Thursday, February 19, 2009

teringat

teringat kembali masa ku masih kecil..
belajar berdikari belajar erti hidup..
tiada kenal erti berani.. hanya takut.. takut dengan Allah dan takut dengan ibu ayah ku...
dan sekarang aku bangga dengan apa yang aku titipkan dihati ini.. selama itu aku terase sesuatu yang tidak sia-sia aku pegang kuat sehingga kini... bukan tidak sekali godaan itu datang.. ia datang tapi hati terlalu kuat perasaan takut membuatkan aku masih selamat.. selamat dari kekejamaan halus di dunia ini...
KITA
lahir diatas dunia tanpe mengenal apa itu hidup?
cume tahu bereaksi bile di agah... menangis bile ditinggalkan..
bak kata orang.. makan tidur... makan tidur...
apabila kaki sudah pandai berdiri langkah semakin panjang..
ibu dan ayah sendiri tidak sedar bila agaknya anaknya sudah pandai berjalan? pandai berlari... mereka tersenyum dan beban digalas tanpa keluhan... kerna mereka mau melihat seorang anak itu melihat apakah kehidupan ini.. tanpa disedari dalam kegembiraan menunggu dan melihat.. terselit rase takut yang ntah dari mane munculnya... takutkan dunia yang bisa merubah segalanya..
bimbangan dilepaskan, teguran diendahkan leteran dimarahkan dan ingatan di bosankan..
kenapa anak perlu berubah? perlu terikut terseronok dengan dunia?
adakah aku silap? aku tersilap mencatur kehidupan anak ku?? hati bertanya tanpa jawapan..
mereka telah jauh.. jauh sekali berlari meninggalkan ajaran Allah ajaran ibu ayah...
mereka tidak sedar.. mereka tidak sedar..
wahai ibu bapa...
mereka sedang seronok dengan dunia remaja mereka.. terlalu seronok sehingga tak mau terlepas sedikitpun masa remaja itu... biarlah dunia berperang.. biarlah dunia dilanda bencana..biarlah dunia nak terbalik sekalipun.. mereka tidak kisah.. kenapa? kerana itu adalah dunia tanpa sedar mereka... kita sedarkan mereka..? bangunkan mereka... supaya mereka tak terus terlena dalam dunia setan itu... kerna itu bahaya dan sangat bahaya.. kita akan dipersalahkan kalau terus biarkan mereka... mau kah kita dipersalahkan??
kita perlu kuat untuk mereka..kuat sekali.. bukan untuk mereka sahaja tapi kite perlu kuat untuk menyiapkan perisai yang telus bagi menghalang mereka dari terkena sumpah dari taghut setan yang jahat itu... perisai? perisai itu adalah usaha melipat ganda, ajaran yang tidak jemu,. pendekatan yang wajar bagi jiwa mereka dan doa.. doa yang tidak putus-putus... teruslah memohon bantuan Allah.. setan takkan menganggu manusia yang berada dibawah lindungan Allah.. serangan godaan setan akan dihambur semula kerna adanya PERISAI...
YAKINLAH DENGAN ALLAH...
kenapa saya sangat emosi.. saya teringat akan kehidupan remaja masa kini.. saya sedar mereka tidak boleh dipersalahkan... mereka terlalu rapuh imannya.. seseorang perlu masuk dan selidik jiwa mereka... kiter perlu cuba... teringat saya pada lagu salih yaacob... coba coba jangan cobaaaa... hehhe~~
-terima kasih kerana membaca-
hugs...
atiqahadnan..

kehidupan selepas......

assalamualaikum..
(jawab k..)
rasenye.. banyak da dapat tag,.. dan itu je jadi bahan untuk update blog nie... thanks kepada semua yang kirim tagg untuk saya...
thanks juga fer those who read my blog.. n leave a comment.. sayang kamu... muahhhhh!!!
okie...

saya sebenarnya nak berkongsi cerita...

sebuah cerita yang sangat sedih dan anda nilaikan sendiri ok...

ada seorang kawan baik adik saya H.. mmg mereka rapat sangat... saya dan keluarga pun rapat.. sebab rumah kami pn dekat... lame juga adik saya kawan dengan H ni..kami rapat juga dengan keluarga H.. H ini lahir dengan keluarga yang senang dan ibu bapanya mmg sangat kuat bekerja..

tapi sekarang dea adalah anak yatim piatu... dan ada adik yang masih kecil...

H telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat sayang kan dea.. mereka berkawen atas dasar lelaki ini tertarik dan fall in love wit her at the first sight laa... lelaki tu ternampak pIc H ni dalam suratkbar masa liputan atas kematian drastik ibu bapa H yang meninggal dalam nahas jalanraya...dan lelaki ni cari H dan mereka terus kawen..so sweeeett kn? (lagipun H ni anak yatim piatu) so lelaki ni da mula dan mahu bertanggungjawab atas nasib H dan adik2 nya yang ramai iaitu 9 org.. kebetulan lelaki ni adalah (sepupu ayah saya) jadi adik saya n H bertambahlaa rapat...dan kami tak terputus berita mengenai nasib H dan adik2nya...

dan H pun mengandung... ibu dan bapa mertua H pada mulanya sangat hargai kehadiran H dan adik2nya... ingat lagi kalu ibu saya jumpa dengan ibu mertua H (mak sedara ibu saya) mereka pun bercerita laa pasal H dan adik2 nya.. kesian.. kesian... ermm... mesti nanes...

dan kami semua menganggap H amat bahagia dengan kehidupan barunya... kami sekeluarga tompang gembira...

baru-baru ni.. abang kepada suami H akan berkahwin.. ayah saya mendapat undangan (yerlaa da nama pun bapa sedara kn..?) ibu saya adik dan ayah je yang hadir.. adik saya tercari-cari H.. bile da jumpe H meluru ke adik saya dan peluk... "ina, nape ko da lame tak datang jenguk aku?" erm.. adik saya terkejut dan H mula menangis... "aku rindukan ko na.. lame tak jumpe ko.." adik saya terharu dan dia tanye perihal baby baru H... dan H hanya bagitau baby dea nak tidur dalam buaian.. then adik saya pun... " H... ko bawa la anak ko ni tidur.. nanti kiter boleh borak panjang..." dan H jawab.. "kat sini kan sibuk na.. macamner anak aku nak tidur?" adik saya "lor.. bawalah masuk bilik.. suruh je adik ko tolong enjutkan boyan..." erm.. " na.. aku mane ade bilik dalam rumah ni.. beg aku pun letak kat tepi je..."

adik saya terkejut.. takde bilik? H menantu pertama dan takde bilik untuk dea?

erm.. patut laa dea sedih dan nampak lain.. rupenya hak H dirumah mertuanya diabaikan.. dan mane suaminya?? erm.. dia juga diabaikan oleh suaminya...

dan tetibe adik bongsu H, lukman datang mendekati adik saya dan H...(lukman ni sangat manje dan comel k kawan2..)

ina : "lukman!!! meh sini kat akak..!! cantiknye baju Lukman..?"

lukman : heheh " kak ina datang ea nak jumpe lukman?"

ina : " ye sayang... ensem sangat lukman ary ni.. da besar da.."

lukman : hehe ni bukan baju lukman, ada orang bagi kat lukman.. "

ina : (mesti suami H yang bagi ni..) hehhe cantik.. sape bagi kat lukman..?"

lukman : "orang dari rumah anak yatim yang bagi kak.."

ina : rumah anak yatim!!!? " terus pandang H dan H tertunduk...

erm.. kenape H dan adik2 nya teraniaya..? sedangkan mereka tiada tempat bergantung? adil ke pada mereka? inikah suami yang mulanya sayang dan berjanji akan menjaga kebajikan isterinya?? erm... H dan adiknya hanya memendam rase.. dan tiada tempat mengadu...

saya masih teringat disaat kematian kedua ibu bapa H.. mereka keluar pada malam hari untuk ke kelantan tanpa pengetahuan H dan adik2 yang lain (cume seorang adik H yang ikut sebab urusan ke kelantan libatkan dia)..mereka sengaja keluar di waktu tidur anak-anaknya kerana bimbang mereka tersedar..

dan kedua-duanya mengalami kemalangan ngeri dalam perjalanan pulang ke melaka..mereka meninggal di tempat kejadian adik H juga turut terkorban semasa berada di hospital kerana mengalami kecederaan teruk...

bayangkan sejenak macamner perasaan anak yang kehilangan ibu bapa serentak??

sedihkan..?

masa tunggu jenazah sampai saya ada dan bersama Lukman...(adik bongsu H) dea sering tanyakan mana ibu dan ayahnya pergi.. dan belum balik-balik lagi? saya hanya memandang lukman dan peluk lukman dan hanya cakap 'kita semua tengah tgu ayah dan ibu lukman balik'

saya terpaksa.. itu sahaja jawapan yang boleh buat lukman senyum..

apabila kereta jenazah sampai.. saya bagitau lUkman yang mmg dok dengan saya dari tadi 'tu ibu ayah lukman da sampai' dea pandang saya dan senyum.. lantas berlari mendapatkan ayah dan ibunya.. sangat sedih ye kawan2..? saya tak sanggup.. erm..

H sempat pesan dengan adik saya.. "na.. nak kawen carilah lelaki yang betul2 sayangkan kita, kalu boleh uji lah dia.. jangan jadi macam aku ni..."

erm...

jadi.. kepada kawan-kawan yang akan berkahwin tak lama lagi.. saya juga..

yakinkah awk kepada pasangan pilihan awk sekarang??

sanggupkah dia bersama kita selamanya?

menyayangi kita sama seperti sebelum kawen?

carilah jawapan itu...