Monday, January 31, 2011

Update saya






hai semua.. apa khabar..?
ceee dah lama kan tak update.. actually saja je nak tengok sambutan dari entry sebelum ini.. btw thanks k pada kawan-kawan yang sudi share pengalaman mereka!! hargai sangat.. hope dapat laa membantu kita.. ^___^



Minggu lepas kerja kat opis macam banyak.. then nak update blog ade je idea cuma malas sangat.. nak upload pic laa nak menaip laju-laju laa.. cukup malas. hiisss..sorry laa kalau ada yang macam curious kenapalah belog kusut ni senyap je sejak kebelakangan nie.. saya ada je cuma tulah malas laa y'all.. hee~ lebih rajin kehulur kehilir baca belog korang.. ^^



Rabu n khamis saya cuti sakit.. demam tau.. nasib baik tak teruk still bole jalan. makan je susah nak telan tekak ni makan apa rasa pahit kelat je rasa... tensi betul kalau sakit.. rafiqy suruh kuatkan diri mandi basahkan rambut so jumaat dah boleh masuk kerja macam biasa even batuk-batuk n selesema sikit tapi paling penting tekak tak rasa pahit daa... hehe



Jumaat lepas tidur rumah alai (family saya), yang tak sabarnye nak jumpa iman.. hii~ anak buah saya tuh dah pandai merangkak, duduk sekarang tengah gigih nak memanjat nak berdiri pulak.. hiiss lasak daa sekarang ok.. habes muka calar balar asik jatuh lepas tu sekarang nak minum nak pakai straw.. omel giler tengok iman sedut guna straw.. tulakan ada baby nie tensen pun hilang dapat tengok dia, kiss dia.. cepat je rasa tengok iman membesar. lepas ni mesti rindu waktu iman kecil lagi.. raya nie iman dah boleh pakai baju kurung.. yihee~ can't wait! tak sabarr...



then sabtu saya keluar bersama suami.. kami jalan-jalan, shopping ambil masa berdua.. mesti dan wajib dalam seminggu sekali ke dua kali ke keluar berdua, makan berdua macam zaman bercinta dulu.. tapi lagi seronok sekarang bila dah kawen..rafiqy dah potong pendek rambut dia





heheh dia saja je nak biar panjang rambut dia.. bila dah rimas sangat nak potong bagi kemas.. dah ramai daa tegur nampak tak kemas rambut panjang hee~ rafiqy ni kalau kemana je jumpa dengan chinese ppl akan cakap dia ada mix.. mix chinese laa omputih laa.. tersipu dia dengar.. saya gelakkan je.. ^^



Then kami tengok movie.. rasa cam dah lama pulak tak ke cinema.. tengok film faster.. the rock berlakon suka lah tengok the rock.. movie tu best jugalah.. bole laa.. tengok dengan adik rafiqy.. habes movie jam 9 malam.. mulanya plan nak tengok satu lagi movie tapi malas pula nak beratur.. so we all pergi main bowling.. saya macam taknak sebab tak pernah main kan.. segan laa nanti orang tengok.. terkial-kial nak baling bola.. entah caner gayanye ntah.. huu~ tapi suami suruh cuba saya try je laa.. ok laa bowling.. seronok! mula-mula memang ke longkang lama-lama bila dah tahu baling ok jeeeee.. ^^ taklah score sangat.. ada laa sekali dua strike.. HAHA




terus balik daa.. sampai 2 game kitorang main.. letih kemain hari sabtu tuh dari pagi ke malam berjalan.. jam 12 malam sebelum balik makan asam pedas ikan pari dulu.. sabar jelaa.. so balik rumah terus tidur.. ahad saya dan suami ke bukit mahkota.. ke majlis bertandang amelyn bestlaa kali nie sebab dpat jumpa, bergmbar n borak dengan amelyn sekejap.. cantik sangat dia pakai dress perincian songket n chiffon grey kaler.. nice! comel.. yg paling best makanan.. ada gulai cilipadi daging salai.. sambal belacan.. ayam goreng rempah.. sedap.. selera rafiqy makan.. saya makan sikit je.. sebab lepas tu nak ke bangi nak makan ayam penyet wong solo.. huu~ dah lama woo nak makan ayam penyet.. survey punye survey ramai rekemen wong solo.. memang sedappp ramai betul orang kt restoren.. saya siap bungkus bawa balik konon nak makan dalam kereta.. sekali tak sempat makan sampai rumah mak mertua, adik ipar n kakak ipar yang makan.. ^^ nanti mesti nak pergi sana lagi..




err k la banyak pulak cerita... hehe minggu ni kerja 2 hari je.. lepas tu dah cuti CNY... syiokk nyeee.. selamat bercuti semuaaaa... burhbaii...



