Friday, November 23, 2012
Pregnancy Monthly check up
assalamualaikum semua..
salam jumaat ye..
sekarang saya dah masuk 30 weeks pregnant daa.. another 10 weeks.. fuhhh kejapnye masa..
tak sangka alih-alih anak kedua dah ade di pangkuan kiri adik kanan kakak amel nur qalisya T_T..
amel nur qalisya sekarang super manja n ade gedik sikit itu anak..
dah pandai buat muka ejek orang, tiru gaya orang, kem main lagi tau..
makan pun boleh tahan... ummi bantai bagi segala macam makanan dalam kuantiti yg sikit laa setakat dia rasa.. saje nak tengok ape yg dia suke ape dia tak suke..
mengandung kali kedua ini saya adalah amat malas untuk bertunggu kelama-lamaan di klinik kerajaaan..
awal mengandung pergi cek kat klinik panel.. ok laa.. ade test darah, urine, timbang consultation.. ok laa..
lepas tu klinik panel tu memang dekat dengan opis tapi hari tu hal kisahnya ade eksiden kat area situ.. eksiden ngeri lak tu terus seriau nak drive pergi sane.. haha boleh?
so selepas diri telah dihantui kisah kemalangan itu, terus mengedik dengan suami tersayang..
"bawalah saya pergi checkup, bawalah saya" suami pun redha.. masa mengandung 5 bulan lbh lagi kitorang dah mula pergi checkup kat dr ishaireen gynae putra hospital sebab nak bersalin kat sane kan.. bila tiba tarikh checkup saya half day, balik rumah dulu lepas tu pergi hospital dengan rafiqy... teehee manade je kan..?
tapi kan kat putra check up masa simple sangat laa..
sampai hospital amek no, bayar rm1, pergi klinik, bagi kad appointment, tunggu kejap, lepas tu timbang, cek blood pressure, kencing lepas tu terus masuk bilik doctor.. scan segala, consultation sikit.. dah!! tak ade check darah pong... bukan ke kena cek darah untuk tengok hb kita? entah bayo rm80 agak2 untuk consultation je kot...
mengandung kali ini lebih relaks laa.. takde laa cemas-cemas risau segala.. selagi baby ok.. takde ape la nak risau-risau kan..
mengandung kali ni pun perjalanannya mudah takde muntah-muntah, berat tak bertambah banyak.. best betul mengandung kali kedua.. hopefully proses melahirkan nanti pun mudah dan selamat.. amin..
kali ni dah plan nak berpantang di rumah mertua sebab rafiqy dah cakap kalau pantang rumah ibu saya, amel nur qalisya takleh ikut sekali kena stay dengan dia kat rumah mertua, biar dia yang jaga amel nur qalisya kat sane dan saya kat rumah ibu saya jaga adik amel je.. yerla lagipun rafiqy tak moh saya melasak dok jaga amel nur qalisya.. dengan dia takde kan.. pantang pun nanti tak berjaga...saya pulak tak moh laa hoii berpisah dengan itu anak, takleh bayangkan macam mana feel tak dapat tengok amel setiap hari.. errr tak sanggup berpisah la hoiii...
jadi marilah berpantang di rumah mertua dekat dengan suami dekat dengan anak.. cuma tak dapat bermanja dengan ibu sendiri semasa berpantang laa.. #maksud bermanja = minta masak yang best2 sepanjang berpantang..
end of january edd bersalin saya.. ya Allah.. cepatnye masaa...
Monday, November 12, 2012
Myself currently
Ulangtahun kelahiran pertama Amel Nur Qalisya
Assalamualaikum semua..
pada 13 oktober 2012, berlangsungnya majlis sambutan hari lahir yang pertama anakanda tercinta Amel Nur Qalisya.. majlis ni buat kat rumah keluarga saya di Alai... jemputan lebih kurang 200 orang... tetapi salah jemput.. patutnya jemput cakap kenduri hari lahir amel nur qalisya so that mesti ramai yang akan luangkan masa..sebab kenduri kan.. tapi bila sebut besday party agak susah sedikit untuk orang datang even sedara mara terdekat pun..maybe sebab nak kena bawa hadiah? (ada orang yang bagi respon macam ni masa saya menjemput) saya sangat tidak setuju or ada yang cakap 'ala besday party je majlis kecik2..'.. kalau lah saya tahu pendapat orang lain mengenai jemputan ke majlis hari lahir kan? saya tak tahu pendapat orang mengenai sambutan hari lahir.. hee~ jemputan memang ramai tak datang sebenarnya.. semua yang kami sediakan terlebih-lebih gitu.. ayah mertua sponsor ayam untuk majlis amel ni pun terlebihlebih sudaahh.. bajet kenduri kan.. mane tak nye ummi amel ni risau bebenau kalau tak cukup.. hee~ terlebih takpe jangan tak cukup.. tapi bukan ke lebih baik banyak dari sedikit.. ada lebih boleh sedekah...^^ 1st time planning sendiri.. so sekarang dah boleh belajar sikit-sikit macam mana nak create majlis makan-makan..
