Memang dari dulu sebelum berkahwin/mengandung... saya dah tetap kan yang bayi saya hanya akan disambut doktor wanita islam [doktor wanita bukan islam sama je tarafnya dengan lelaki bukan muhrim].. sebab pada saya macam malu je doctor 'lelaki' yang tentunya bukan muhrim melihat 'aurat terpenting' saya nan satu itu.. hanya suami je yang halal untuk lihat, sentuh kita... kalau lelaki selain suami means bukan muhrim adalah 'haram' kan..? itu alasan ringkas saya..
Jadi memandangkan saya bakal akan bersalin.. so dari awal lagi dah plan mencari-cari dan men'survey' hospital bersalin.. erm.. malangnya hospital melaka tak boleh nak pilih doktor.. ikutla nasib.. kadang bayi disambut doktor perempuan tapi yang datang check seluk seluk semua kadang kadang doktor lelaki.. oh itu lah yang saya paling tak sanggup.. lepas tu terus survey ke hospital swasta.. cari-cari juga doktor.. kat melaka ada 3 hospital swasta iaitu hospital pantai, putra specialist dan mahkota medical centre.. hanya hospital pantai dan putra saja yang ada doktor wanita islam (gynae).. hospital pantai ada seorang tapi rate dia different.. means doktor caj lain hospital caj lain... so macam err... tak yakin.. dan terus ke putra ada juga doktor perempuan.. dan rate nye.. memang mahal.. [normal=RM1500-2000] operate apatah lagi harganya.. tapi better than pantai.. sebab dah survey dah lebih 3 orang kenalan yang ada pengalaman bersalin dengan doc putra tu nama dia dr.ishaireen so memang rekemended laa..
saya dan rafiqy terus decide pilih dr. ishaireen untuk sambut our baby.. dan dr. ishaireen sangat lah friendly dan servis baik punyee.. means dia akan encourage kita untuk bersalin normal..
Persoalannya apakah hukumnya bersalin disambut doktor lelaki?
Dari persepsi saya.. sentuhan dari lelaki bukan muhrim macam mana pun tetap haram.. kalau nak kata ianya 'tak apa' untuk tujuan perubatan tetapi kan ke doktor wanita juga ada.. kecuali dalam keadaan darurat.. darurat means keadaan yang bukan selalu terjadi sementara saja..cth mcm peperangan.. darurat macam dah tak de langsung dr wanita so kita terpaksa pilih dr lelaki untuk merawat kita...
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
hal macam ni terpulang pada pendapat masing-masing juga kan.. sebab duit.. sekarang banyak nak pakai duit.. bersalin di hospital swasta yang mana kita boleh pilih doktor mahal belanjanya.. jadi pilihan hanya di hospital kerajaan.. pada saya aurat sangat penting dan itu hukum yang wajib kita jaga.. walau sukar tapi pasti ada jalan.. kecualilah pilihan itu tak ada.. means tiada langsung doktor wanita islam...
"Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini. "
isi saya ambil dari ummu husna, korang boleh juga try search kat google or tanya ustaz ke..

kak, berdoa supaya dapat doct perempuan. insyaAllah termakbul. usap perut sekali n ckp apa2 yg nak. ekekekeke. ;))
ReplyDeletejika doct lelaki itu adik beradik kita boleh? lgpun lelaki kan, malu juga. huhuhuh
Ooo..kat melaka ye?.. Kira normal 1.5K ke 2K tu x mahal sgt la dear. Kalau kat KL lagi mahal tau.
ReplyDeleteKat GH melaka ader student doctor. Gov hospital memang x boleh pilih Doc. Tapi kalau x kemampuan or berisiko tinggi tawakal pada Allah, moga dipermudahkan and dapat doc pompuan.
aku confius x th nak bersalin kat mana... sebab bila dah baca entry ko, macam2 aku pikir...
ReplyDeletekak, sbb tu sy pilih hospital yg ikut style islamic..
ReplyDeletedear fariza~ i always do.. mmg nk sgt doc wanita.. sebelum bersalin buat prep awal plih siap2 n pesan siap2 hal yg satu ni kta jg..
ReplyDeletedear my rule~yerp kl lg mahal tp byk pilihan lg kt sane kot.. ade jg rsnye yg rate 1.5 k to 2 k.. doa byk2 mohon dipermudahkn urusan kita..
ReplyDeletedear puteri~ fikir laa ape yg baik n patut wani kita kn ade pilihan..
ReplyDeletedear bard~ betul, sbb penting kn..