Friday, January 21, 2011

Khas buat blogger bakal ibu

Sejak zaman bujang, zaman kawen, zaman nak menimang anak pula.. Saya tertarik nak tahu bagaimana pengalaman blogger yang dah ada anak or sedang mengandung masa diorang tahu diorang dah mengandung? yerlaa nak tahu tanda-tanda dan pengalaman ke'teruja' an mereka tahu mereka dah mengandung.. selalunya anak sulung teruja dia lain macam sikit.. kan..?




so saya nak tanya soalan ni kepada kawan-kawan blogger saya yang nak share sama saya pengalaman detik tahu mengandung mereka.. best kan..? alahaiii...mesti macam-macam kan..? selalunya orang share pengalaman bersalin ni nak tahu pengalaman hamil pulak.. ok tak? banyak faedahnya pada mereka-mereka yang belum mengandung, yang dah mengandung tapi tatau yang dirinya sedang mengandung ke kan..? mana la tahu pengalaman dari mereka ni dapat membantu kita-kita yang nak mengandung sangat ni.. hee~




saya nak minta tolong kawan blogger saya untuk tulis entry about this on their own blog..kalau yang takde blog boleh je komen kat sini ye.. sangat dialu-alukan
hope sudilah kongsi kan bersama..support each other ya!!! <3 yaa!!




Thursday, January 20, 2011

Belajar memandu







Rasa takut sebenarnya nak bawa kete.. tak tahu kenapa.. takut dengan kemalangan.. yang kadang-kadang tanpa kita sedar berlaku even bukan kesalahan kita.. banyak faktor yang buatkan saya takut nak bawa kete.. lebih senang duduk sebelah pemandu-pemandu yang berani dan tak cepat mengelabah.. saya cepat mengelabah kalau ada situasi terkejut ke tiba-tiba ke memang akan ngelabah.. takut nanti depan nampak lori besar bukan nak tekan brek kuat-kuat tetapi tekan minyak pulak sekuat hati.. tau laa apa jadi kan.. hiisss.. takut laa..




Tapi bila kenangkan diri yang amat memerlukan kenderaan untuk bergerak sendiri tabah juga belajar.. senang kan orang kata kalau boleh bergerak sendiri nie.. cubalah berubah jangan jadi gementar sangat.. cuba sesuai kan diri.. actually ramai orang kata boleh jeee.. bawa kereta jangan berani sangat jangan takut sangat.. ok saya cuba... lagi pulak saya belajar memandu ni ayah mertua yang sponsor.. dia yang nak saya belajar memandu supaya senang kalau suami tak mampu bawa kereta.. bila saya fikir banyak kebaikan dari keburukan so saya yakin je boleh bawa kereta suatu hari nanti.. saya pun taknak hampa kan permintaan ayah mertua saya..[hope dapat lulus ujian pertama kali ambil je haha, cos dengar cerita ramai fail kali pertama hee]



Sekarang baru lepas KPP 5 jam.. insyaAllah sabtu ni nak amek ujian.. hee~ malas betul nak jawab exam dah lama kot.. ni tengah study la ni.. kena baca juga ingatkan boleh hentam je.. yela nak lulus kena dapat markah 42/50 pergh boleh salah 8 soalan je.. T__T takpe yakin boleh je..

lepas tu teori + praktikal 6 jam.. dah lepas lesen L.. hee~ lepas tu amek latihan, pra test n last test dengan JPJ.. hope sangat tak gabra masa pegang stereng tekan brek.. balancekan cluth n minyak.. masuk gear.. hiss banyak step woo. actually saya pernah belajar memandu dengan rafiqy so ingat la sikit cara.. hee~




ok then.. wish me all the best yaa..! hee~




Monday, January 17, 2011

Pakej Bulanan yang paling terbaik + Coverage

Nak tanya pendapat semua..
antara 3 service provider ni yang mana paling terbaik laa..




celcom pakej bulanan call plan tidak termasuk internet.. lain-lain pakej.. macam leceh kan kena subscribe 2 plan sekaligus.. er tapi network ok..



digi.. murah dan termasuk internet.. tapi coverage untuk 3g dan calling ok ke..? ermmm



maxis.. pilihan ramai.. tapi pakej mahal sedikit.. ramai kata tak berbaloi.. tapi coverage ok kan..?




apa kata awak semua?