Majlis bermula dengan kenduri doa selamat lepas zohor..( seb baik jemaah masjid ramai).. tak dapat tangkap gambar kenangan sebab masa ni baru ada masa siapkan amel, mandi dan sebagainya.. rafiqy yang ada layan tetamu masa ni.. haha nasib baik ibu pun ada tolong layan tetamu.. bagi berkat semua.. keluarga mertua saya paling terbaik.. sebab walaupun majlis buat kat rumah keluarga saya tapi diorang buat macam rumah sendiri hik hik..majlis makan-makan sampai ke malam..
ok lah, apa pun majlis berlangsung dengan baik.. cuaca yang tak panas sangat.. amel nur qalisya pun sangat baik hari tu layan semua orang.. heee~ yang penting hari tu adalah hari yang paling bahagia buat saya, rafiqy dan amel nur qalisya.. meraikan kelahiran pertama amel dan majlis kesyukuran hari tu paling kami ingati.. ^__ ^
gambar ada lagi dalam facebook boleh pergi tengok k... ^^ tatatatatta

ini adalah kek masa besday amel 22.9.2012 hari tu.. sambut saja2 dengan keluarga mertua..
kek yang amat keras sebab tu muka amel nur qalisya gitu.. (semangat nak potong kek) hee~
thanks to tok wan for the icecream cake... im lovin it! love uuu!!
besday girl bawa kereta... masa ni seboleh boleh tarik tangan umi suruh masuk sekali T_T
13.10.12.. menu utama nasi ayam ibu.. ^^ thanks ibu sebab masak kan nasi ayam nie..
simple deco saje...
balloon everywhere.. sooka sangat!
bukan nak pandang kamera kan dia?
us in yellow! yellowww familyy..
kuat gelak 24 weeks preggy umi tu kan..?
kek tu order kat secret recipe je..
kakak iman yang dah semakin 'kakak' sekarang.. err kakak ke makcik? ^^
1 tahun! dah besar dah amel nur qalisya...
cousin.. thanks for coming darlingg...
deco buat sendirik.. *fengsan sebab buruks..
food of the day..
assalamualaikum semua.. saya kakak to be.. adik masih dalam perut.. adik nak besar dulu..
tak sabar nak tunggu ummi keluarkan adik saya! sekarang bila sebut 'amel nur qalisya sayang adik sayang adik, cepat cepat dia kiss perut ummi hee~' very clever girl...
gambar ada lagi dalam facebook boleh pergi tengok k... ^^ tatatatatta
Friday, November 9, 2012
900 followers?
assalamualaikum....
salam jumaat buat semua pembaca.. whoa saya sudah lama tidak login blogger.com..
entah kenapa...
erm actually sekarang saya amat stress dengan kerja di pejabat..
masakan tidak saya kena buat jualan.. jual produk perniagaan TM..
ermm target yang harus dipikul rm781,000.. baru buat sales Jan 2012 tak tahu apa-apa finally ni dah november target saya belum capai.. erm semua orang dalam pejabat mulai jeling-jeling pandang-pandang sengkek kat saya.. bila selasa sales meeting mesti saya kena bambu macam budak tadika.. sedih memang sedih.. situasi tu bisa meruntun hati.. sadis amatlah...saya diri amat tidak berguna..
saya tahu saya memang tak pandai buat sales.. T__T malas nak fikir..
masa dipejabat banyak buat telemarketing...
call customer macam hape.. desperate giler cari sales..
lagi-lagi dengan keadaan mengandung macam ni tak larat nak buat door to door cari sales..
kadang-kadang kena halau kena marah dengan pelanggan... sangat stress dan desperate sekarang..
