Monday, January 3, 2011

Khasiat Teh

Saya suka minum teh.. suka.. dalam sehari 2, 3 kali minum teh.. kat opis mesti ada teh dalam laci.. teh uncang.. hari tu pergi cameron pun borong teh je.. hee~ kadang minum dengan gula kadang minum gitu saja.. tapi kalau masuk MCD jam 9.00 malam harus pesan hot coffee large size.. tatau kenapa.. tabiat agaknya.. ^^




Sekarang kena tukar kepada teh, teh dan teh sahaja.. teh banyak khasiatnya ya kawan-kawan.. tak kisah teh O atau teh susu.. paling bagus teh hijau.. saya suke teh hijau jenama dinmah...




Nak tahu apa khasiatnye? semuanye ditulis berdasarkan kajian ye..
meh saya kongsikan :-



1. Membantu membakar lemak
paling i like.. dan sesungguhnye benar.. teh ni bantu kita cepatkan kadar metabolisme badan. kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi lebih berkesan. Kita kena ambil teh 3 kali sehari.



2. Mencegah penyakit jantung
diyakini dapat menurunkan kolesterol jahal LDL kerana antioksida yang mencegah oksida kolesterol LDL dalam arteri. Sekaligus dapat elak pembekuan darah tidak normal.



3. Menurunkan tekanan darah
penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan buah pinggang. Ubat hipertensi terkenal adalah " ACE Inhibitor', dan teh hijau adalah ' ACE Inhibitor' yang semulajadi.



4. Antipenuaan
teh ada antioksida yang tinggi iaitu 'poluphenols @ polyphenol maka penggunaannya dapat melambatkan kesan penuaan.



5. Melindungi daripada diabetes
Polyphenol daripada daun teh menghalang 'amylase' sehingga membantu menurunkan tingkat gula darah.



6. Bau nafas
kalau minum kopi bukan je nafas bau kopi gigi pun dah bertukar kaler kopi juga lama kelamaan kan..? so minum laa teh sebab kalau kita kunyah daun teh ia dapat bunuh kuman hidup dalam mulut selalunye kumanlah penyebab mulut berbau.



7. Mencegah keracunan makanan.
cirit birit salah satunye.. pernah ke korang dengar macam petua ke kalau berak-berak kena minum teh O pekat nanti baik? saya selalu amalkan dan gerenti jalan punye.. terus jammed tak keluar-keluar daa.. nak tahu sebab ape? sebab teh ni adalah pembunuh bakteria, kalau kita minum pekat teh dapat mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya dalam perut kita seperti 'clostridoa' dan ' E.coli' [apakah nama coli? hiiisss lusyahhh]



8. Meningkatkan ketahanan badan
satu kajian di jepun, berkumur dengan daun teh dapat meningkatkan ketahanan badan dan terhindar dari influenza dan selesema..



9. Menguatkan tulang
Teh kaya dengan fluorida. dengan mengamalkan teh dalam kehidupan akan menghalang enzim menyerang sendi.



10. Mengurangkan risiko kanser
Kandungan anti oksidanya lebih 100 kali efektif daripada vita - C dan 25 kali lebih baik daripada vita-E. Teh dapat menghalang kerosakan dalam sel tubuh yang dipercayai ada kaitan dengan sel kanser.





Amacam tertarik kan? so minum laa teh 3 kali sehari ye kawan-kawan..



tapi..



Teh ada juga mudaratnye..



iaitu teh juga turut mengandungi kafein. Jika diminum berlebihan, ia akan menyebabkan gangguan seperti insomnia, perasaan cemas, degupan jantung tidak teratur. Walaupun begitu, teh masih tak dapat lawan kafein yang ada dalam kopi dan minuman gas. Macam kata pepatah, apa je yang lebih pasti akan ada kesannya.



let' s have a cup of tea, friend?




1 comment:

  1. saya pon suka minum teh tapi bkn dgn susu. susu tak suka. teh org kampung yg knon2 utk kuwus pon tak suke. sbb busuk. heee

    paling suka teh perisa lemon. nyummy

    T_T

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)