Friday, May 14, 2010

Dulu dan sekarang..






Bila menempuh alam rumahtangga ni suasana n keadaan pun berubah.. beselah bujang lain dah kawin dah ada tanggungjawab lain ye tak.. so far saya happy dengan hidup saya yiheee~


Dulu
masa bujang urusan hidup semua ditentukan sendiri tanpa ambil kira pendapat orang lain.. contoh macam nak join aktiviti ke.. dan selalunye parents saya tak melarang saya nak join apa pun aktiviti sebab diorang percayakan anak diorang yang comel lagi bulat nie.. T_T


Lepas tu kita dijaga oleh ayah.. kalau pakai itu tak kena ayah tegur tak solat ayah tegur/bantai..nak kemana kemani ayah jemput dan hantar.. begitu lah... sehari 2x ayah call.. sampai tak larat dah nak jawab phone so terpaksa laa ajar ayah sms.. senang sikit nak bagitahu pape sms je ayah.. hihiii~ tapi kesian ayah sebab setiap masa kena sangkut cermin mata kat baju.. sampai merungut dah tak macho pakai spek putih.. huhuu~


Masa bertunang dulu pun selalu juga saya membuli rafiqy haha marah-marah dia.. merajuk tak tentu arah.. minta macam-macam kat dia.. maklumlah nak uji sejauhmana dia sayangkan kita kan..? sejauhmana dia sanggup bersusah untuk kitaa.. :D sampai kan dah tak sampai hati huu~


Lepas tu dulu-dulu macam rasa tak sesuai je dengan family rafiqy hihi..family saya 10 orang dan rafiqy 7 orang.. fyi, family saya dan family sangat berbeza etika kehidupannya.. huuu~ family saya lebih ringkas dan hentam keromo.. huu~ lepas tu keluarga saya agak bising, kalau nak panggil adik suruh mandi tak boleh panggil lembut2 kena jerit sampai terkeluar anak tekak lah.. buat lawak lepas tu gelak meleleh air mata, menyanyi tak payah cerita laah.. bagai nak melambung kereta sebab terjerit2 anak encik adnan menyanyi.. senang cerita keluarga saya sangat gila-gila.. orang melaka bilang 'bigau' gitu lah..
[mula-mula rafiqy pun pelik kenapa cakap macam nak jerit je keluarga i.. hehe]


Tapi keluarga rafiqy lain.. proper sikit.. hihi~ senyap, cakap lembut-lembut, buat lawak pun berpada-pada je.. teliti dalam hal segala hal.. nak menyanyi? adoiii tulaa kadang-kadang bila saya rasa macam nak nyanyi terpaksa kawal suara bagi jangan kuat sangat padahal dalam hati Tuhan dan keluarga saya je tahu.. huhuuu~ itulah.. kadang-kadang bila saya terjerit panggil rafiqy 'habiiiiiiibb!!!' sebab dia kat luar saya kat dalam so kena lah jerit.. last-last kena tegur dengan rafiqy jangan jerit-jerit erm nak cakap jumpa dekat-dekat.. errmmm..


Sekarang
Semua keputusan melibatkan kebajikan saya semua perlu dikongsi bersama rafiqy.. dia selalu akan masuk campur dan nak tahu setiap apa yang saya buat,.. saya nak beli baju kena tanya dia dulu nak belanja apa bagitahu dia.. kemana saja saya pergi mesti kena bagitahu dia.. nak bercakap dengan dia kena jaga hati perasaan dia..berdosa kan dia dah jadi suami.. rafiqy pun perasan saya dah kurang baran hihi kena biasakan diri.. sebab penting.. setiap apa yang isteri nak buat perlu dapatkan keizinan dari suami.. sebenarnya isteri yang baik perlu berada dirumah, menjaga kebajikan suami dan tidak memandang lelaki lain diluar.. saya mahu begitu.. tapi dah kerja di bangunan besar ni kadang-kadang memaksa saya berhubung dengan lelaki.. tapi atas dasar kerja itu baik pada rafiqy dan dia memahami malah tak pernah persoalkan..


