-apa dan juga aksi mengelabah kita.. pasti ada yang terhibur.. hee~




jadilah diri sendiri, berikan senyuman pada sesiapa yang senyum pada kita... tapi jangan melebih la ye.. bila ada yang memandang kita teruskan jadi diri sendiri.. jangan mengelabah mahupun perasan cantik.. kadang-kadang orang suka uji kita kan.. jalan jangan terlalu mendongak dagu.. menunduk mungkin lebih baik tapi dengan caranya la.. jangan membongkok dan belajar jalan dengan tersusun.. [harus dipraktikkan sebab kadang-kadang itu juga membentuk struktur badan kita ye masa tua nanti..]




Bila bercakap jangan memandang ke tempat lain.. pandang ke orang yang sedang bercakap dengan kita dan beri reaksi yang sewajarnya.. dan kawal suara jangan terlalu kuat atau jangan terlalu manja.. ketawa pun kena kawal... nak gelak kuat tutup mulut.. kadang-kadang saya tengok ramai orang yang ketawa semasa makan.. bercakap dengan mulut penuh juga tidak sopan kan..? sebab tu makan seeloknya kita diam dan habis makan baru berborak.. itu lebih baik..~



nak kelihatan muda selalu amalkan minum air sebelum korang berus gigi.. pagi-pagi celik mata terus minum air dan selawat.. ayah saya yang bagi petua nie. :D lepas tu sebelum masuk tidur basahkan muka dan seluruh anggota dengan wuduk.. kalau boleh basuh muka pun kita selawat sikit ye.. lepas tu ada juga doa untuk kita melihat wajah di cermin kalau tak silap la.. hee~ banyak kan minum air ye.. kalau elok sebotol besar satu hari.. baik untuk kulit tau percaya lah..



ini sekadar tips yang saya tahu laa.. heee~ mungkin korang pun ada tips juga kan..? marilah kita berkongsi...




daripada sakit tangan picit keypad handphone lebih baik jumpa terus kan?

Sekarang senang nak apa-apa semua di hujung jari je kan.. tapi ada baiknya memudahkan kerja kita juga... nak sms dengan buah hati paling seronok... sampai berjam-jam lah.. sampai jari pun bengkak dan gatal-gatal sebab warna kat keypad tu dah turun dan melekat kat jari.. hahahha :B




Betul juga.. kadang apa yang nak disampaikan cepat sms je.. senang..! kadang-kadang nak cakap face to face kita segan malu ah ding dong.. lepas tu kalau gado pun dalam sms je..hee~ senang tak sakit tekak nak bertekak..[hiiss tak elok ni..] nak memujuk pun dengan sms.. kira baguslah kan sms ni..



tapi berkesan ke? selesai ke masalah dengan hantar mesej sajo? entah pada saya lebih baik jumpa je cakap betul-betul.. sebab macam saya kalau nak luah perasaan ke lebih baik kita jumpa dan dari situ kita boleh lihat reaksi dia.. yerlaa kadang-kadang bila nak meluah hantar mesej punyalah panjang tapi bila penerima dapat mesej tu kadang-kadang tak penuh..*some text missing pula.. alahai sedih dan hampehnya.. so hantar je mesej nak jumpa kan senang..?selesai masalah.. dari nak gaduh pun boleh jadi tak gaduh tau.. hihii tengok muka manis dan comel dia.. kita tak jadi nak marah..




tapi memang laa bila kita sms banyak idea yang boleh dicurahkan.. sama lah macam kita menulis kan..? dan kalau nak bercakap depan-depan lidah kelu pula nak berbicara.. huhuuu~ lepas tu boleh selitkan sekali emoticon yang comel-comel.. suka!! orang yang baca pun boleh tersenyum.. cubalah kalau tengah gaduh tu then hantar sms letak emo yang tengah marah Nomesti lepas tu tak jadi gaduh daa.. sebab comel sangat..hee~




jadilah marilah kita manfaatkan kemudahan yang ada dengan baik ye..!!


till then~

Amalan bersalam~






Dulu sedari kecil lagi ayah dan ibu saya ajar kami adik beradik macam mana nak layan orang yang lebih tua ataupun tua bebenar... kecik-kecik lagi dah pandai salam orang tua tau.. semua orang cakap 'alahai comelnya anak cik nan ni kan..' hahah tengok salam sekali dapat pujian comel kalau beribu yang puji tak ke dah besar comel? hah... ^__^ bila dah besar sikit mulanya ada sesi memilih bakal menantu... 'aik molek sungguh aku tengok anak dara cik nan tu kenan ngan anak aku pun bagus ni..' ahakss~



Lepas tu kalau pergi kenduri ke nak kena salam semua yang ada.. bersusun je nak kena salam semua.. lol~ sampai terlajak nak salam tiang pun ada.. =B nak salam kena cium tangan.. alahai kalau makcik tu baru lepas makan sambal belacan ke durian ke huh ambillah berkat dari bau tu..



Lepas saya dah besar gitulah dipraktikkan terus.. jumpa yang lebih tua salam cium tangan.. kadang-kadang ada juga bos besar kat sini bila jumpa atau terserempak wajib kena salam tau.. nasib tak kena cium tangan beliau.. huu gilak kuasakk!! adik-adik lelaki saya yang lain pun sama.. dah dibiasakan.. sampaikan adik bongsu saya si izzat dengan drebar teksi pun dia nak salam masa nak turun.. huh yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan ye adik-adik..



Rasanya kurang ajar tak kau?





Semalam cuti temankan adik interview di damansara.. lepas tu cari toilet.. terkejut tengok sign toilet tu.. hiiiss!! tak suka lah.. siapalah yang cetek akal buat kurang ajar macam ni kan..?







yey! kalau dah namanya penggila selendang..





Hi fellas,


setelah hampir 2 minggu saya menanti tudung saya sampai.. Finally hari ini baru dapat... sangat chantekk!! i likee.. really like it! Saya beli tudung ni di ZyraCollection..



Ingat esok nak pakai tapi kena basuh dulu lah nampaknya kan..? hee~






erm.. warna apa lagi ya lepas nie..?