Majlis Perkahwinan Mawi n Ekin..
Pasangan ini bakal dinikahkan pada 20 disember 2008 kira-kira pada pukul 11.00 pagi di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor. Semua kita pun kenal siapakah insan bernama Asmawi Bin Ani. Beliau merupakan juara akademi fantasia musim ke 3. Imej Islam yang dibawanya telah menaikkan nama Asmawi Ani sehingga kini beliau boleh digelar sebagai selebriti No1 malaysia. Tidak dinafikan beliau berhak atas gelaran itu dan beliau semestinya hebat. Anak jati felda taib andak ini dahulunya adalah seorang yang sangat ringkas dan sederhana juga agak lurus. Melihat dia berpakaian, cara percakapan nya dan sikapnya yang rendah diri sangat menarik hati para peminatnya. Pilihan hatinya dahulu Nordiana Naim, juga seorang yang sangat ringkas dan seorang wanita yang lurus. Jika dilihat dari perwatakan mawi dan ina mereka sangat serasi, dimana mawi dari felda dan menempa nama di dalam industri hiburan begitu juga Ina dari kekecewaannya bersama mawi dia bangkit dan sehingga kini kita semua dapat mengenali siapakan dia INA NAIM. tetapi mereka tiada jodoh atas sebab yang sangat-sangat pelbagai yang kita tidak pasti yang mana satukah ia...
Ekin? siapakah wanita ini? beliau juga artis senior dalam industri hiburan. Kita mengenalinya sebagai seorang wanita yang agak seksi (penah nampak dalam majalah magga) sekarang sudah bertudung litup (sudah sampai seru katanya) alhamdulillah.. beliau pernah dikaitkan dengan keretakan hubungan antara Mawi dan ina.. mungkin benar kerana mawi pada waktu itu mempunyai ramai pilihan yang lebih dari segala segi dari Ina yang hanya gadis biasa.. kita tidak tahu. Tetapi sehingga kini saya tidak pasti kenapa ekin? saya sedar saya tidak layak untuk mempersoalkannya kerana mawi punya sebab tersendiri tetapi mungkin anggapan saya terhadap insan bernama Asmawi Ani lain dan mungkin sekarang beliau telah berbeza dari segala segi kehidupannya membuatkan saya terfikir kenapa ekin...hebatkah wanita itu? dan dari sudut manakah mawi memandangkan kehebatan wanita itu? saya tidak pasti samaada mawi mementingkan taraf hidup yang tinggi memandangkan kehidupan beliau sekarang sudah mewah dan mungkin tidak mahu dipandang sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja, mungkin juga dengan memilih ekin seorang yang bergaya beliau berasa bangga dan lengkap sebagai seorang lelaki yang berharta.. saya tidak tahu.. mungkin saya salah..yang nyata Ekin dan Ina naim adalah dua wanita yang sangat berbeza dari pelbagai segi cthnya pembawakan diri, latar belakang keluarga. Saya menganggap mawi telahpun memikirkan secara baik soal jodoh beliau dan mendapati Ekin adalah wanita yang selayaknya dan yang penting semuanya dibuat adalah niat kerana ALLAH S.W.T
Berbalik pada majlis perkahwinan Asmawi Ani dan ekin, urusan perkahwinan mereka bernilai RM5 JUTA!! ya 5 JUta satu angka yang sangat hebat pada mata seorang manusia. Pada saya yang biasa-biasa ini ianya adalah jumlah yang sangat besar, tak tahu pula dari golongan seperti Asmawi Ani dan ekin biasa-biasa sahaja... al-maklumla...mereka mampu..
masing-masing terpulang pada individu itu sendiri,,, dan mereka berhak.. kita tau mereka punya peminat dan dengan majlis besar-besaran itu diadakan adalah untuk peminat mereka dan atas alasan menjaga hati dan perasaan mereka akur... akur?
dan bagaimana dengan kehidupan Nordiana Naim kini, beliau bahagia bersama lelaki yang diidam2kan iaitu seorang lelaki yang bertanggungjawab,ringkas, dan beragama. Saya bangga dengan Ina kerana beliau masih mempertahankan pegangan hidup dalam mencari pasangan.. tetapi Asmawi Ani saya tidak pasti,,. mungkin Ekin betul2 sekepala dengan beliau..
Walau bagaimanapun, Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Atas apa sebab/alasan sekalipun mereka telah dijodohkan. Doakan kebahagian mereka. Semoga Asmawi Ani dan ekin akan berbahagia selamanya dan bersama2 memperjuangkan nama Islam dalam kehidupan di dunia ini.
"Yang baik datangnya dari Allah, dan yang serba kurang ini adalah dari saya sendiri"
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment
keep bleeding in lOve ya.. (^,^)