Lama-kelamaan saya dah biasakan diri berada dalam keluarga rafiqy.. walaupun setiap kali berkumpul saya pasti sedih dan teringatkan keluarga saya tapi saya cuba hilangkan rasa tuh.. keluarga rafiqy layan saya dengan baik.. ibu, ayah, adik dan kaklong rafiqy pun baik.. kak long rafiqy selalu hantar mesej kat FB saya tapi bila jumpa kitorang macam senyap.. hihi tak tahu kenapa.. macam tu juga saya selalu chat dengan adik rafiqy share macam-macam tapi bila jumpa senyap jugaaa... saya pun tak pandai nak ambil hati..


saya sayangkan kedua-dua keluarga saya.. ibu saya selalu pesan kita kena pandai ambil hati keluarga mertua.. jadi saya banyak merancang nak pergi bercuti dengan mereka dan rancangan lain.. so hopefully semuanya gembira hihi.. ^^


Bila berjauhan dengan rafiqy hampir 2 bulan lebih ni memang kadang-kadang buat saya tertekan.. sedih.. saya perlukan suami saya setiap masa untuk dengar suara saya pandang muka saya dan saya pun macam tu.. betul lah dah kawen ni dah sah kita jadi lebiiiiihhh sayang.. hihi.. rafiqy sangat caring dan loving.. itu yang saya rasa sangat bertuah punya dia.. bila saya tengok dia saya pandang dia sambil fikiran teringatkan detik kitorang kenal, kawan, bertunang saya tiba-tiba saya senyum dan rafiqy mesti perasan hihiii... malooo..


Bila kitorang makan sama.. saya nak makan telur goreng rafiqy akan gorengkan untuk saya.. betul.. dia tak bagi saya masak.. dia yang akan tanya saya nak makan apa... setiap hari dia risaukan saya kat kl ni sorang-sorang... saya pun kesiankan dia sebab sorang kat sana.. dia jawab dia takpe keluarga dia ada tapi saya seorang je kat kl takde sapa-sapa.. erm..


Alhamdulillah doa kami termakbul.. akhirnya saya dapat pindah ke Melaka dan hidup bersama suami dan keluarga mertua saya.. saya mahu rapat dengan merekaa... saya mahu mereka sayangkan saya seperti kami dah jadi keluarga 25 tahun [hihi umo saya 26 ^^]


dah la saya nak balik, suami saya dah tunggu dilobi, tak sabar nak hug n kiss dia.. mesti dia wangi hari ni.. hihii~ kami mahu ke alamanda.. hihii~ babai semua happy weekend!!


8 comments:

  1. Syoknyea bace cerita akak nie.. buast asna xsabar2 jugak nk peluk n cuim tgn suami asna nanti ;)

    Happy weekend kak! =)

    ReplyDelete
  2. hihihihi.. betoi2.. banyak beza before and after marriage nie kan!

    enjoy your weekend dear! ;)

    ReplyDelete
  3. emm alhmdulilh hepi jew hdp akk..sayu ati sy dgr..hidup akk hepi xmcm hdp sy yg pnh kaco bilau..tunang sy??ntah la ...xseperti sy harapkn

    ReplyDelete
  4. pia baran,dah kurang..msh kerja keras mahu baran ni hilang terusss

    family pia bising n xpandai tunjuk ksh syg sgt

    family habib sebaliknya :)

    ReplyDelete
  5. kak, anak sulung ke?
    :)

    ReplyDelete
  6. alalal chomel je ayat perenggan last tu. hehe. kakak, family ana sebelah ayah pun orang melaka. org melaka memang camtu kan. family ana pun sama. cakap kuat-kuat. lagi-lagi kalau ayah ade, menjadi-jadi semua. diorang berborak kat belakang, orang depan boleh dengar. pastu cakap macam cakap nak bergaduh je kalau org yang tak biasa dengar. haha. bab buat lawak sampai menangis tu pun betul gak. haha. seronok sangat kalau balik kampung melaka. happening! :))

    ReplyDelete
  7. dearie asna~
    hihi sabar tau,, tak lama dah nie..

    dearie kay kamal~
    thanks awk.. ^^

    dearie neena~
    kan..? tapi sangat seronok.. thanks dear..

    dearie kasihkuamiera~
    alahai dik.. kenapa kacau bilau? jangan sedih k.. pasti lepas ni pasti akan datang hari yang bahagia buat mira dan tunang ye..

    dearie Pia~
    hihi mesti ada beza kan..? tapi bahgia punye 2 keluarga yang baik..

    dearie esoneniey~
    ya darling.. anak sulung..

    dearie anna~
    hihi comel eak..? betul.betul.. memang tabiat orang melaka macam tu.. dan semua pun macam faham dan tak simpan dalam hati.. kire semua kebal lawak...uhuu

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)