ReplyDeletebabe, i pun bersalin gynea perempuan muslim sambut. lagi pulak bersalin kat azzahrah sejuk je dgr ayat2 quran dalam labor room. kalau normal standard harga 1.5-2k. tak termasuk kalau u amik epidural lagi..
ReplyDeletedear farah~ tula qa nk sgt bersalin kt sane.. tp tula jauh.. kn? rate standard lg kn.. hope sgt urusan bersalin qa nty dipermudahknNya
ReplyDeleteoh yer ke qah...hmm akak choose govt hospital...try survey la ada tak doktor perempuan
ReplyDeleteyes i agree ngan u! muslim female doc lebih selesa :)
ReplyDeletesemoga semuanya selamt ye
bestnye post nie...ida pon plan nak cari doktor perempuan islam.
ReplyDeletetp,skrg nie ramai mom2be lebey suke doktor lelaki.alasan mereka ialah doc lelaki lebih 'lembut' caranya...
means lebih appreciate dan understand kita perempuan...if doc pompuan nie kdg2 agak tergesa2 dan 'kasar' ckit.
apa pon x kisah laaa...asalkan aurat terjaga ^^
salam..
ReplyDeleteakak,apa yg akak ckp kn 2 btul..kalau ada doc wanita yg beragama islam,mengapa perlu dgn doc lelaki..melainkan keadaan darurat..cme kalau ada sstgh org yg xpunyai kewangan yg kukuh untk ke hospital swasta.maka,pohon la pd ILAHI..bukankah DIA tahu apa yg tbaik untuk hambaNYA kan..
jga diri n baby..ayah baby pun jgn lupa..hehehe~
Qah, kite baru je bincang pasal nie kan semalam?
ReplyDeleteHmm, I hari tue, yg seluk doc lelaki. tapi yg sambut semua doc & midwife perempuan.
terkesima kejap bile doc lelaki pelatih tu dtg ckp nak check. aduhh! tp sebab dah terbaring, tak mampu nak ckp ape2. redha.
Dlm hal nie, I berserah pada Allah Qah. Dia tahu segala-galanya. Walllahualam.
sorry la mencelah. tapi bila bercerita tentang aurat, bukan hanya 'aurat' itu saja yang perlu dilindungi dari lelaki. aurat lain pun wajib juga. kadang2 kita sibuk cakap pasal aurat yg satu tu, aurat yang lain tak dijaga pun.
ReplyDeletedear mimy~
ReplyDeletegov hospital mmg ada tp kadnag tulaa ade jg doc laki yg check..
dear shada~
thanks shada..
dear ida~
yerp samasama la usaha jaga aurat..
dear anon~
betul dear.. soal kewangan kena fikir juga kan.. Allah ada kalau kita nak minta sesuatu kan.. insyaAllah semua nya mungkin..
dear qies~
haah dear.. bkn kita minta pun kan.. kita dah sakit.. redha jelaa.. dah selamat da pun kan.. ^^ pasni qa pulak..
dear anon~
betul tu.. as a muslimah aurat sgt penting.. kena jaga.. kalau kita sedar hijab terbuka cepat2 tutup jgn biarkan.. insyaALLAH samasama la kita jaga aurat dr pandangan mata & dr SENTUHAN lelaki bukan muhrim..
bile due qah..nanti leh la roger2 bile wai dh blk mlk..leh jenguk qah n baby
ReplyDeletedearie wahidah~
ReplyDeletehee qa dalam bulan sept yang.. kire awal sept qa dah cukup bulan daa..anytime.. so end of sept 40 bulan daa pregnant..
salam alaik...
ReplyDeleteya, ikut hukum nya kita perlu mcari doc perempuan muslimah then jtuh numb 2 doc lelaki muslim unless sudah betul2 darurat(means, dkt negeri tu lgsung xde doc islam n kita da xtahan menanggung kesakitan.kalu x, akan memudaratkan nyawa kita)ikut kata suami sy (seorng ustaz) n ikut hukum islam dan rasional sy sebagai muslimah (malu disitu)
b4 sy m/caried, pgnancy checkup by doc muslimah, n faith Allah, sy miscarried.alhamdulillah..both GH n Kdh Mdcl Ctr (KMC)sy dpt doc muslimah jg.n kebetulan, last month sy skt gynea, memg kn specialist yg assist sy.so sy cr doc perempuan yg specialist dlm skt tu, tp unfortunately, xde.so, kami merayau dlm 2 hari dpt juga specialist but doc muslim di PMC.so, point nye.hukum Islam bkn perkara main2.n carilah keredhaan n keberkatan disitu.insyaAllah..