nasib baik TM still bagi gaji kat saya walaupun kadang kadang saya tak bawa masuk sales.. syukur TM masih bertimbang rasa.. mungkin sebab diorang tahu yang bukan semua boleh buat sales.. dan walaupun tugas ini bukan pilihan saya dan hanya menerima walau hati tak rela.. saya sedar saya bukan anak GM or AGM TM yang boleh ada bantuan nak dapatkan job yang selamat.. saya tiada sesiapa dan hanyalah graduan diploma yang layak dipanggil 'kuliketif' sahaja di TM.. saya dengan yakinnya, yakin bahawa performance saya tahun 2012 ini adalah tidak dapat dicapai dengan baik memandang kan target jualan tak dapat capai..erm... jadi saya dah bersedia untuk tidak mendapat kenaikan gaji tahun 2013...err what to do?
syukur bila balik rumah semua hilang.. tengok rafiqy tengok amel nur qalisya.. rasa nak menangis sebab ada dua orang tercinta ni.. nak balik kerja driving dengan hati-hati sebab nak balik rumah dengan selamat.. nak jumpe diorang.. dan pagi-pagi malas nak driving ke pejabat sebab akan ade bende yang saya tak suke tapi perlu dibuat jugaa.. arghhh.. dan setiap hari saya sendiri perlu memotivasikan diri sendiri dan dapatkan tenaga juga semangat bekerja.. erm..again. wut to do?
dengan gaji yang alahai dah siap tolak semua adalah tinggal sikit.. nak bayar bil celcom, bil streamyx, bil telefon.. tapi beli barang adalah wajib juga.. walau duit hanya tinggal RM100.. atleast ada something untuk saya happy pada setiap bulan.. savings? err di tabung haji sahaja.. itupun tak banyak sangat pun...
erm.. apahal la update belog dengan kisah sedih pula? tak moh.. tak moh.. tak moh...saje nak release tension dengan menulis di personal belog..
dah lama tak buka belog alih alih pengikut dah cecah 900? mengeleng geleng tidak percaya..
tak sempat nak jenguk belog pengikut baru semula.. nanti ada masa saya jenguk..
thanks ye!!!
apa yang penting sekarang, i need to change my life laa.. i need to change my lifestyle.. change 360!
semoga ALLAH mempermudahkan urusan saya.. amin...
Tuesday, October 2, 2012
belog oh belogging..
achuuummmm!!! chummm... muahhhh.. (e'eh?)
rindu laaa korang..? aloloooo...
korang rindu kat belog ini tak? kat tuan pempuan belog? kat tuan kecik belog? ada rindu tak? rindu sikit-sikit pun ade x? kat tuan tentuan belog tak leh rindu tau sebab dia dah ada bini iaitu tuan pempuan belog.. T__T
huuii.. tuan pempuan belog agak kebizian dan amat malas nak tengok belog.. dia sekarang tengah mengandung so dia tengah macam 'tak boleh' tengok belog.. itu bukan salah dia ok.. sebab kadang orang mengandung dia macam ada 'tabiat pelik' datang menjelma so salah satunya adalah 'tak boleh tengok belog'..
ampun dan maaf andai kata ada yang tertunggu-tunggu belog ni ada kemaskini.. (itupun kalau ada yang tunggu laa minta maaf je awal-awal)
ok lah..
sebelum mood 'tak boleh tengok belog' datang menjelma mari kita cepat-cepat kemaskini!!
berdessuuupppppp...
Update pertama
Tuan kecik belog 11 bulan, masa 11 bulan dia dah berjalan sakan.. dalam kereta nak jalan, atas badan umi abi nak jalan, atas meja, pendek kata dia bangun semata-mata nak berjalan.. (nasib baik tidur nak baring errrk).. dah taknak duduk diam-diam.. bila bawa masuk kereta dia mengeliat taknak masuk.. nak ajak berjalan lagi, lagi dan lagi.. err pernah jatuh terlentang dalam toilet masa mandi sebab dia nak berjalan lantai dah lah licin.. amek sekali jatuh!! masa tu abi dia mandikan.. so mmg abi dihimpit seribu penyesalan laa sebab dia dah kalah dengan ummi sebab dia berjaya jatuhkan anak.. (so far ummi tak pernah jatuhkan tuan kecik).. lantas abi terus ke kedai beli alas lantai yang macam lubang-lubang tu.. selamat sikit..
hobi terkini ; menari, main bola, tengok tv, koyakkan kertas, panjat tangga..
dapat kasut pertama masa raya hari tu.. umi abi belikan (sebelum ni kasut semua orang bagi) suka giler dapat kasut.. sampai nak bawa masuk mulut..T__T
baju semua still muat.. petite baby..
makan macam biasa.. dia dah makan makanan dapur.. bagi makan nasi, ikan dan lauk sayur.. dia dah boleh mengunyah so senang sikit tak yah nak tanak bubur or blend segala macam bahan utk dia makan..
nak tengok pic dia.. mari!
comel tak? gigi dia dah ada 4.. dua atas dua bawah...
now.. she's turning ONE!! on sept 22nd, 2012.. bestnyeee... !!