Thursday, January 13, 2011

Bercuti di Luar Negara

Err baru sekejap ke laman web Air Asia konon-konon nak pergi bercuti laa waktu cuti sekolah nanti..hee~
Nak bercuti kat luar negara tapiiiii.. errrmm macam boleh ke..? tak biasalah kalau jalan berdua selalu dengan famili or ramai-ramai.. macam tak biasa dan kurang keyakinan juga keberanian je nak berada kat jauh luar negara tuuuu.. huu~ maklumlah kan tempat orang macam-macam kita tak tahu cara diorang and suasana dia.... macam mana eak macam mana la kan..? alahaiiii susah tol la budak sorang nie.. T__T




Pilihan saya..




KRABI, THAILAND..





what say u darl..?




ok ke tapi tak berani la nak berjalan jauh-jauh dari family dan naik kapal terebang.. ahh!




Sekarang tak boleh lasak dan lompat

Sejak akhir-akhir ni terasa keadaan badan lemah dan entah sakit bahagian pinggang dan bahagian ari-ari ni rasa sakit.. macam senggugut lak.. err sebelum ni tak penah kena senggugut so agak je laa rasa senggugut atau period pain macam tu rasanya.. sakit pinggang dan ari-ari.. ^^
bila terhentak or duduk lama sangat mula lah sakit sangaaaatttt.. pelik..





saya rujuk dengan ibu.. dan ibu kata ade buat kerja lasak-lasak ke..? then saya cakap ada lah.. sebab sekarang saya memang sedang gigih kuruskan badan dengan work out setiap petang.. selalunye saya joging or skipping.. then ibu marah.. ibu cakap bahaya tau buat macam tu..mana tau benih dah lekat then maybe kesan kat rahim.. saya macam errr boleh ke? then ibu cakap ko taknak mengandung ke nak senaman-senaman bagai ni.. just kawal makan dah laa jangan nak senaman-senaman bahaya.. erm.. rasa macam betul ke eak.. betul ke cam gitu kaedahnya..




Setakat ini taknak pergi check lagi just tahan je tengok kalau dah tahan sangat baru nak pergi check.. [ai bagus betul teori ko pakai kan?] hehe~ sekarang saya dah stop senaman yang bagai nak rak tu mana tak rak nye y'all sekali joging sampai 3 round hutan rekreasi tu.. lepas tu skipping terlompat-lompat sampai 200 kali.. tak rak ke tuh? memang semangat nak kurus.. lagipun senaman kan bagus orang kata.. tapi entah tatau ada juga beri kesan.. tapi saya tak pasti la betul ke eak.. then banyak lagi pesanan-pesanan penyokong belakang saya ni.. yang baik saya ambil yang macam bunyik merepek tu terus buang jauh-jauh taknak simpan nanti meroyan..




lepas tu dapat satu info dari ibu, yerla beliau kan ibu kandung mana tau saya sama macam beliau ke eak.. kawen setahun baru mengandung.. ibu cakap kadang-kadang kita tak sedar benih dah lekat, dan atas sebab keadaan tubuh badan so benih boleh gugur means jatuh balik.. mungkin masa period saya delay 2 weeks tu means dah lekat tapi entah kesian benih tu dah jatuh sebab masuk badan orang pompuan yang ganas tahap pelakon lagak ngeri niee.. T__T alahai kesiannya... hee~





errr.. sekarang kena jaga kesihatan mana lah tahu kan.. ten teee renggggg!!!





usaha | tawakkal | doa | berserah




Tuesday, January 11, 2011

Oxford flats shoes

Assalamualaikum semua..





teeheee.. sekarang sangat geram-geram-geram dengan design oxfords flats shoes..Ke jusco semata-mata nak survey kasut ini.. suami pun suka! teehee~ tapi asek tak kena.. jumpa di vincci tapi takde size.. cari pulak di FOS tapi material gitu saya kurang minat.. sekali jumpa di Camel.. pergh memang menawan hati.. tapi tak boleh beli dulu cos sebelum ke camel dah masuk carlo rino dah rembat kasut kat sana T_T padan muka kata suami.. errr..




uiii cantik nyee..


very cute kan..?


simple and nice..



dulu saya pakai kasut macam ni dengan baju kurung.. teehee~ kena tahan dengan lec.. huhuu~


OMG giler comel!!


dah cukup.. comel sangat..




Tunggu gaji or errr boleh ke tunggu gaji hujung bulan? hee~ nak pakai kasut ini match dengan dress, skirt,baju kurung cotton (rafiqy suka sangat ^^) or pants..




pssttt sekarang dah kena pakai flat shoes je.. dijamin selesa dan baik untuk kaki..^____^





Friday, January 7, 2011

Order for maysaa scarves!!

