Tuesday, November 18, 2008

vitamin c

SEmua orang pun menginginkan kulit yang licin, cantik halus dan gebu... dan salah satu alternatifnya adalah suntikan vitamin c.. walaubagaimana pun ianya perlukan pengawasan doktor kerana dikhuatiri ada campuran bahan asing yang mungkin akan memberi kesan buruk kepada pengguna. SUntikan vitamin C ini boleh didapati dengan mudah di pasaran esp kat pusat kecantikan.. wanita sinonim dengan kecantikan mereka sanggup buat ape sahaja untuk cantik ..so u gals careful, jangan terpedaya! disini saya nyatakan beberapa fungsinya:-
  • untuk menguatkan sistem imun badan. ia juga diambil sebagai langkah pencegahan untuk menggelakkan selesema.
  • sebagai antioksidan untuk mencegah kanser, namun vita C bukanlah ubat yang boleh menyembuhkan kanser tetapi ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
  • meningkatkan pengeluaran kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.
  • membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.
  • untuk mengurangkan stress kerana vita C boleh mengawal pengeluaran hormon yang disebabkan oleh stress.

Sekilas fakta tentang vitamin C

* Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 mg vitamin C di dalam badan. jika anda merokok lebih drpd 20 batang sehari anda akan mengalami kekurangan vita C.

* VITAMIN C mudah rosak bile terdedah pada pencemaran, udara dan cahaya matahari. Vitamin C juga akan terjejas dengan pengambilan pil perancang, asprin, antibiotik dan stress.

* ahli sukan dan pengemar aktiviti lasak cepat hilang vita C

* Vitamin C boleh larut dalam air, walau makan sebanyak mana pun ia akan dibuang melalui air kencing atau peluh.

* kenyataan yang mengatakan vita C boleh mengakibatkan ulser gastrik adalah SALAH. sebenarnya vitamin C boleh menbantu menyembuhkan ulser.

vitamin C mmg penting tapi takyah laa nak pi dok suntik2.. makan buah2an n sayur2an pun da cukup... sedap pun sedap heheh~ buahan yang best untuk dimakan ialah buah jambu batu, tembikai, kiwi, betik n sayo plk brokoli,kubis,asparagus,kailan ikan masin :D, bayam tomatoman n bayk lgy laa... huh ni pun da cukup membekalkan vitamin C pada badan kita.. JANGAN LAA PI WAT SUNTIKAN SEBAB BILE TINGGI DOSNYA AKAN MENGAKIBATKAN PENYAKIT BATU KARANG DAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG.. kesan sampingan pitam pening kepale! toksah laa k dear.. heheh.. k itu saje takat ini.. jaga diri!makan la untuk hidup~ wassalam

No comments:

Post a Comment

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)