Wednesday, October 28, 2009

bagaimana ingin kelihatan cantik?

assalamualaikum semua.. dan haiii!!



bicara pasal kecantikan ni memang semua orang suka.. dan nak cakap pasal kecantikan juga begitu banyak cabangnya.. cantik fizikal dan mental..cantik semulajadi atau cantik dibuat-buat.. ahakss ada ke..? cantik bukan sahaja boleh dilihat dari bentuk fizikal seseorang tu je.. [tapi selalu orang menilai dari bentuk fizikal kan..?] dari cara dia berjalan, memandang dan bercakap itu juga boleh membayangkan kecantikan kita.. betul.. tapi kadang-kadang bila kita tunjukkan 'lurus bendul' kita pun ada yang memandang kita cute sebab dengan reaksi kita bercakap yang macam tak tahu apa-apa dan juga aksi mengelabah kita.. pasti ada yang terhibur.. hee~




jadilah diri sendiri, berikan senyuman pada sesiapa yang senyum pada kita... tapi jangan melebih la ye.. bila ada yang memandang kita teruskan jadi diri sendiri.. jangan mengelabah mahupun perasan cantik.. kadang-kadang orang suka uji kita kan.. jalan jangan terlalu mendongak dagu.. menunduk mungkin lebih baik tapi dengan caranya la.. jangan membongkok dan belajar jalan dengan tersusun.. [harus dipraktikkan sebab kadang-kadang itu juga membentuk struktur badan kita ye masa tua nanti..]




Bila bercakap jangan memandang ke tempat lain.. pandang ke orang yang sedang bercakap dengan kita dan beri reaksi yang sewajarnya.. dan kawal suara jangan terlalu kuat atau jangan terlalu manja.. ketawa pun kena kawal... nak gelak kuat tutup mulut.. kadang-kadang saya tengok ramai orang yang ketawa semasa makan.. bercakap dengan mulut penuh juga tidak sopan kan..? sebab tu makan seeloknya kita diam dan habis makan baru berborak.. itu lebih baik..~



nak kelihatan muda selalu amalkan minum air sebelum korang berus gigi.. pagi-pagi celik mata terus minum air dan selawat.. ayah saya yang bagi petua nie. :D lepas tu sebelum masuk tidur basahkan muka dan seluruh anggota dengan wuduk.. kalau boleh basuh muka pun kita selawat sikit ye.. lepas tu ada juga doa untuk kita melihat wajah di cermin kalau tak silap la.. hee~ banyak kan minum air ye.. kalau elok sebotol besar satu hari.. baik untuk kulit tau percaya lah..



ini sekadar tips yang saya tahu laa.. heee~ mungkin korang pun ada tips juga kan..? marilah kita berkongsi...




5 comments:

  1. wah! bagus ni yang.. aku slalu amalkan...

    ReplyDelete
  2. thanks dear :)
    saya suke natural beauty..

    ReplyDelete
  3. yup..
    saya selau bgun pagi2..
    terjaga dari tidur..
    terus minum air kosong..
    org tua2 cakap elok untuk perut..
    dan dalam bilik saya ada 1 jag air..:)

    ReplyDelete
  4. ooo...tu ke petuanya...patutla kulit akak cantik..pasni nak jadikan rutin la..thanks akak sbb kongsi..

    ReplyDelete
  5. tips2 kt atas ni kekadg kita dah biasa dlm sehari2 and kkdg kita x sdr...kan..kan..

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)