Tuesday, June 14, 2011

Diet Ibu mengandung





Kenapa mengandung ni berat senang sangat naik eak.. pelik je.. sebab bukan makan banyak sangat pun biasa je.. tapi senang je nak naik berkilo-kilo sebulan.. sangat pelik dan musykil...
[mungkin makanan yang diambil tu tak sesuai kot.. :D]



tapi itulah hakikatnya kerna ibu mengandung memerlukan 300 kalori daripada biasa terutama bila nak masuk trimester terakhir sebab baby nak membesar.. tapi kena ambil makanan yang berkhasiat supaya baby dapat berkembang dan membesar dengan baik...



Berat kita naik 10- 15 kg masa mengandung adalah sebab :- (tapi berbeza pada setiap ibu mengandung)


Flower Berat bayi : 2.5 – 3 kg

Flower Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

Flower Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

Flower Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

Flower Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

Flower Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

Flower Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

Flower Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg



Apa yang perlu kita makan semasa mengandung?


kena ingat apa yang kita makan dan minum itu adalah sumber nutrien untuk baby sebab tu doktor selalu nasihatkan apa makanan/minuman yang kita tak boleh ambil kerana ianya berisiko kepada baby..


Antara makanan yang boleh dimakan dan penting untuk dimakan;


Flower Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

Flower Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

Flower Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Flower Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

Flower Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


*


yang penting kena minum banyak air dan kurangkan makanan bergula contohnya kek dan coklat.. err memang sedap ok tapi kena kurangkan tak bole ambil selalu.. selalunya inilah yang saya suka makan masa tengok TV.. kalau berjalan jauh ke mesti ada lollipop, coklat segala.. tapi air masak malas nak minum.. mana nak stabil berat badan.. betul tak? so lepas ni kena disiplin [pesan suami] kalau tak nak kesihatan terjejas masa mengandung..



masa nak beli makanan pun kena hati-hati pilih makanan tau.. jangan ambil ringan.. meh kongsi sikit panduan nya ;


Flower makanan basah macam ikan, ayam, daging kena beli segar dan dijamin bersih..

Flower sayur dan buah-buah pun kena bersih dan bebas dari pestisid (cth makan sayur yg dah dimakan ulat tuh)

Flower kalau makanan dalam tin pulak kena tengok kandungan nutrisi dan kalori, ada juga label makanan yang dicadangkan hidangan sesuai bagi diet ada juga yang tak sesuai macam banyak pewarna ke ade asid ke cuka ke.. tak elok kan..? lepas tu periksa label makanan tu ada halal ke tak penting eak sebab apa yang kita makan tu akan jadi darah daging kita and baby..dan berkhasiat untuk baby.. tengok kandungan makanan tuh.. (sekarang nila tabiat saya & suami bila memilih makanan dah puas belek-belek baru masuk troli hee) oh ye dan jangan lupa tengok tarikh luput ye.. ^___^



macam mana kita nak tahu apa yang kita makan ni sihat atau tidak semasa mengandung?


senang je tengok picture yang saya sertakan kat atas nun.. sama ada ianya sesuai atau pun kita main bantai je makan ape pun.. kenalah ikut.. apa yang kena lebih kan dan ape yang kena kurangkan.. so kita kena mempelbagaikan makanan mengikut kumpulan yang berbeza-beza dengan jumlah yang cukup ok..





ni menu biasa je.. sebab nak ikut kan boleh je pelbagaikan makanan yang berkhasiat dan boleh dinikmati ikut kumpulan makanan atas tuh... yang penting makan sikit jgn sampai kenyang/puas.. nanti badan naik tetibe nak buatbuat terkejut lakss hee~



chaiyok ummi atiqah!! makan kena jaga.. kalau tak berat naik lagi or sakit lain datang.. ah tidak.. tak suke.. oh seb baik result minum air gula hari tu ok takde diabetes.. sebab tu kena jaga-jaga sekarang.. tak nak laa sakit-sakit.. ibu mengandung senang kena sakit kan..? ouuuhh..





psssttt pesan kat diri sendiri n jangan degil cakap suami.. T__T






11 comments:

  1. wahhhhhhhhhhh bagusnyeeeeeeeeeee ! i dont think i pon boleh buat mcm tu haha

    ReplyDelete
  2. kita seghupe :)
    suke makan cekelat, lolipop dan susah nak minum air masak. masak ubat pun ngan orange juice :D


    i main makan je qah. serius susah nak kawal. adehhh! nasib baik ujian glukose okey, alhamdulillah.

    take care!

    ReplyDelete
  3. waaa kte pun berat naik banyak. dah kena control dengan suami..

    ReplyDelete
  4. mia bule guna da menu ni utk diet?hkhekehe

    ReplyDelete
  5. ainul makan apa sahaja..tolak kayu & batu je.total berat naik ms peknen 13kg.huhuhuu..baby kuar tecit je pun 2.04kg

    ReplyDelete
  6. aduh..cekelat tuh mknan feberet tuh..hehe...bdn makin boolat..tp bile scan..baby kecik je..so mama die la mkn terlebey nih..aduh..cmne nk ikot tuh..disiplin kene tinggi nih.hehe

    ReplyDelete
  7. berat badan naik ms pregnant mmg menyusahkan hati. huhu. kalo ikut teori, kalo qah gain 12-13kg ms pregnant, nnt sng nak trn berat bdn. yg penting, diet seimbang for u & baby ;)

    ReplyDelete
  8. qah,kalau tgk yg dlm table tu,mcm xblh ikut je,hehe!lg2 waktu malam makan kuih and buah je..ish,kene disiplin ni..berat yun pn naik byk,harap2 after deliver cpt turun..

    take care ya ummi! =)

    ReplyDelete

keep bleeding in lOve ya.. (^,^)