ukhwah fillah..salam
wah kak...go0d info..wlaupu blom brkwen tp bnda2 mcm ni sy pn slaly ckp ''xpe'' dlm hal2 mcm ni..kdg2 sakit2 biasa ada doktor lelaki
ReplyDeletedear hannan~
ReplyDeletesalam ukhwah dr saya..betul kena jaga betulbetul kita ada pilihan dan bole usaha.. Islam itu mudah.. manamana pun doc muslimah mesti ada kat mana-mana.. thanks singgah ye..
dear amiera~
hee tak tahu kenapa bab 'aurat yang utama' tu akk risau sangat.. malu if dapat sentuhan dr lelaki bukan muhrim malu laa..
thanx reply..
ReplyDeletebtw, sy adik pd farah izyan.knl?
hee...salam dr org melaka jg..
[bt crntly duk kedah..haish..]
p/s : "amr biddhururah" means benda yg dimaklumi semua org = AURAT.indahnya bile dpt tau ade jg org yg sgt2 strict menjaga aurat bukan hya utk mdptkn treatment, hrp2 mnjga juga aurat yg sbenarnya [seluruh badan kecuali muka n tapak tgn]
Kak TQah
ReplyDeleteBende ni ade gak sy wat research dulu..menurut kawan2 sy yg belajar MEDIC kat Mesir..dalam Perubatan jatuh hukum HARUS if lelaki/wanita bukan Islam sambut kelahiran
Menurut Fatwa Yusuf Qardhawi dan Tartawi Jawhari jatuh HUKUM HARUS jika doktor lelaki yg menyambut kelahiran anak..dan sememang yer jatuh hukun HARUS dalam MEDICAL ni..dan jika seseorang tu berkemampuan utk dapatkan doc wanita Islam ats alasan jage Aurat jatuh hukum SUNAT..even Rasulullah pun pernah bersabda akan yer..
bg org yg ber'wang' blh la plh nk doc cmne.tp bg yg x berkemampuan nk wat cmne kan? Doc lelaki ke pompuan ke berserah jelah.janji nyawa ibu n anak selamat.betul?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya setuju ngn awak..
saya pon penah demand dengan sorg nurse sbb ttp tak nk doc llki scan sy ms wat rwtn dlu.skg sy pon cri doc ppuan je bl wat treatmnt even mhl sket.Alhqmdulillah Allah mudahkn :)
dearie hannan~
ReplyDeleteoh yeker adik farah izyan rupenye.. hee~ yerrp betul tu dik.. aurat paling penting kena jaga.. kadang kita tak sedar hijab terbuka kan.. berdoalah demi kebaikan..
dearie mummy aish~
oh gud info... thanks for sharing k dear..
dearie anon~
thanks for comment ya.... yerp terpulang sebenarnye pada masing2..pilihan ditangan anda.. hee~
dearie ratu~
hee betul tu.. selagi boleh jaga kita jaga sebaiknye kan..
i also prefer doktor pompuan.. my hubby dah make sure awal2, mesti doktor perempuan, for delivery or check up..
ReplyDeletemia pon rase malu teramat sangat bila lelaki yg tengok 'aurat' kita tu...tapi nak buat macam maner mia pon tak sangka DR lelaki nak cek jahitan katernyer..yg sambot memang DR perempuan..masa tu kita dah tak larat..ignore jerlah..tapi die mintak maaf dulu sebab tu dah profession die kan..
ReplyDeleteSalam kak, saya nak tau total MYR bersalin normal di Hospital Putra berapa ye. Thanks for the info
ReplyDeletesalam..sayapun sgt2 teringin nak dr perempuan sambut..masa bersalin anak sulung kwn2 suami kata ada sorg dr nie bgs..tp llki la..nama dia dr alias.suami sy pun buat keputusan nak suruh dr alias sambut baby sulung ktorg..sypun masa tu agak muda lagi setuju je..bila anak kedua sy didedahkan better ambil dr pmpn islam..sypun suarakan kat suami sy..dia pulak xconfiden ngan dr lain..so sypun bersalin ngan disambut oleh dr yg sama.tapi dr aklias nie mmg sangat2 ok..jahitan pun kemas.kali ketiga nie...huhuhu macam mana ye nak buat..rasa saya patut ambil dr yg sama ke dr perempuan islam
ReplyDelete