Assalamualaikum semua..





cantik tak i pakai maysaa.. kalau pakai maysaa scarf dari tak cantik terus tampak style gitu..
heee cubalah kawan-kawan.. ^___^





Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli maysaa scarves.. sekarang saya dan kawan nak tolong order kan untuk y'all yang berminat.. so korang hanya bayar harga scarf pilihan, dan sekali dengan pos laju fee sebanyak RM6 untuk kami poskan nanti...





Chiffon Scarf Snood


£19.00 convert RM 95.00




Satin Wrap Band Snood


£12.00 convert RM 60.00




untuk pengetahuan harga mungkin akan berubah mengikut pertukaran matawang london, so apa-apa nanti akan diberitahu kemudian ya!! dun wori! ^^




* tak termasuk pos laju fee ya... so tambah lah RM6 untuk submit order ya!




so korang boleh order yang mana satu pilihan hati, kalau nak order dua-dua pun boleh..its ok..
order dah boleh sekarang email kan ke saya MizCorrs_04@yahoo.com kawan saya akan start order pertengahan Februari.. so rasenye sempat pada semua untuk fikir dulu kan... hee~




psssttt.. sesiapa yang belum join contest saya cepat join mana la tahu y'all boleh dapat free salah satu scarves from maysaa ke? HAHA~




bye happy weekend!!!





- ORDER MAYSAA TELAH DITUTUP YE KAWAN-KAWAN. TERIMA KASIH-




Thursday, January 6, 2011

New style for 2011

tajuk macam tak boleh blah je kan mesti orang click laju-laju.. hee saya bukan seorang 'fashionista' ye kawan-kawan..
cuma saya seorang yang gemar melihat fesyen-fesyen gaya muslimah yang lengkap tutup aurat sekaligus bergaya.. cair kita lihat fesyen yang ada..
yang mana sesuai saya ikut dan cuba gayakan mengikut cara saya sendiri..



Nak kata saya ni selalu fikirkan kena gaya ke tak kalau keluar tak juga.. saya biasa je.. ada mood nak bergaya sikit terus mix match pakaian yang ada supaya tampak lebih style gitu tapi kalau tak kena terus campak..[sampai berlambak baju ambil masa nak lipat dan susun cantik-cantik macam biasa dah] dan mister suami adalah pengadil untuk sesi mix match.. kena di mata dia baru bole proceed.. teehee~



Ini contoh gaya saya yang biasa je..



1. sarung jeans dan kenakan dengan kemeja labuh/ kemeja kotak-kotak. kasut flat pumps shoes atau converse...saya tak bole keluar jalan-jalan dengan heels kerna ia akan menyiksakan kaki je..buat apa cantik kalau diri sendiri sakit..


2. Kalau dengan tshrt labuh tidak berlengan, biasanya saya kenakan dengan jacket or cardigan..inner sangat ketat tak kena dengan lengan saya.. oh tak suke orang boleh lihat bentuk lengan ku.. teehee~ selalunye inner saya akan gantikan dengan tshirt singkat biasa asal lengan dia loose.. last sarung seluar cotton je..


3. tops labuh saya kenakan dengan skirt.. tak kisah skirt mengembang atau skirt biasa je [dari material cotton dan lycra].. hee~ kadang pergi opis pun saya suka pakai skirt gak..pakai dengan blaus atau pun tops labuh.. [dari jaya jusco scarlett atau arcadia, hajaba, najjah, tshirt muslimah dan munawwarah] banyak pilihan disana..skirt cantik kalau dengan pumps shoes...


manis je begini... sesuai dengan usia..


4. dress.. saya tak banyak dress.. ada 3 je kot.. dress saya jarang pakai kalau keluar laa.. tengok laa mood juga.. hee~ saya akan kenakan dress dengan kemeja labuh tapi berlengan setengah.. sebab nak cover punggung.. dress kadang2 boleh nampakkan bentuk badan kita.. lagi-lagi yang jenis melekat tu.. huu maluu.. tapi tiba-tiba tahun 2011 ni nak rajin pakai dress dari jenis cotton.. kenakan dengan cardigan/jacket.. ohh sangat manis kan.. pilihan dress cotton saya suke di butik kitschen..


sangat nice if pakai dengan kasut bertutup..


5. Satu lagi yang saya ingin cuba gaya muslimah sejati.. iaitu jubah.. nice kalau pakai ini.. lagi-lagi kalau orang tinggi kan.. orang pandang pun hormat je.. betul tak..? akan cuba cari kain dan tempah jubah yang sesuai...


macam ni pun nampak nice kan..