Update kedua
Planning nak buat birthday party dia sepatutnya adalah pada 22.9 juga sebab hari sabtu.. tapi rafiqy ada kerja so kena postponed, semua weekend ade hal so weekend yang available adalah pada 13 oktober.. sekarang tengah plannning birthday party dia.. kalau boleh nak sediakan yang terbaik dan memorable laa... tak sabar nak tunggu 13 oktober...buat biasa-biasa saje.. hik hik... theme adalah 'sunshine party'..
Update ketiga
Tuan pempuan belog sekarang dah enter 23 weeks pregnancy.. whoa cepatnye masa tak sedar pong... minggu berganti minggu seb baik ada update dari 'my pregnancy' kalau tak errr... so far pregnant ok saje.. baby ok.. ibu ok.. dah masuk 6 bulan berat tak naik-naik.. maintain... amazing betul my 2nd pregnancy nie.. huu~ mana taknye melayan anak dara tu..makan pun kadang-kadang lupa.. sabar je laa...
hari tu doc scan.. hik..hik.. gender nye dah tau... jeng jeng...jengggg...
err ok laah... dah tade ape nak tulis.. nanti kita update birthday party Amel Nur Qalisya je laa y'alls..k..
sekian, terima kasih.
yang menjalankan tugas,
Thursday, August 16, 2012
My 2nd pregnancy
dah masuk 27 ramadhan da kan y'alls..
saya masih datang pejabat.. harini dan esok.. cuti tinggal 5 hari je..
tapi harini datang pejabat mengelamun je sebab laptop sedang menternak virus...
antivirus langsung tak boleh gune.. macam hampeh..
(ni pun gune pc kakak sebelah yng dah bercuti bstnyee cuti!!)
err.. harini saya masih berpuasa.. tapi ni pun rasa lain sangat perut berangin..
tak sahur pagi tadi.. pregnant if tak sahur memang laa rasa badan lain.. perut bergelodak..
tengok la sampai bila boleh bertahan.. kan ape kesian kat baby je.. ummi boleh je tahan..
dah laa berbuka tak amek nasi makan ayam goreng je.. jam 12 malam ade jamah nasi tapi sikit amat sebab nak jamah sambal cili padi maman mak mertua..
ok.. back to our topic..
sekarang saya pregnant anak kedua.. i am 16 weeks + pregnant..
so far pregnant ok.. teeheee~ chehh dah biasa kan org dah ade pengalaman..
tapi kali ini punye pengalaman quite diff dengan pregnant kan amel nur qalisya..
dulu manja-manja gitu, melayan kan sangat moment mengandung tu betul-betul..
keterujaan pun tak sama.. kali ni feel dia biasa je tapi taklah sampai ambil ringan seme bende kan?
adakah sebab 2nd pregnancy? ohhh...
saya dah rafiqy memang tak plan untuk dapatkan anak kedua.. rapat pun takpe..
so memang we all ready je bila dapat news yang saya pregnant kembali.. malah happy.. :D
tapi untuk anak ke3,4 dan seterusnye memang plan kot... kitorang ade sebab sendiri..
untuk 2nd experience nie.. badan rasa macam tak pregnant... ringan je.. boleh berlari lagi.. huu
dan berat badan nampak susut.. ramai yang menegur.. saya pun tak tahu la kenapa..
dan perangai malas tu menjadi-jadi.. bukan malas ape..malas nak minum susu dan ambil vitamin.. saya jadi suke makan jeruk dan buah-buah macam mangga, jambu pastu letak asam banyak-banyak.. huu hai.. kalau boleh makan hari hari memang best tapi tak boleh.. tak elok kan.. ganti dengan yogurt je... kata rafiqy...
actually untuk monthly check up saya hanya ke klinik swasta je.. buat buku kat sane.. lagipun nanti bersalin kat putra juga... malas nak pergi KK daa.. sabar jelaa.. so far dah 3 kali checkup.. dan prosesnye sama macam KK.. doktor ade bagi obimin pluz.. pil tu omaigod punye laa besarrrr... tak tertelan tau.. kalau telan mesti rasa macam tersekat kat tekak lepas tu macam nk muntah.. so memang laa skip makan berhari-hari.. susu pun tak minum.. minum dutchlady n HL je.. padahal doc bagi susu percuma banyak giler.. setiap kali check up dapat susu freee.. macam-macam brand.. ala malassnyee.. rafiqy bancuh saya minum.. nak tunggu saya bancuh memang tak lah!
