dekat melaka ni ada 3 je hospital swasta... putra, pantai n mahkota..
masa nak bersalin hari tu pilih hospital putra.. kena bayar sendiri.. company tak sponsor sebab saya ni kuliketif je.. tak layak.. sedar diri.. nak pergi bayar sendiri..
kenapa nak pilih hospital swasta bersalin? boleh baca kat sini
saya pilih hospital putra sebabnya ramai rekemen doktor sana.bila dah pergi memang best pun.. mesra orangnye dan banyak boleh share dengan dia tanpa rasa segan silu dan bercakap serupa adik dan kakak je.. so kalau masuk bilik doc sejam dua tak sah.. berborak pasal macam macam.. suami pun suka melayan borak...
bagi sesiapa nak tau nama doc yang cantik baik itu adalah Dr. Ishaireen Dalib.. boleh call klinik beliau di talian 06-2848404. Naik tingkat 3 bilik suite 3.19
keadaan hospitaliti memang tahap biasa saja laa..bilik, persekitaran.. dengan parking susah lagi.. hospital pantai n mahkota bab hospitaliti diorang terbaik.. bilik cantik.. kawasan hospital pun nampak lah swasta.. huuu
so far pengalaman bersalin kan Amel nur qalisya kat sana ialah sempurna.. masa saya di tahan wad sebab Dr. suruh (sebelum bersalin) sebab movement amel dalam perut dilihat 'sleepy pattern' so kena monitor movement dia.. warded sehari.. caj lebih kurang RM600 bilik single.. kat sane apa-apa hospital akan minta deposit RM1K kalau warded...
checkup nak dekat-dekat bersalin jadi lebih kerap.. (checkup sekali caj RM80) doktor banyak cakap macam macam kebarangkalian mengenai kandungan dan proses bersalin saya.. sampaikan bila air ketuban masa tu dah macam liking sikit tanpa sedar doctor expect saya perlu di induce pada jumaat 23/9/11.. memang doc yang tetapkan date.. so seminggu tu memang hari-hari ke klinik.. MC memang dapat 2 minggu sebelum.. nak MC memang senang...best kan? huu~ sedikit stress waktu tu.. tapi doktor banyak advise sampai call malam-malam tanya keadaan n cakap jangan stress... saya dengar nasihat doctor sambil air mata meleleh sebab terharu..
sekali khamis 22/9 contraction dah tiba.. so tak payah induce.. doc kagum kot tengok pencapaian proses bersalin saya.. hee~
time nak keluarkan amel nur qalisya tu.. dr ishaireen mulakan dengan bacaan ayat quran.. sedap bunyinyee.. tenang! siapa kata sentuhan dr muslimah kasar? uiii hampir terpengaruh bila ada orang kata dr muslim/lelaki lebih lembut.. tapi sebenarnya tidak.. sentuhan dr ishaireen sedikit sebanyak buat saya boleh tahan sakit dan feel calm sangat.. really!
maybe sebab dia juga wanita yang pernah melahirkan bayi
once amel nur qalisya keluar.. semua berselawat syukur... alhamdullillah..
dr ishaireen terus siapkan kerja sampai sudah.. proses jahit adalah paling best pada saya sebab tak rasa apa and cantik/kemas!!
Masa lepas bersalin tu baby terus disimpan dalam baby room.. bagi pada saya utk minum susu je.. baby dijaga dengan baik.. nurse check jahitan sapu ubat.. servis memang baik.. rasa macam kat rumah je.. ^^ lepas sedar dari tidur (beberapa jam lepas bersalin) saya dah berjalan-jalan keliling ward jenguk kawan yang sama bersalin hari tu.. tengok amel nur qalisya dalam bilik dia.. tidur je.. best laaa..
oh ok terlebih sudaaa.. itu sahaja review bersalin kat putra hospital..
setakat ni Dr muslimah hanya ada di Hospital putra (Dr. Ishaireen) dan pantai hospital (Dr. Hanisah).. so pilih laa yang mana.. dengar kata Dr. Hanisah pun best.. ^^
oh lupe nak inform.. caj bersalin saya hari tu lebih kurang RM2100 bilik single.. stay dari khamis pagi 6 am sampai jumaat petang.. ^^

