Thursday, November 25, 2010

Melaka world heritage city






Hari ni nak cerita pasal my hometown melaka.. tak tahu kenapa tapi sebagai anak jati melaka saya rasa bangga sangat.. bangga dengan melaka sekarang.. melaka sekarang yang dah terkenal di serata dunia.. melaka yang hebat dimata pelancong dalam or luar negara.. melaka memang satu destinasi unggul untuk kita semua.. kalau nak rasa unggul meh laa kita pakat reramai datang melaka meh.. wah.. beriya oghang melaka ni berchegita.. haha.. [org melaka kalau sebut r jadi g okie.. cth raya org melaka panggil ghaye.. HAHA]




Ok kat melaka memang terkenal dengan segala bende bersejarah.. dah malaysia pun wujud dari negeri melaka kan.. segalanye bermula dari melaka.. aceeewaaahh...



taknak bebel panjang meh lah saya cerita sikit pasal melaka kesayangan saya nie.. gambar semua bukan dari koleksi saya eak.. semuanye saya samun dari google je..thanks to google!



sebelum tuh.. welcome to melaka world heritage city you guysss!!!
[bangunan ni terletak di bandar hilir, berdekatan dengan bangunan merah dan river melaka]


ini bangunan semua pun tahu kan ada di melaka.. kat bandar hilir..


menara taming sari juga ada kat bandar hilir.. pucuk pangkalnye semua yang bersejarah ada di bandar hilir.. kalau nak berlari setempat lebih baik stay je kat hotel bandar hilir jangan risau sana banyak hotel.. cth hotel equatorial [paling dekat], mahkota hotel, holiday inn atau nak murah kat hotel seri costa ni hotel murah sikit laa tapi selesa seyes! sangat cantik.. kenapa 3 hotel ni? sebab saya pernah pergi dan tengok bilik diorang.. memang selesa dan sesuai laa untuk orang yang nak bercuti.. tihihih~ boleh laa search kat internet untuk tahu rates or kemudahan yang ada ok.. ^___^ kat area sini pun y'all boleh shopping kat mahkota parade or dataran pahlawan... macam-macam ada..



ni eye on malacca terletak di area sungai melaka.. kat area plaza hang tuah.. [sorry laa saya kurang ingat nama jalan di melaka HAHA] cantik sangat view kat sini.. rm5 untuk dewasa ye.. lepas dah pi sini korang boleh ke melaka river cruise pulak.. ye..


yang ni view sungai melaka.. cantik sangat ok.. korang boleh naik bot menyusuri sungai melaka ni.. better datang malam laa.. baru best..yang ni rasanye dewasa rm10.. korang boleh ambil tiket di 'taman rempah' dekat dengan jalan mata kucing.. di sana ada melaka river cruise jetty ya..^^


boleh juga jalan-jalan dengan bus merah nie.. tiiihi~ tak silap bus ni ada juga yang tak berbumbung ala-ala bus kat london gitu.. ahaks...


melaka duck tours!! land & sea adventures!! yang ini saya belum naik lagi.. if y'all nak merasa boleh laa amek tiket kat menara taming sari [bandar hilir] ye dewasa rm38 dan kanak-kanak rm22..


jonker walk!! wajib pergi sini korang boleh dapatkan souvenir dari melaka bermacam-macam rupa.. memang seronok kat sini.. jonker walk dibuka pada hari jumaat n sabtu.. [rasenye weekend je kot] dari jam 9 pm hingga 12 am.. yang ni dekat bandar hilir juga..tapi majoriti penjual adalah berbangsa chinese or baba.. jangan risau semua baik2.. bukan macam PS ye.. ^^


bagi sesiapa yang nak tengok masjid selat melaka.. boleh la singgah.. ni ada sekitar bandar hilir juga tapi jauh kedalam.. yerla tepi laut kan.. cantik sangat masjid nie..


dah jalan-jalan kat area bandar hilir meh kita ke Ayer keroh pulak.. tihihi.. ni adalah salah satu tarikan di melaka.. iaitu planetarium melaka.. yang ini saya pernah masuk sekejap je lalu je hehe sebab TM ada buat pameran kat bawah.. so beselah gelap dan ada cahaya kebiruan hee~ sekarang kat planetarium sedang ada karnival NASA.. tak pergi pun lagi.. T__T


ni ticket price ye..

kalau rasa nak berendam boleh ke melaka wonderland.. ini juga dekat dengan zoo melaka, dataran sejarah melaka, hutan botanical melaka.. betul-betul exit highway ayer keroh tuh.. hotel berdekatan adalah puteri resort, seri malaysia, d'village resort.. so boleh pilih...



atau pun korang boleh ke..