6. Baju kurung.. oh suami suka sangat saya pakai baju kurung... dia pun rajin belikan.. saya suka pakai baju kurung biasa atau kurung pahang.. kalau baju kurung boleh la pakai heels atau wedges.. tapi dulu saya pakai converse dengan baju kurung masa belajar.. sampai kena kaunseling dengan lecturer pasal etika berpakaian.. ^^


untuk menambah gaya saya akan kenakan rantai labuh atau belt halus.. tudung selalunye terpulang sama ada bawal, sarung atau selendang.. asal saya tampil dengan menutup rambut dan melindungi dada dan leher.. malu berjalan depan orang laki dengan aurat yang tidak sempurna ditutup..


suami pun tak suka.. saya cuba menutup aurat.. sebab itu tanggungjawab saya sebagai wanita islam dan isteri.. saya tak mahu dipandang serong dengan apa yang saya pakai.. saya fikir orang selalunya akan membuat penilaian pertama tentang kita melalui cara pemakaian kita.. setuju?



uisss terasa mahu shopping sudaaaa.. hee~




Wednesday, January 5, 2011

Buat kekanda yang dicintai, mohd rafiqy...






Kehadapan kekanda Mohd Rafiqy yang dinda kasihi..




Dinda dah lama tak menulis sesuatu tentang kisah kita.. dinda dah tak mampu menahan diri dari menulis kisah kita.. hanya dengan ini saja dinda mampu buktikan betapa dinda bersyukur dan cinta dekat kanda.. dinda tak pandai menunjukkan kasih, dinda hanya mampu merasai dalam hati dan tersenyum dari jauh betapa dinda 'terharu' dengan apa yang ada kini...



Kanda,



dinda bahagia berada disisi kanda..
terasa seperti dinda dah cukup puas dengan apa yang dinda punye sekarang bila kanda disisi.. kanda melengkapkan dinda, kanda mengisi kekosongan hati dinda.. kanda juga lah yang merubah kehidupan dinda.. dinda sedar nikmat yang Allah kurnia kan ini adalah terindah buat dinda.. dinda bersyukur punya kanda selamanya...



Kanda,

disaat dinda sedih mengenangkan kenapalah dinda diuji.. kanda tampil kehadapan dan pujuk hati dinda.. bagaimana kanda selalu tahu apa yang dinda mahu? oh kanda.. ( masih boleh blah? hee~)
Dinda ingat kata kanda disaat kita dilamun cinta dulu, kanda kata, dinda bidadari hati kanda.. kanda mahu memiliki dinda.. bila Allah beri peluang sekali itu pada kanda, kanda mahu jaga dengan baik walau macam mana sekalipun.. dinda tahu kanda ikhlas.. dan sehingga kini sejak kita telah menjadi pasangan suami isteri kasih kanda tidak berubah malah dinda merasakan cinta kanda menjadi lebih hebat.. oh bertuah dinda.. ^^



Kanda,



kasih kita sampai ke hujung nyawa.. sehingga kita di alam kekal nanti pun dinda tetap mahu bersama kanda.. dinda mahu wajah, hati dan tubuh kanda milik dinda selamanya.. dinda tak mampu bayangkan kehidupan dinda tanpa kanda.. di saat tangan dinda kanda gengam penuh kasih, dinda merasakan kanda cuba yakinkan bahawa kanda takkan kemana-mana.. hidup kanda hanya untuk dinda.. oh sayang.. dinda terharu...



Kanda,



semoga Allah tetapkan hati kita berdua.. semoga kasih kita kekal hingga akhir nyawa.. dinda selalu berdoa.. jika nyawa dinda diambil dulu, biarlah disisi kanda... dan dinda mahu disemadikan satu liang lahad bersama kanda yang dinda cintai dunia akhirat..



kanda,

dinda ikhlas mencintai kanda seluruh jiwa dinda...




terharu dan ternangis..

err.. tadi baru buka blog.. ingatkan dah tak moh buka.. [sengal je dah tua bangka nak merajuk]




seyesly! saya sangat terharu dan tanpa sedar air mata menetes.. T__T
nyata saya ada kawan dalam blog yang hargai penulisan saya..



