"sO kenalah cuba baru ada keserasian dan jangan cepat jemu! ;D"
Wednesday, October 29, 2008
::pEtUa oRg tUa2 ;D::
Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri
Penawar Resdung.
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi
baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik,
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Menurunkan Berat Badan
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Awet Muda
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Juga boleh menggunakan ubat gigi... hee~
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Juga boleh diletakkan ais di bahagian mata yang lebam..
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki
Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
keep bleeding in lOve ya.. (^,^)