morning sickness punye pengalaman tak sama dengan pregnant amel..
kalau dulu, berus gigi pun boleh muntah, tengok food semua loyaa..hee~
sekarang tak lah.. muntah hanya sebab obimin pluz je.. memang ape punye obimin laa besar sangat.. nak ambil yang biasa je laaa.. kecik senang telan..
maybe saya akan lahirkan my lovely 2nd baby ni on end of january, paling lewat awal feb..
masa tu amel da lebih kurang setahun lebih..
untuk menyambut kelahiran anak kedua, saya dan rafiqy memang dah ready dalam banyak aspek laa.. kita dah tengok pengalaman orang yang ade anak dua.. saya ada tambah dengan bacaan sikit.. yang pasti, kami pun dah siapkan diri untuk amel nur qalisya siapkan diri jadi kakak n latih dia untuk menerima kehadiran adik dalam our family.. dari ape yang saya baca, selalunye bila dapat adik, si kakak akan cuba ambil perhatian, memberontak sedikit.. hee~ kita as a parents takleh marah atau pinggirkan dia.. malah si kakak yang perlu diberi keutamaan sebenarnye dari segi emosi dia.. sebab dia pun akan membesar dan dalam usia tu banyak yang dia kena belajar..kitorang tak mahu salah seorang anak terpinggir nanti dia jadi sensitif, suka main sendiri dll..
InsyaALLAH.. semuanye akan jadi mudah kan..
oh ye pasal jantina, tak kisah pun.. baby girl or boy.. anak kan sama je..? rezeki Allah ^^
Monday, August 13, 2012
Kemaskini senafas...
Mood nak blogging sekarang memang kurang.. malas.. tapi belog dah ade pembaca so bila ada nya tanya kenalah cari masa update kejap..
ok meh kita mula satu-satu..
10 Months old baby..
amel nur qalisya 22 julai 2012 dah enter 10 bulan.. dia dah pandai berdiri sendiri.. kalau duduk, nak bangun mesti bontot bangun dulu.. macam nenek nenek nak bangun tu.. Hee~ konon nak terus berdiri laa tu..masa dia 10 mths 2 weeks.. dah mula melangkah takut takut berani gitu.. ada laa dua tiga langkah.. amel nur qalisya still macam tak berani lagi tapi percubaan tu ada.. very good girl.. kita dah latih dia dengan beri barang dan minta dia jalan untuk ambil.. memang tak putus asa mencuba.. jatuh bangun dia..
nampak nya raya ni kena pakai headband lagi laa anak ummi, tak sempat lagi nak ikat rambut nipis dia tu.. hee~
makan masih bersemangat.. merengek nak minta food dia.. bila lapar amel nur qalisya cari dapur.. so kita faham-faham laa.. ^^
tak reti duduk diamm.. lasak kem main.. kalau dalam kereta ummi paling tak tahan.. perut ade adik kena henyak2 dek amel nur qalisya.. hisss... abbi kesian tengok ummi dia willing driving dengan amel kat pangku... hiiss sekejap2 boleh laa.. amel tak suka car seat dia..