Antara yang mengomen ikhlas dlam entry sebelum ini dan buat saya terharu ialah,



dearie Cik jannah - dah lama kawan dengan dia.. tapi on n off juga kan sayang.. thanks sangat sudi baca blog qah ea.. betul bukan semua orang suka dengan kita kan..


dearie ee - ya dear akak akan teruskan menulis ye.. heheh haah.. akak bukan apa kat luar ni akak takde kawan sangat selalu meluah dengan suami je.. sebab tu blog penting pada akak..so akak memang perlukan kawan dalam blog sangat2..so bila ada yang dah pilih2 kawan tu yang akak sangat terasa..


dearie mrs -fni - salam dear.., terharu thanks ye.. lain kali komen la sikit kalau fni suka en3 saya ye.. so saya dapatlah tahu fni antara yang suka baca blog saya nie.. kan..? apa pun thanks sangat.. love ya!!!


dearie nabilah - ye sayang akak tak berhenti akak akan cuba menulis macam biasa ye..


dearie alyn - cantik ke? taklah ada lagi yang lagiiii cantik.. akak biasa je.. 500 lebih? tapi errmm tak sampai 20 orang je yang betul-betul pengikut akak dear.. so akak tak bangga pun.. i will try my best darling!!


dearie neenaanuar -
errrmmm sedihlah neena caring sangat.. qah ni tulaa suka nak bawa hati.. hope gitulaahh kan bak kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti' heheh thanks neena XOXO


dearie syue sue -
ni dari tak pernah komen terus komen.. hee~ u're so sweet ye..komen selalu ya kalau suka! thankss tau!


dearie ayu -
hee faham sangat ayu bukan merepek laaa.. hee~ rendah diri tu biasakan dear.. err.. tulaa kenapalah mesti ada yang nak pilih-pilih bulu eak blogging pun..


dearie wahidah - y
erp!! i will not stop blogging dear!


dearie violetless -
kamu kuat sayang.. hope ramai yang ikhlas kawan dengan akak macam mane akak ikhlas kawan dengan semua.. sayang kamu!


dearie adieyza -
yerp.. i will accept them.. biarlah nak follow or unfollow.. makcik dah tak kisah.. hee~


dearie yanie -
sampai kapan pung!! kalau sedihpun qah cuba happykan balik ye.. ^^


dearie zuris -
kamu sangat prihatin dear.. err terharu.. ok ok tak stop.. terharu ade juga yang sudi baca..betul jugaa.. ada blogger yang berniat gitu dalam blogging kan.. i'll follow you plz follow me back.. hee~


dearie asna -
betul dear.. betul.. asna jangan sedih ye.. akak tak stop ye.. tapi even akak senyap pun akak tetap baca blog kamu yang sebab nak tahu perkembangan asna.. ^^


dearie junehalim -
errmm terharu! thanks june..


dearie mia -
oh adik ku.. baiklah.. kalau tulis je ape kalong nak tulis sesuka hati ye.. hee~


dearie nanie -
selamat taun baru ye! 500 pun tapi kalau 20 orang je yang say hello dengan akak pun buat apa kan.. lagi seronok kalau 500 tu juga yang meriahkan blog akak nie.tapi err..


dearie reen -
alahai.. tula lagi menyedihkan ea.. tapi kalau kita menulis untuk kepuasan hati kita sendiri, kita tak kisah sangat if ade orang jenguk/baca/komen kan.. janji kita puas menulis dan legaa...







saya atiqah adnan, saya menulis bukan kerna nama atau apa..
saya cuma mahukan 'kawan' dalam dunia..
mungkin dalam dunia realiti saya punya sedikit kawan..
tapi saya ingin sekali punya kawan yang mengenali saya di dalam dunia blog ini..



kamu, janganlah menyorok dengan dunia kamu.. silalah berkawan dengan saya..
saya cuba untuk menjadi kawan yang baik buat kamu.. ^^




Tuesday, January 4, 2011

Orang yang tak terkenal, tiada rupa orang follow pun cancel semula..

Saya dah terasa kecil hati dengan dunia blog.. saya tak tahu..
saya tak tahu bukan apa.. err kenapa dengan blog saya?
adakah blog ini kosong dan menakutkan?
saya perasan ada yang dari follow tetibe esok ehh dah tak follow?
kalau korang mesti tertanya-tanya kan kenapa?



atau saya mengomen di dalam blog femes lagi hebat, kenapa komen saya tidak dibalas.. nampak macam beliau 'skip' untuk reply komen saya.. err lagi sekali kenapa..