A'famosa water world.. terletak di alor gajah melaka.. yang ni kalau dari bandar melaka jauh sikit laa.. kalau nak kena ikut exit alor gajah ye.. kat sini ada resort n hotel so korang boleh berkampung dalam tuh.. yang ni paling femes kot..da lama kan..macam-macam ada.. lagi besar lagi best tempatnyee.. ticket price saya tak pasti.. boleh search k..



dan kalau sesiapa yang nak bercuti tepi pantai bersama kawan-kawan or famili.. boleh laa ke homestay kuala sg baru.. lautnye best.. [dah lama saya tak berpiknik] kat sini pakej yang disediakan banyak.. takpe saya share sikit ye.. kat sane ade banyak kemudahan cth sampan,WIFI,basikal, memancing ketam, astro dan ade banyak lagi.. kalau rates untuk semalam dewasa rm 80 [tanpa makan] rm120[dengan makan] kanak-kanak rm50 [tanpa makan], rm90 [dengan makan] makan adalah 3kali sehari.. kalau nak request BBQ pun boleh.. tapi kalau y'all nak sewa rumah saja rm500 max 20 orang.. apa-apa bole call Cik Rahman 012-2501262 or boleh tengok kat FB search homestay kuala sg. baru ok.. ^___^



errr.. apa lagi eak yang tertinggal..? rasenye ini je yang ada dalam fikiran saya.. walaupun pada hakikatnye ada banyak lagi tempat menarik ada kat melaka.. betul!! korang kalau nak jalan betul-betul kat melaka seminggu ok kot.. HAHA~oh ye kalau tanya saya tempat makan best alahai yang tu seyes saya kurang tahu sebab selalunye kat melaka ni makan kat rumah je hee~ tapi asam pedas the best laa kat melaka ni..


oh ada tempat makan best... hihi~


Ikan bakar.
boleh ke ikan bakar parameswara kat umbai.. atau ke umbai baru iaitu di perkampungan ikan bakar terapung.. dekat dengan rumah saya pun ada.. kat pengkalan balak melaka atau crystal bay bukit punggor.. sane ade ikan bakar.. terbaikkk!!



ok then.. kalau ada apa-apa nak tanya pasal melaka boleh je email saya ok..



byeeee!!


tetibe rasa nak tukar font lak.. hee~



14 comments:

  1. hee~..rase ingin ke sana sekarang juge

    ReplyDelete
  2. besnyee melaka..mmg teringin nk g river cruise tuuu!cm kat venice!! =)

    ReplyDelete
  3. wah..dah banyak yg menarik kat melaka ek.
    lama dah tak pergi.mmg teringin nak pergi melaka balik :)

    ReplyDelete
  4. Dah ada mcm2 lg kan tmpt menarik kat Melaka ni. Cuma tak tahan nak lalu kat bandar hilir tu la. Hari2 jem. lg2 musim cuti skolah ni. Ko mesti tak pernah join rombongan ke Melaka kan Atiqah masa skolah2 dulu..dah mmg ko duduk sana. haha

    ReplyDelete
  5. hhehehe....tgk pic mcm best je melaka..opkos, melaka mmg best oke..ehhehe

    ReplyDelete
  6. yey! tq so much tqah for all the infos. sangat2 berguna! tp i ke sana dalam 2 or 3 hari je, kne pilih betol2 la tpt nak dilawati ni kan?

    dh check mahkota hotel.. mahkota floor room tu dah fully book time i nak g. skrg tgh try equatorial lak. holiday inn lp nak check.. hehe

    ReplyDelete
  7. bestnya melaka! lamaaa dah xg. akak front kecik sgt xbest hehe sakit mata. Nti tukar normal balik ya =))

    ReplyDelete
  8. wahhh complete guide of melaka.. i pun suka homestay kuala sungai baru tuuu

    ReplyDelete
  9. dearie pia~
    nanti datang bagitau qah ok..^^

    dearie yun~
    betol2... best snagat..

    dearie zuris~
    mesti pergi melaka dah banyak berubah daa...

    dearie fazemy~
    tau takpe,... nak pi rombongan ke KL je.. hee

    dearie mia~
    best ar kan.. hee

    dearie aifa~
    haah betul-betul kalau nak berbaloi just lepak kat area bandar hilir je.. hee~ hope EQ ade ksong sane best..

    dearie asna~
    heheh saje je nak pakai font chomel la dear..

    dearie ajjah~
    hee~ complete eak.. tulaa.. semangat menaip.. yeker? best kan.. uncle rahman pun baik.. ^^

    ReplyDelete
  10. ya Allah kak..tingin nya nak g sana lagi sekali..aritu tak sempat nak pegi..hurm..jeles ouh kak..tingin nak g jonker walk.

    ReplyDelete
  11. saye suke mkn ikan bakar kat alai, bakso bebola tenis kat depan Hospital Melaka, asam pedas kota laksamana, roti canai kat kedai mee goreng bodoh, burger kukus dpn ixora(MMU), karipap hijau kat wisma persekutuan..
    eh byknye list mknn best kat melaka..
    rindu nk g melaka mkn mcm2 =D

    ReplyDelete
  12. dear qah..eeeii..,trase mcm nk g sna plak..tp ble ye??klu g blhla jmp u nt :P

    ReplyDelete
  13. will love melaka too yang..:)
    ehehhe

    ReplyDelete
  14. SAYA ORANG MELAKA JUGAK.. :)

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)