pernah ye hari tu saya ade training kat KL.. so ade reserve room hotel untuk bawa rafiqy n amel. cumanye saya kena pergi dulu then rafiqy akan menyusul petangnye.. sebelum saya pergi saya dah siap pesan dengan amel.. "nanti dalam kereta dengan abbi, please be good girl ok.. sit properly.. nak sleep terus sleep tak moh merengek, pity abbi" so rafiqy driving laa dari melaka to KL with amel nur qalisya.. ummi masa training risauuu semacam.. so diorang selamat sampai.. dari story rafiqy.. masa baru je keluar dari rumah.. put amel in her car seat.. tak sampai 10 minit dia dah sleep.. sleep sampai seremban.. fuuhh lama juga.. lepas tu lepas seremban dia dah merengek nk lepas kan diri.. terus rafiqy angkat dia dan letak kat bahu.. amel sambung tido.. macam ngantuk betul.. so tido memang tak sedar langsung until diorang sampai hotel.. hehe~ *memang anak dengar cakap betul! dah sampai hotel sambung tido balik... saya habis dinner lambat dalam jam 12 malam gitu... sampai bilik amel tengah tido.. masa keluar pergi makan pun amel still tido... aippp abbi bagi dia ubat tido ke? hee boleh kan bini cakap camtu kat laki.. terus kena jentik hidung.. rupenyee siang tu amel nur qalisya di gasak playing jeeee.. huhuu~ playing a lot sampai malam bantai tido till pagi... ^^
baju raya semua dah siap ambil...oh did i mention? our raya theme is royal blue!! kaler FIL saya.. mulanye plan nak raya dengan mertua even last year da raya sama sebabnye nak rasa beraya dengan akak ipar n anak buah dua orang tu.. mesti meriah rumah fil saya.. then next year boleh raya with my family semua ada.. tapi bila fikir balik kalau next year saya dah raya dgn my family n kakak ipar lak dah beraya dgan mertua dia.. so nanti rumah mertua saya kosong.. kosong..kosong.. so tak jadi!! raya tahun ni macam bese with my family laaa..luckily my family belum ada baju raya so diorang kena ikut theme royal blue.. hahaha
baju raya ummi ade 4 pasang.. 2 helai dalam proses patch lace n beads.. this week siap kot.. tak sempat anta dobi hand wash sudah! baju melayu rafiqy sepasang je ingat rabu ni nak cari baju melayu siap satu lagi untuk dia.. amel pulak da ade 2 pasang baju kurung, bukan baju kurung oh tidak terkira..huu~ tapi ada yng ummi tersalah beli sebab tshirt tu muat-muat je.. dah laa harga boleh tahan, kena jentik hidung lagi dengan abbi sebab beli baju mahal tapi boleh pakai kejap.. rafiqy cakap "amel tak muat baju ni bagi kat ummi pakai T_T sampai hati abbi"...tu pun dalam hati ni bernafsu lagi nak tambah baju raya amel.. anak still sorang beselaa.. hee nanti tahun depan dah berdua.. dah tak boleh beli sekali harung kena beli sikit-sikit kalau nak duit tu habes sikit sikit.. ^^ orang kata kena buat persiapan awal.. " orang cakap ala kalau adik amel nur qalisya gigirl boleh pakai balik.. ye memang boleh tapi tak semua laa... kan?
lain persiapan macam duit raya dah ready, cookies raya je belum buat.. err bila nak buat malam raya? oh my bad.. suka kerja akhir masa..
cuti raya saya dan suami adalah seminggu tapi amel nur qalisya yang tak pose tu sebulan.. haha apa dah ummi?!
ok..ok.. itu sahaja.. nanti kita pilih gambar masuk dalam ni ok.. gambar amel nur qalisya bergigi dua.. comel tau...
till then,

Preparation Raya

Thursday, July 12, 2012
Wish List
sedang berkira-kira untuk dapatkan helium tank ini.. hee~ sebab saya memang amat suka balloon.. dah survey harga dalam RM215 beli online.. kalau kat luar kat mana ade jual ye? anybody knows? share mehhhh..
pasni kalau ada majlis pape senang laa i nak isi gas dalam balloon nak bagi terbanggg.. uuhh!!
alahai indahnyeeee..
Tuesday, July 10, 2012
Amel Nur Qalisya DEMAM!
semalam masa tengok masterchef dia dah terbatuk-batuk.. jam 11 malam baru anak dara tu tidur.. lepas tu jam 2.30 pagi abi bangun nak mimilk kan amel dia muntah.. badan macam suam panas.. terus moody.. merengek je..
pagi tadi masa bangun nak pergi kerja rasa badan dia macam dah kurang panas suhu biasa je.. so boleh pergi kerja.. err hope amel ok harini.. buat kerja macam tak tentu arah ingatkan dia.. call home not answering.. gotca! mane orang uma pergiii!!??
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, July 2, 2012
9 bulan baby!!
dah 9 bulan? uiiikkss cepatnyee.. biar betulllll!! terimalah hakikat amel nur qalisya semakin hari semakin membesar., sihat anak ummi.. tq Allah!
baju tite sama kan awak? syggg awak!!
baju new born yg berjaya dipakai lgii.. petite baby!!
cinta kedua-dua manusia indah ni!!! muahhhhh
Posted using BlogPress from my iPhone
baju tite sama kan awak? syggg awak!!
baju new born yg berjaya dipakai lgii.. petite baby!!
cinta kedua-dua manusia indah ni!!! muahhhhh
Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)