erm..beginilah saya pun sedar yang saya tidaklah hebat menulis, tidak comel seperti blogger lain, tidak pula cantik.. saya tak suka nak tarik perhatian orang dengan kelebihan yang saya ada.. itulah dan inilah saya.. hakikatnya saya tak patut nak kecil hati atau apa cuma saya tertanya2 kenapa perlu ada perbezaan ye antara orang cantik dengan tak cantik, orang terkenal dengan tidak terkenal.. kenapa manusia lebih sukakan sesuatu yang mereka pandang cantik dan hebat lantas terus menyukai tanpa kenal...setiap orang layak untuk digilai dan dikagumi.. ye saya juga banyak mengagumi orang lain.. akan tetapi apabila kita membuat perbezaan/pilihan antara manusia yang ada.. makna macam.. ok aku nak kawan dengan orang yang macam ni je, aku nak layan orang yang macam ni je.. kenapa? kenapa ye.. sedangkan sebenarnya orang tu sama cuma kurang dari sudut kecantikan, pelajaran, pengalaman dan hanya biasa-biasa saja...



kenapa? saya pelik dan hilang kata-kata [tak tahu nak buat kesimpulan]
kenapa mesti ada dan rasa macam sungguh tak patut..



saya sedar diri tak layak untuk berkata sesuatu mengenai orang lain tanpa mengenali.. tetapi ini adalah datang dari hati dan saya telah berfikir sebelum menulis..




saya akan berhenti menulis disini.
assalamualaikum kawan




Monday, January 3, 2011

Khasiat Teh

Saya suka minum teh.. suka.. dalam sehari 2, 3 kali minum teh.. kat opis mesti ada teh dalam laci.. teh uncang.. hari tu pergi cameron pun borong teh je.. hee~ kadang minum dengan gula kadang minum gitu saja.. tapi kalau masuk MCD jam 9.00 malam harus pesan hot coffee large size.. tatau kenapa.. tabiat agaknya.. ^^




Sekarang kena tukar kepada teh, teh dan teh sahaja.. teh banyak khasiatnya ya kawan-kawan.. tak kisah teh O atau teh susu.. paling bagus teh hijau.. saya suke teh hijau jenama dinmah...




Nak tahu apa khasiatnye? semuanye ditulis berdasarkan kajian ye..
meh saya kongsikan :-



1. Membantu membakar lemak
paling i like.. dan sesungguhnye benar.. teh ni bantu kita cepatkan kadar metabolisme badan. kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi lebih berkesan. Kita kena ambil teh 3 kali sehari.



2. Mencegah penyakit jantung
diyakini dapat menurunkan kolesterol jahal LDL kerana antioksida yang mencegah oksida kolesterol LDL dalam arteri. Sekaligus dapat elak pembekuan darah tidak normal.



3. Menurunkan tekanan darah
penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan buah pinggang. Ubat hipertensi terkenal adalah " ACE Inhibitor', dan teh hijau adalah ' ACE Inhibitor' yang semulajadi.



4. Antipenuaan
teh ada antioksida yang tinggi iaitu 'poluphenols @ polyphenol maka penggunaannya dapat melambatkan kesan penuaan.



5. Melindungi daripada diabetes
Polyphenol daripada daun teh menghalang 'amylase' sehingga membantu menurunkan tingkat gula darah.



6. Bau nafas
kalau minum kopi bukan je nafas bau kopi gigi pun dah bertukar kaler kopi juga lama kelamaan kan..? so minum laa teh sebab kalau kita kunyah daun teh ia dapat bunuh kuman hidup dalam mulut selalunye kumanlah penyebab mulut berbau.



7. Mencegah keracunan makanan.
cirit birit salah satunye.. pernah ke korang dengar macam petua ke kalau berak-berak kena minum teh O pekat nanti baik? saya selalu amalkan dan gerenti jalan punye.. terus jammed tak keluar-keluar daa.. nak tahu sebab ape? sebab teh ni adalah pembunuh bakteria, kalau kita minum pekat teh dapat mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya dalam perut kita seperti 'clostridoa' dan ' E.coli' [apakah nama coli? hiiisss lusyahhh]



8. Meningkatkan ketahanan badan
satu kajian di jepun, berkumur dengan daun teh dapat meningkatkan ketahanan badan dan terhindar dari influenza dan selesema..



9. Menguatkan tulang
Teh kaya dengan fluorida. dengan mengamalkan teh dalam kehidupan akan menghalang enzim menyerang sendi.



10. Mengurangkan risiko kanser
Kandungan anti oksidanya lebih 100 kali efektif daripada vita - C dan 25 kali lebih baik daripada vita-E. Teh dapat menghalang kerosakan dalam sel tubuh yang dipercayai ada kaitan dengan sel kanser.





Amacam tertarik kan? so minum laa teh 3 kali sehari ye kawan-kawan..



tapi..



Teh ada juga mudaratnye..



iaitu teh juga turut mengandungi kafein. Jika diminum berlebihan, ia akan menyebabkan gangguan seperti insomnia, perasaan cemas, degupan jantung tidak teratur. Walaupun begitu, teh masih tak dapat lawan kafein yang ada dalam kopi dan minuman gas. Macam kata pepatah, apa je yang lebih pasti akan ada kesannya.



let' s have a cup of tea, friend?




Sunday, January 2, 2011

Atiqah Adnan 1st Contest!!

- banner contest-



hi everyone..!! teehee~



mari saya brief pasal contest yang saya nak buat nie..
tarikh bermula hari ini 2 dec 2010 dan berakhir pada 2 jan 2011.. sebulan..
ok tak lama sangat tak ye..? rasanye ok kot eak.. apa-apa korang komen laa nanti.. ok ke x.. so korang dah boleh mula join contest ni harini sampai 2 jan 2011.. dan keputusan nanti saya akan umumkan lepas beberapa hari dari tarikh tutup ye.. ^___^



syarat-syarat:
-mesti lah pengikut blog 'atiqah adnan' [khas buat pengikut blog ini shj]
-dan mestilah ada blog.. hee~



Macam mane nak join? ok mari!
-mula-mula copy banner contest saya dan letak ke sidebar y'all dan add link contest sekali-
- y'all kena pilih satu entry yang y'all paling suka dalam belog saya nie.. [credit for ajjah's blog for this idea.. tq so much dear kerana izin kan luv u!]
- tulis satu entry dalam blog y'all dan ceritakan kenapa y'all suka entry yang saya tulis tu ye. tulis dalam bahasa yang mudah dan semua boleh faham.. ^__^ dalam entry itu juga y'll perlu add banner contest dan add link sekali ye-
- ok bila dah sudah, tinggalkan link entry y'all dan email y'all kat entry ini (comment) ataupun emailkan kepada saya di MizCorrs_04@yahoo.com



Siap!! mudah tak? hihi~



Hadiah?
Entry yang mana best yang telah dipilih..entry best yang dipilih berdasarkan isi yang menarik,mudah, best dan saya akan buat pilihan entry yang betul-betul 'layak' untuk menang ye.. so memang 3 hari 4 malam la proses pemilihan dibuat kelak.. HAHA yang menang nanti akan dapat duit..
- RM100 untuk pemenang pertama [yang ini kalau saya rasa nak tambah ke rezeki y'all la^^ ]
- dan dua pemenang lagi akan diberikan hadiah juga.. tapi bukan dalam bentuk wang tunai tapi barangan.. hadiah best ok!! y'all jangan risau.. ^___^




ok!! siapa nak join silakan ye.. thanks for your support ya!!




Saturday, January 1, 2011

A Millionaire's First Love

err.. saya baru lepas layan movie korea bertajuk

A Millionaire's First Love

cerita ini err sangatlah besttttttt ok.. ada kelakar,comel,gembira dan erm sediiih..jalan cerita yang sangat best.. korang kalau layan mesti nangis.. seyes ceritanye sangat sedih.. err ok saya memang ternangis layan movie nie.. memang sedih...



citer ni mengisahkan seorang cucu dan bakal jutawan nama dia jae kyung (hyun bin) budak laki ni berlagak yerla orang kaya kan...hensem woo dia ni muka sangat maskulin.. ahakss~ cam gatal je bunyik nye kan.. kisahnyee..satu hari dia terjumpa budak pompuan ni nama dia eun whan (lee yeon hee) kat hotel milik dia, eun whan pandang je dia.. so jae kyung layan si eun whan macam sengkek betul la siap bagi duit.. dah comel sangat muka eun whan tu cam budak kecik je.. tengok sekali muka dia cam bese je tapi bila dah layan habes movie comel bangatt pulak.. sebenarnye eun whan ni ade sakit hati dia tak boleh terlalu sedih dan terlalu gembira.. errr korang tengok movie dikala tatau nak buat apa kat rumah yek.. jangan tengok kat opis tau nanti bos marah k.. chaiyok!!!



ni masa jae kyung tau eun whan kekasih dia masa kecik.. sedih~


berlagak giler mamat ni kena pindah sekolah kampung.. padan muka kena ajar.. ingat senang nak jadi jutawan... hee~


masa diorang dah start loving-loving.. diorang warna kan kuku guna bunga.. alahai macam kita pakai inai tu.. hee~ so cute!


masa nie erm.. sedih!




mestti tengok yaa pada yang suka korean movie!! kalau ade yang dah tengok tu meh share sikit apa kata anda..?



psst ape pun i suke fesyen rambut jae kyung masa muda remaja masa dia dah besar rambut dah leper.. teeheee~saya suke lelaki rambut ikal gitu.. oh just like my lovely hubby!!